GELOMBANG WANGSA MAJU: 01/01/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

MOHD KHUSRIN MUNAWI ... THE MOST FEARED MAN IN 2011 !

| Saturday, January 1, 2011

Nampak gaya tahun baru ini semakin meriah dengan gelagat juak juak pembangkang, khususnya parti pembangkang.

Hampir kesemua parti pembangkang panik dan huru hara ... bom jangka sudah meletus di negeri Selangor Darul Ehsan.

Pelik bin ajaib ... mengapa tiba tiba kerajaan negeri begitu cemas dan takut bila Khusrin Nawawi dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru
.






Belum lagi memulakan tugas rasmi, Khusrin sudah dilabelkan sebagai tidak efisyen dan tidak boleh bekerjasama dengan kerajaan negeri.

Khusrin Nawawi hanyalah bekas Pengarah JAIS. Mengapa perlu takut kepada beliau ... melainkan memang ada agenda politik pakatan pembangkang yang akan terganggu.

Apa ... Mohd Khusrin Munawi ini gengster Kampung Pinang sebatang ke?

GWM : Bahaya benarkah Mohd Khusrin Nawawi jika dibandingkan dengan seorang punaisihat ekonomi kerajaan negeri cum peliwat ...

LEBIH GEMPAR ... MB KEDAH SEMAKIN BIJAK BER'CRONYSM' DAN BER'NEPOTISM' !

|

GWM agak musykil mengapa Mahfuz Omar secara tegesa gesa meletak jawatan sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn Bhd.

Terdetik dihati GWM untuk merungkai apa yang tersirat disebalik kenyataan Mahfuz Omar yang meminta kerajaan Kedah menjelaskan perletakan jawatan beliau.

Sebuah syarikat yang mendapat kemudahan pembiayaan secara Islam (Syndicated Islamic Financing) dari Bank Islam berjumlah RM 330 juta untuk pembangunan dan pembangunan kampus kekal untuk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Baling, Kedah dinafikan hak untuk meneruskan projek.


Permainan teka teki 'tak tahu' Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak semakin merosakkan reputasi dan kredibiliti beliau. Jawapan beliau yang tidak tahu apa apa mengenai perletakan jawatan Mahfuz tidak boleh diterima dan perlu dipertikaikan.

Dan punca perletakan jawatan Mahfuz Omar berkait rapat dengan penganugerahan projek pembinaan kampus KUIN kepada pihak yang tidak mengambil bahagian dalam tender dan tidak mengikut peraturan.

Emmmm ... direct negotiation deal rupanya.


Namun, jika hanya dengan tidak bersetuju dengan cara penganugerahan projek maka Mahfuz Omar tidak sepatutnya meletakkan jawatan. Ini menunjukkan beliau sememangnya tidak berketrampilan dan mempunyai kredibiliti sebagai pengurus sesebuah syarikat.

Wujud perselisihan besar di antara Jahubar Sathik (Managing Director, Bina DarulAman Berhad - BDB) dan Mahfuz Omar (Pengerusi, Kedah Sato Sdn Bhd - KSSB) dalam penganugerahan projek secara direct negotiation.

Khabarnya Jahubar Sathik telah lama melobi Lembaga Pengarah BDB dan Wisma Negeri untuk menyingkirkan Mahfuz Omar sebagai Pengerusi KSSB. Mahfuz Omar menentang usaha BDB yang berdegil untuk menganugerahkan projek KUIN kepada IJM, (secara direct negotiation) tanpa melalui proses tender.


Diberitakan juga Pengerusi Mahfuz Omar ini turut mempunyai 'group elite' kontraktor Cina yang berada di belakangnya, standby dan bersiap sedia untuk turut merebut peluang bagi projek KUIN.

Sudah wujud dua kem berbeza dalam pengurusan negeri kerajaan Kedah yang berlumba untuk mendapatkan anugerah projek bernilai RM 330 juta.


Malangnya, Mahfuz Omar tidak tahan tekanan dan melepaskan jawatan beliau akibat desakan dari Jahubar Sathik yang mempunyai hubungan baik dengan Azizan Abdul Razak.

Mahfuz Omar juga mengetahui Azizan Abdul Razak adalah 'Godfather' disebalik perlantikan IJM dan juga beberapa keputusan lain adalah atas arahan dan persetujuan beliau.



GWM cuma teringatkan filem 'The Usual Suspects' lakonan Kevin Spacey. Bagaimana watak bodoh bodoh alang dan tempang Kevin Spacey yang sama seperti Azizan Abdul Razak (cuma tak tempang). Kevin Spacey berjaya membohongi polis dengan mengolah cerita mengenai Kaiser Soze hanya dengan melihat benda benda yang berada di sekitarnya.

Hebat sebenarnya Azizan Abdul Razak ... berlakon seperti bodoh bodoh alang.

Disebaliknya lakonan, nyata beliau cukup bijak dan cerdik menipu rakyat yang mempercayai manusia yang bernama Azizan Abdul Razak sebagai bersih, tulus dan suci dalam mengamalkan kronisme dan nepotisme.

Syabas Azizan Abdul Razak ... lakonan anda cukup mantap.

GWM : Mahu belajar teknik bodoh bodoh alang dari Azizan Abdul Razak ... mantap, cerdik dan penipu. Dahsyat sungguh parti PAS ... Peluang Aku Sapu (Dulu)!

sumber / pautan :
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mahfuz-biar-kedah-jelaskan-mengapa-saya-letak-jawatan/


HUSH! ... BIAR BETUL ... P KALAMANATHAN ADAKAN TAZKIRAH KHAS UNTUK KHALID SAMAD DAN TEO NIE CHENG !

|

GWM tersandar dalam terkejut ... betul atau tidak kenyataan dari P Kalamanathan ini. Rasanya perlu GWM membongkar cerita disebalik keberanian P Kalamanathan mahu memberi tazkirah secara percuma kepada Khalid Samad dan Teo Nie Cheng!

Tidak sampai selang beberapa hari isu Teo Nie Cheng 'bersenamjoget' di perkarangan Masjid Taman Cheras Jaya, P Kalamanathan mengambil langkah berani untuk memberi tazkirah percuma kepada ahli Parlimen Serdang ini.

Memandangkan sudah hampir 30 tahun menetap di Malaysia dan PAS nyata gagal memberi tunjuk ajar sebaik mungkin mengenai Islam, P Kalamanathan tampil memberi tazkirah pertama kepada rakan politik bukan Islam.

PERTEMUAN DENGAN TEO NIE CHING

Tazkirah pertama kepada Teo Nie Cheng adalah mengenai halal dan haram dalam Islam. Beliau menyeru Teo Nie Cheng untuk mengenali perbuatan, tingkah laku dan adab berpakaian apabila berada di rumah suci umat Islam.


Dalam pada masa yang sama beliau sempat mengingatkan Teo Nie Cheng agar lebih memahami budaya dan adat orang Melayu serta sensitiviti umat Islam.

Teo Nie Cheng kelihatan terpinga pinga memikirkan bagaimana rakan politik bukan Islamnya lebih memahami Islam berbanding dengan kuda tunggangannya dalam parti PAS.

Nyata jangkaan Teo Nie Cheng amat meleset terhadap rakan politiknya dalam BN ... Beliau tertunduk malu kerana menyangka beliau lebih hebat dari ahli ahli politik bukan Islam yang lain.

BERTEMU SAHABAT LAMA

P Kalamanthan terpaksa bergegas untuk menemui rakan dan sahabat beliau dalam parti PAS, Khalid 'Al Gereja' Samad ...

Dan kedatangan P Kalamanathan sebenarnya bukanlah untuk menyampaikan tazkirah. Ianya lebih kepada menasihati rakan politik yang sudah jauh terpesong dari ajaran Islam.


P Kalamanathan tidak menunggu lama. Dipegangnya kedua dua tangan Khalid 'Al Gereja' Samad sambil menegur perbuatan rakan politiknya itu yang sanggup memfitnah beliau sewaktu bulan puasa di Felda Sungai Tinggi.


Khalid 'Al Gereja' Samad tertunduk malu ... berlinangan air mata di pipinya tanda sesal yang tak sudah.

Khalid 'Al Gereja' Samad terpaksa menerangkan keadaan yang sebenarnya. Beliau bukannya marah kepada P Kalamanathan, cuma ... cuma beliau kesal dan geram dengan JAIS. Beliau kesal kerana tidak mampu untuk menabur fitnah kepada JAIS.


Sekali lagi, Khalid 'Al Gereja' Samad tidak mampu menjawab persoalan di atas. Beliau hanya mampu meminta maaf berulangkali sambil menetiskan air mata dan memeluk erat P Kalamanathan.

P Kalamanathan resah ... rimas ... dan risau ... Takut di salah anggap mempunyai hubungan sejenis dengan Khalid 'Al Gereja' Samad. Terpaksa beliau menepis pelukan Khalid 'Al Gereja' Samad.

P Kalamanathan tidak sanggup membayangkan dengan betapa gelinya beliau dengan seorang manusia yang bergelar 'Anugerah Tuhan' ... Terlintas difikirannya.

"Itu bukan Anugerah Tuhan ... tetapi ANU GAH MACAM TUHAN" ... geli geleman P Kalamanathan membayangkan wajah manusia tersebut ... menggeletik badannya.

TAZKIRAH HEBAT SEDANG MENUNGGU DI HADAPAN

P Kalamanathan terpaksa mengundurkan diri sepantas yang mungkin. Beliau telah memaafkan segala kesalahan Khalid 'Al Gereja' Samad. Cuma beliau mahu Khalid 'Al Samad' berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan terkutuk tersebut.

Khalid "Al Gereja' Samad mengesat ngesat airmata dan mahu P Kalamanathan minum dahulu secangkir kopi bersamanya di kedai mamak berdekatan.

"Lain kali sahabat ... kita bertemu lagi" jawab P Kalamanathan. "Kamal Alan Nathan ... mahu kemana ente" sapa Khalid ' Al Gereja' Samad.

"Ana ada satu lagi tazkirah untuk disampaikan" ulas P Kamalanathan. "Siapa ente ... siapa ... tolong beritahu ana" tanya Khalid 'Al Gereja' Samad.

"Mursidul Am PAS ... Mursidul ente ... ana perlu memberi tazkirah kepadanya juga" jawab P Kamalanathan dengan bersahaja..

Khalid 'Al Gereja' tergamam ... sekali lagi beliau menangis dan menghalang sahabatnya dari berjumpa dengan Nik Aziz.


"Dia bukan tandingan ente ... tinggi ilmunya ente" pekik Khalid 'Al Gereja' Samad.

P Kamalanathan sempat menoleh kebelakang seraya berkata "Have faith in me, my dear friend ... belum cuba belum tau!"

Lagi kuat raungan dan tangisan Khalid 'Al Gereja' Samad ...

GWM : Sila lihat akhbar Sinar Harian hari ini, ruangan Wawancara, muka surat 23 ... he he he!

sumber:
SINAR HARIAN, 1 Januari 2011

GEMPAR ... PAPA GOMO MOHON MAAF PADA DIN PUDURAYA? HABIS LA LU GOMO ...

|
'Akhirnya ... Papa Gomo memutuskan untuk meminta maaf kepada Salahudin Ayub kerana memfitnah beliau dan bertaubat nasuha untuk tidak memfitnah yang dimuliakan Salahuddin Ayub'.



Mua ha ha ha ha ... anda semua percaya ke!

Malam semalam, GWM dan PAPA GOMO tidak lagi mampu menahan ketawa. Betul betul tidak lagi tahan dengan artikel lucu dari Harakahdaily.


PAPA GOMO ketawa berdekah dekah sehingga terjatuh dari kerusinya. GWM ketawa menepuk nepuk meja sehingga jatuh nescafe ais. GELOMBANG RAKYAT dan BADUT RAKYAT ketawa sehingga tersembur milo ais dan teh tarik dari mulut mereka. Orang ramai yang berada di kedai mamak cukup tergamam. Dah gila agaknya diaorang ni...



Dan blog blog pencacai PAS yang menyambut seruan Harakahdaily ...



GWM mengagak Idris Ahmad sudah tidak lagi mempunyai isu untuk dimainkan dalam media maha hebat Harakahdaily. Bantailah ... PAPA GOMO pun PAPA GOMO lah! Sekurang kurangnya, rating sebagai Ketua Penerangan PAS akan naik.

Memang benar ... Salahuddin Ayub ada menemui PAPA GOMO di Parlimen tempoh hari. Cuma GWM mahu lontarkan kembali persoalan kepada YB Salahuddin Ayub.

Siapa yang jumpa siapa? ... PAPA GOMO yang berjumpa YB Salahuddin Ayub? ... atau ... YB Salahuddin Ayub yang menemui PAPA GOMO?

Dan GWM pinta YB Salahuddin Ayub menjawab persoalan di atas dengan jujur ... jika tidak mahu digelar sebagai pembohong dan munafiq.

Jatuh standard sebagai ahli Parlimen jika menipu. Rakyat mungkin tidak lagi akan mempercayai Yang Berhormat jika berdolak dalik.

GWM dan MALAY DELIMA sebagai saksi perjumpaan tersebut walaupun tidak dijemput duduk bersama dengan YB Salahudin Ayub. YB Salahudin Ayub memperkenalkan diri kepada kami terlebih dahulu. Masih ingatkah lagi YB ... atau buat buat lupa.

Pertemuan dua mata di antara PAPA GOMO dan YB Salahuddin Ayub berlaku tidak jauh dari kedudukan GWM. Linangan air mata kelihatan dikelopak mata YB Salahuddin Ayub ... seperti tanda sesal.

Untuk memendekkan cerita, GWM mencabar YB Salahuddin Ayub untuk mengadakan sidang media bagi menceritakan perihal sebenar pertemuan di antara PAPA GOMO dan YB ... A hingga Z.

Jika YB benar benar jujur, sambutlah cabaran GWM. GWM masih menggunakan title YB kerana masih lagi ada tanda hormat kepada YB. Jangan sampai hilang rasa hormat pada YB.



Tidak perlu menggunakan khidmat Idris Ahmad untuk membuat cerita yang bukan bukan. Idris Ahmad memang handal mereka cerita fiksyen ala PAS ... dalam kepalanya terlalu banyak 'mental block'.

Sekali lagi ... GWM lontarkan cabaran kepada YB Salahuddin Ayub untuk mengadakan sidang media dan bercakap benar ... walaupun pahit.


GWM : Berapa masyukkah blog blog pencacai PAS di atas dibayar ... Masyukkkkk !

sumber / pautan :

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30117:media-baru-pas-harap-polis-adil&catid=1:utama&Itemid=50

http://bloglistpolitik.blogspot.com/2010/12/fitnah-salahudin-ayub-blogger-umno.html

http://paspb2.blogspot.com/2010/12/siapa-blogger-umno-yang-fitnah-dan.html

http://www.papagomo.com/2010/10/panas-ini-dia-bukti-din-puduraya-balun.html



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU