GELOMBANG WANGSA MAJU: 01/18/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

PRK TENANG ... LIM KIT SIANG & MUSTAFA ALI SINDIR HADI AWANG !

| Tuesday, January 18, 2011

Hadi Awang mungkin terlalu 'over excited' dengan pengumuman Ketua Dewan Muslimah Pas Labis, Normala Sudirman sebagai calon PAS bagi PRK Tenang.

Dengan penuh keyakinan, beliau melaungkan PAS pasti akan merampas kerusi DUN tenang hanya bersandarkan kepada sejarah kaum muslimah memenangi pilihanraya kecil pada tahun 1960.

Pengumuman yang dilakukan di Dataran Wayang Pacak, Markas Pas Labis turut dihadiri oleh Wan Azizah, Lim Kit Siang dan Dr. Mahfodz Mohamed.

Lain pula dengan nada suara Lim Kit Siang. Beliau tahu sukar bagi PAS untuk menang di PRK Tenang dan turut bersandarkan kepada sejarah Johor adalah kubu kuat UMNO berdekad lamanya.


Agak sinikal, Lim Kit hanya menyifatkan pengurangan undi majoriti terhadap BN sudah mencukupi untuk menunjukkan pengaruh mereka di DUN Tenang ... bukannya menang!

Sebenarnya, pandangan Lim Kit Siang tidak jauh berbeza dengan apa yang diutarakan oleh Mustafa Ali sewaktu mengadakan sidang akhbar pada perhimpunan solat hajat di Shah Alam tempoh hari.



Sukar dan tipis harapan ... itu yang dilaungkan oleh Mustafa Ali. Beliau sempat bergurau, kemenangan PAS bermaksud kejutan paling besar dalam sejarah pilihanraya yang ditandingi PAS.

Isyarat paling jelas pemimpin PAS sendiri meremehkan peluang kemenangan parti PAS di PRK Tenang.


Secara realistik, Lim Kit Siang dan Mustafa Ali sudah akur peluang untuk menang sememangnya sukar memandangkan tiada isu tempatan yang mampu menggoyah sokongan terhadap BN.

Begitu juga dengan isu nasional, memandangkan prestasi Perdana Menteri semakin diyakini dan diiktiraf majoriti rakyat Malaysia sebagai baik dan berpuashati.


Dengan kata lain, kedua dua pemimpin ini sebenarnya menyindir Hadi Awang yang terlalu 'over confident'.

GWM tidak hairan dengan kenyataan Hadi Awang kerana sewaktu PRK Galas dahulu nada yang serupa dimainkan oleh beliau dan juak juak PAS, begitu yakin menumbangkan Ku Li dan BN dengan TKO!


GWM : Hadi Awang tak nak sindir Lim Kit Siang dan Mustafa Ali ke ...

 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU