GELOMBANG WANGSA MAJU: 01/09/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

SIDANG AKHBAR TERPANAS ... MUSTAFA ALI SAHKAN PAS AKAN TEWAS DI PRK TENANG ! JOM LAYAN ... ZAS !

| Sunday, January 9, 2011

GWM agak terperanjat dengan pengakuan dari Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali pada press conference malam tadi, berkenaan peluang parti pembangkang memenangi PRK Tenang.

Jelas sekali Mustafa Ali meremehkan peluang kemenangan parti PAS ... dengan kata lain, PAS akan tewas PRK Tenang.


Agak sinikal kerana Mustafa Ali sempat bergurau, kemenangan PAS bermaksud kejutan paling besar dalam sejarah pilihanraya yang ditandingi PAS.


Mustafa Ali menganggap 'secara realistik' peluang untuk menang agak sukar memandangkan prestasi Perdana Menteri diiktiraf majoriti rakyat Malaysia sebagai baik dan berpuashati.

Apa yang perlu dilakukan oleh parti pembangkang adalah menjatuhkan imej dan populariti Perdana Menteri sebelum hari mengundi di PRK Tenang tiba kelak.

Mengapa begitu pantas PAS sudah akur dan mengaku kalah sebelum bertanding di PRK Tenang ... seperti ada yang tidak kena!


GWM yakin hasil dari pengumpulan data oleh juak juak PAS melalui ceramah ceramah 'kosong fakta' yang hebat dibuat di perkampungan FELDA menandakan rakyat semakin sukar mempercayai kredibiliti PAS.

Dan mengapa Mustafa Ali sudah mengangkat 'bendera putih' adalah disebabkan oleh kajiselidik yang dibuat oleh Merdeka Center ...

Umum mengetahui, Merdeka Center adalah salah satu 'think tank' dan 'surveyor' parti pembangkang mengukur prestasi parti lawan, terutamanya BN.

Hasil kajiselidik dari Merdeka Center adalah seperti dibawah:




Secara umum, jelas menunjukkan apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan kerajaan BN cukup disenangi oleh rakyat Malaysia. Majoriti rakyat berpuashati dengan pencapaian kerajaan dalam menguruskan sosio politik dan ekonomi negara.









Majoriti rakyat (54%) berpuashati, yakin dengan arah tuju yang dilakukan oleh kerajaan BN dalam memacu negara keluar dari kemelut kemelesetan ekonomi dan pertumbuhan ekonomi yang positif.








Majoriti rakyat (53%) Malaysia yakin dengan kekuatan ekonomi yang dizahirkan oleh kerajaan BN. Manakala 47% rakyat juga yakin pertumbuhan ekonomi negara akan lebih positif satu (1) dari sekarang.







Secara purata, 52% rakyat Malaysia berpuashati dengan langkah Kerajaan Pusat dalam menaiktaraf sistem pendidikan, bantuan kepada rakyat dan sistem pengangkutan yang sedia ada.

Hanya dalam lingkungan 40% rakyat Malaysia yang masih skeptikal dan kurang berpuashati dengan langkah Kerajaan Pusat dalam menaiktaraf sistem pendidikan, bantuan kepada rakyat dan sistem pengangkutan yang sedia ada.











Kajiselidik ini juga menentukan tanda aras prestasi Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selama menjalankan tugas yang diamanahkan sebagai Perdana Menteri.

Dan secara purata, majoriti rakyat (69%) Malaysia amat berpuashati dengan tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selama menjalankan tugas yang diamanahkan sebagai Perdana Menteri.






Ohhh ... masih ada satu lagi kajiselidik yang dijalankan di mana GWM kira amat penting sebagai tanda aras keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN secara total.



Secara purata, masyarakat India cukup yakin dengan perletakan jawatan Samy Vellu sebagai Presiden MIC, akan mengembalikan kepercayaan dan keyakinan masyarakat India terhadap MIC!

Allo Sivaji Samy Vellu... sorry la! the people has spoken ... don't take it too hard, okay!

GWM yakin dengan apa yang dikatakan oleh Mustafa Ali ... peluang PAS untuk menang pada PRK Tenang adalah tipis sekali.

Kajiselidik ini walaupun berdasarkan sampel responden yang diambil secara rawak, jelas membuktikan keyakinan rakyat terhadap BN semakin meningkat dan kuat.

Ia juga jelas menunjukkan pakatan pembangkang semakin ditolak kerana gemar menyebarkan fitnah dan dakyah palsu terhadap kerajaan BN. Dan sememangnya, itulah pekerjaan tetap DAP, PAS dan PKR selama ini.


GWM : Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang boleh lupakan PRK Tenang ... pakatan pembangkang semakin tidak tenang dan menyenangkan rakyat! Balik la woi !!!


sumber / pautan :
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/pas-tempers-tenang-hopes/



PANAS ... HADI AWANG DAKWA ANWAR IBRAHIM DALANG BLOGGERS MENYERANG PERIBADINYA !

|

Bukan lagi habar angin, sembang kosong dan sekadar gosip picisan di antara kem kem pembangkang.

Anwar Ibrahim akan mengadap Hadi Awang petang ini sebagai langkah berdamai akibat perbuatan 'langgar lari' bloggers pencacai PAS yang lebih berkiblatkan Nik Aziz dan Anwar Ibrahim.



Pertemuan empat mata ini disertai oleh Nik Aziz dan Khalid 'Gagap dan Bengap' Ibrahim berlangsung di Shah Alam.

Agenda utama perjumpaan dijangka memberi fokus kepada pertemuan 24 Disember bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena majlis santapan di Istana Terengganu.

Umum mengetahui, Perdana Menteri dan Nik Aziz diam membisu (keeping mum) hasil dari pertemuan.

Dan seperti biasa, Saifuddin 'The Spinner' Nasution cuba menenangkan keadaan hanya berkata perjumpaan tersebut hanyalah menyentuh pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, kes liwat Anwar dan juga Program 100 Hari.

GWM cukup pelik dengan kenyataan Saifuddin 'The Spinner' Nasution.


Sedangkan Mustafa Ali dan Khalid 'The Church' Samad, masing masing membuat kenyataan pertemuan ini akan menyentuh isu perjumpaan UMNO dan PAS pada 24 Disember lalu.




Anwar Ibrahim semakin kalut berikutan ramai pihak mahukan Karpal Singh diheret ke Mahkamah atas sumpah bohong (perjury) dan menghina Parlimen.

Karpal Singh mungkin akan disubpoena oleh Pendakwaraya sebagai saksi dalam kes liwat beliau. Dan yang paling buruk, jika Karpal Singh mempunyai bukti dan keterangan mengenai kegiatan liwat yang akan mengakibatkan beliau dipaksa berhenti dari mewakili Anwar Ibrahim berdasarkan Peraturan Guaman (Amalan dan Etika) 1978.


Nyawa politik Anwar Ibrahim semakin berada di hujung tanduk. Langkah terakhir adalah mengadakan perdamaian dengan Hadi Awang atas serangan bloggers pencacai PAS upahan beliau.

GWM : Khabarnya ada solat hajat malam ini di Shah Alam ... Minta Hadi Awang dan juak juak PAS berdoa agar terbuka pintu hati Anwar Ibrahim mengaku dengan aksi aksi liwatnya! Anwar, Anwar ...

sumber / pautan :
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hadi-anwar-temu-petang-ini-jernihkan-isu-pertemuan-24-disember/

INTERLOK ... MACHA! ... JANGAN BAKAR LA! ... YOU WORANG KASI BAKAR INI LA! KASI BAKAR LA ! ... AIYYOO !

|

Macha! ... Apa pasal kasi bakar itu buku Macha! Aiseh ... kici punya hal pun mau kasi bakar itu buku ka! You worang butul butul sudah baca itu buku ka!

You worang jangan ikut itu bodo punya Dr Mariah sama M Manoharan juga. Ini dua worang suda kasi bakar marah sama orang India juga. Itu lagi besar punya hal you worang tak mau kasi bakar ka Macha!



Itu Azmin Ali kasi panggil N. Gobalakrishnan 'paria' you worang tak marah ka! Itu Sasterawan Negara Abdullah Hussain kasi tulis buku saja ... dia tada panggil worang India 'paria'la!




Itu Azmin ada panggil orang India 'paria'. Kasi bakar la! You worang kasi bakar la dia punya banner ka poster ka ... jangan bakar itu worang la! Nanti court case sama masuk penjara la!



Kasi bakar ini bendera la!



You worang tada mara ka sama itu isu Kampung Buah Pala. Itu Lim Guan Eng sama Anwar Ibrahim suda tipu sama orang India la! You worang tada ingat ka janji Anwar Ibrahim ka. You worang kasi layan ini video la!






Apa macam ... apa macam! Itu DAP sudah halau orang India keluar 'High Chapparal' la. Itu bikin projek kondominium SRE Ventures buat la.



Kasi bakar ini bendera la!



Itu kes bekas pekerja Ladang Coalfileds kena tipu you worang tada marah ka! Itu Xavier Alexander sama Anwar Ibrahim suda tipu isu pampasan la! Mana ada dia worang dapat lagi la! You worang tada marah ka!




Kasi bakar ini bendera la!



Macha ... you jangan marah la! Kasi baca itu buku dulu la! You worang tada baca baik baik. You worang dengar sama itu bodo cakap Dr Mariah sama M Manoharan juga! Kasi baca dulu la ... kasi faham dulu la!

Wokay la! Ini bawah juga ada GWM kasi satu perenggan dalam itu buku juga ada! You worang kasi beli itu buku juga, buka itu muka surat 211 juga, sekarang baca!

Di dalam kapal ini dia tidak susah. Sebahagaian besar daripada penumpang dekyang bersama-samanya itu dapat bercakap dalam satu bahasa sahaja, bahasa Tamil. Mereka yang dari arah utara sedikit bercakap bahasa Malayalam atau Telugu, tetapi hampir semuanya tahu bahasa Tamil. Malayalam dan Telugupun berasaldari satu rumpun bahasa Dravidia. Satu perkara besar membuatkan mereka senang bergaul adalah kerana mereka tergolong dalam satu kasta Paria. Mereka tidak perlu takut akan mengotori sesiapa kalau bersentuhan. Mereka juga bebas bergaul. Tempat di dalam kapal itu tidak teratur.Mereka berasak-asak seperti kambing. (halaman 211)

Sudah faham ka Macha ... tada faham ka! Aiseh ... you worang masuk sekolah kasi baca lagi la!

Itu buku cerita juga ada itu orang berlagak la, penting diri sendiri la! Itu buku kasi tau sama Melayu, Cina dan India musti kerajsama dan bersatu padu la. Ada faham ka Macha ...! Aiyooo !

Itu buku ada hantam Melayu juga, Cina hantam juga, India hantam juga. Belakang saja tada hantam! (Itu Anwar Ibrahim belakang juga ada hantam!) ... Melayu sama Cina tada marah ... apasal you worang marah marah!



You worang kena ingat la! Itu Pakatan Rakyat mau kasi bakar you worang punya kepala! Dalam kepala ada api juga! Kasi padam la!

Itu dalam rumah air ada kasi tuang atas kepala! Mandi la!



Wokay brother ... Peace ... 1 Malaysia!

GWM : Minta warga India baca dahulu dan fahamkan isi kandungan buku Interlok terlebih dahulu ... jangan dibiarkan api perkauman menyala dan terbakar.

Ini adalah agenda Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, yang semakin kekurangan isu!

FELDA : ISA SAMAD GELAR ANWAR IBRAHIM DAN PAS ... BONGOK !

|

Pada GWM, agak keras kenyataan Pengerusi FELDA yang baru namun jika melihatkan kepada prinsip, sikap dan propaganda pembangkang, maka dengan 'kerasnya' juga GWM bersetuju.

Apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim (mentor kepada Mazlan Aliman) dan PAS cukup memeningkan kepala Isa Samad. Janji tinggi melangit pembahagian tanah sama rata sudah menjadi doktrin baru juak juak pembangkang. Lebih lebih lagi sewaktu PRK Tenang yang sedang berlangsung.


Manakan tidak ... juak juak ini tahu mereka tidak memerintah. Janji 'Anugerah Tuhan' akan diberikan kepada warga FELDA semata mata untuk meraih sokongan dan undi. Dan ini yang kerapkali berlaku di perkampungan FELDA setiap kali 'Tour de Stoopid' yang dilakukan oleh Mazlan Aliman dan pencacainya.


Secara umum, pembahagian tanah yang dilakukan FELDA adalah berdasarkan hukum faraid (mengikut Islam) kepada generasi pertama. Pembahagian ini tidak dipecahkan terlalu banyak agar generasi kedua dan ketiga, bersama menjaga ladang dalam satu konsep 'holding'.

Konsep ini sama seperti sebuah syarikat 'holding' (holding company) yang akan menguruskan anak anak syarikat dibawahnya. Generasi kedua malah ketiga boleh menduduki dalam pengurusan 'holding' sambil menikmati faedah pengurusan tanah dan hasil darinya.


FELDA telah melakukan dasar dan polisi yang tepat melalui pembahagian tanah. Apa yang diterangkan oleh Isa Samad cukup jelas. Faktor ekonomikal dan gabungan sebagai satu kumpulan besar memudahkan usaha FELDA untuk merancang pembangunan tanah.


Yang penting, Isa Samad perlu menggembeling tenaga dari Majlis Belia FELDA (MBF) terutamanya untuk memberi penerangan beserta dengan fakta kepada setiap warga peneroka.

Warga generasi kedua dan ketiga inilah yang menjadi sasaran utama Mazlan Aliman untuk menyebarkan lagi fitnah, dakyah dan janji 'Anugerah Tuhan'nya untuk sokongan dan undi wahid parti PAS.


Benar ... seperti apa yang diperkatakan oleh Isa Samad. Beliau bersama BAPAK, GWGF dan MBF perlu kerap turun padang untuk memberi penerangan dan bantuan yang diperlukan oleh warga FELDA.


Jika berjaya, maka cukup mudah bagi FELDA untuk 'tanam hidup hidup' ANAK yang semakin kurang ajar dan biadab!


GWM : Mazlan Aliman ... you tak nak saman PAS ke pasal isu Ladang Rakyat Ladang Limau di Kelantan yang ditipu bulat bulat kerajaan PAS Kelantan ... Hipokrit!

 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU