Friday, October 22, 2010



GWM ingin menyentuh ‘content’ klip video ini yang sememangnya cukup sedih melihat bagaimana Sultan Ismail Petra diperlakukan sebegini rupa oleh UTK. Apa yang jelas, video klip ini di ambil oleh anggota UTK sendiri dan bagaimana boleh terlepas ke youtube, wallahu walam.

Tiada apa yang perlu diperjelaskan lagi ...

Institusi Raja diperkosa dan diliwat sepuas puasnya oleh parti PAS.

Inilah parti yang mendabik dada mendaulatkan Institusi Raja Raja Melayu. PAS dari dahulu lagi tidak mempercayai dan menyokong kerajaan yang mempunyai Sultan atau Raja. Parti ini memang berkiblatkan sebuah Republik.

Inilah contoh terbaik bagaimana parti yang kononnya mengagungkan dan meninggikan syiar Islam bertindak seperti gerombolan Kerajaan Roman Katholik membunuh dan menyembelih kerajaan Islam.

Inilah contoh parti yang kononnya mengikut Al Sunnah Wal Jamaah tetapi sebenarnya mengikut telunjuk Wahabbi dan Khawarij.

Apabila Sultan Ismail Petra sudah tidak lagi berdaya dan berguna kepada parti PAS, dibuatnya seorang Sultan bagai tidak berharga. Walhal tanpa sokongan dari Istana Kelantan mustahil PAS memenangi Pilihanraya Umum 1990.

Mustahil kerajaan PAS Kelantan tidak dimaklumkan mengenai perkara ini. Dan sememangnya kerajaan PAS Kelantan mengatur ’well planned’ strategi menghalang Sultan Ismail Petra yang mahu ke Singapura.

Kerajaan PAS Kelantan bertanggungjawab sepenuhnya atas insiden ini. Kerajaan PAS Kelantan sememangnya perlu bertanggungjawab ke atas insiden perebutan takhta akibat betapa tidak sabar Tengku Mahkota untuk menduduki takhta.

Perkara ini didiamkan sahaja oleh kerajaan PAS Kelantan sehingga ke hari ini.

Inilah dia parti orang munafiq yang bertopengkan Iblis dan bermukakan seorang Muslim. Parti yang sentiasa mencari kesalahan Muslim yang lain dan sanggup bersekongkol dan berkiblatkan kafir harbi sebagai kiblat utama.

PARTI APA NI !!!


Sumber rujukan:
http://www.youtube.com/watch?v=X9rC749Of1s



MELAYU ATAS PAGAR

8 comments:

Pemerhati said...

Orang Melayu harus ingat kembali detik Malayan Union. Dgn mudah aje Raja-Raja Melayu telah tandatangan perjanjian Malayan Union.
Kali ini pun tak mustahil Raja-Raja Melayu akan setuju utk meminda perlembagaan.
Tengok aje Singapura. Mana Raja-Raja Melayunya? Mana Hak2 Istimewa orang Melayunya?
Ingat sebelum kena, dah kena ternganga ...........
Melayu mudah lupa .....

Anonymous said...

puak puak PAS takkan berani jawab pasal kes ni. aku sure dalam haprakahdaily takkan keluar cerita ni. semua nak sorok dalam jubor nik aziz.

takebeer!

Pro1M said...

tah hape-hape tah.. ape buktinya ni kja org PAS? ni bukan ahli PAS yg cekup.. ni polis..

hurm.. spe yg kontrol polis2 ni sbnarnya? tlg jwb skit.. jgn main ikut suke ja tuduh org.. wat mlu kita jek bro oi..

Sbbkan aku sokong kerajaan, aku xnk org2 mcm ko ni jd modal utk pihak pembangkang hentam kerajaan.. pki hentam jek buh ni.. taubat bro taubat...

Pro1M said...

to Anonymous; just nk tau.. ko ni spe? org Islam ka bkn? klu bukan, tolong hormat agama Islam..

klu ya, maka kau ucapkan lah smula kalimah syahadah..

kau main2 dgn pkataan takbir.. kau tukar jd takebeer.. kau igt itu pkataan apa? takbir itu seruan utk mbesarkan kalimah ALLAH.. jgn ikut lepas jek..

aku dh smpikan p'igtn.. tpulg kau nk dgr ke x.. ALLAH jd saksi aku bg p'igtn hr ni.. mudah2an ALLAH trus mnerus mbri hidayah kpd kita~

Anonymous said...

Prof 1M, saya rasa ini adalah insiden yang cuba disembunyikan oleh kerajaan PAS Kelantan berkaitan dengan perebutan kuasa dua anakanda sultan ismail petra.

dengan cerita dari sahabat di kelantan, pas kelantan terbabit menyokong satu pihak.

prof 1M boleh cari portal malaysiakini.

sumber malaysiakini.

Raja Perempuan elak polis, 'sembunyi' di HUSM
Mei 5, 10 6:06pm

Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid mendakwa beliau terpaksa 'mendapatkan perlindungan' di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, malam semalam kerana kuathir ditangkap polis dan supaya berada di samping suaminya.


Menurut laporan The Malay Mail, Tengku Anis juga mendakwa Sultan Kelantan ditahan tanpa kerelaan baginda dan polis mengabaikan perintah baginda supaya dibawa ke istana.

Akhbar tabloid itu juga memetik Tengku Anis sebagai berkata “polis mengheretnya seperti lembu” dalam usaha memaksanya ke balai polis.

Katanya, pada kejadian kira-kira jam 7.45 malam semalam di luar Istana Mahkota di Kubang Kerian, anggota dan pegawai polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) yang lengkap bersenjata menghalang perjalanan baginda dan Tuanku Sultan Kelantan ke Lapangan Terbang Ismail Petra Airport di Pengkalan Chepa.

Keluarga diraja itu dikatakan cuba berlepas ke Singapura bagi mendapatkan rawatan susulan untuk Sultan Kelantan.


"Kami begitu takut apabila polis menyerbu kereta kami dan UTK secara paksa cuba mengeluarkan Tuanku walaupun baginda berulang kali bertitah ingin kembali ke Istana, tetapi polis membawa baginda ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian,” titah Tengku Anis.

Raja Perempuan Kelantan itu juga mendakwa terpaksa bermalam di lantai di luar Wad Diraja di HUSM tetapi kemudiannya berjaya memasuki wad berkenaan sebelum menguncikan dirinya.

Sementara itu, peguam Sultan Kelantan, Mohamed Haaziq Pillay dan Gobind Singh Deo, tiba bagi di Kota Bharu, pagi ini bagi melepaskan baginda dari hospital berkenaan.

Menurut seorang daripada peguamnya, Mohamed Haaziq Pillay, permohonan writ habeas corpus akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jika mereka gagal melepaskan baginda.


Kemelut Istana Kelantan semakin kusut apabila malam semalam, Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry Petra (kiri) dilaporkan ditahan oleh sepasukan anggota dan pegawai polis dipercayai dari Unit Tindakan Khas (UTK) yang memakai topeng di luar Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kota Bharu, malam semalam.

Tengku Fakhry terbabit dengan kancah warisan taktha Kelantan yang membabitkan kekandanya, Tengku Faris yang juga adalah Pemangku Sultan.

Tengku Faris kemudiannya bertindak menyingkirkan adindanya Tengku Fakhry daripada Majlis Perajaan negeri itu.

Kejadian malam semalam itu juga dimuatkan dalam Kosmo hari ini dengan laporan Tengku Fakhry ditahan bersama dua orang doktor dan beberapa orang pengawal peribadi Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.

Ak
hbar itu yang memetik sumber istana memberitahu, putera Sultan Kelantan itu ditahan ketika beliau bersama dua orang doktor dan sekumpulan pengawal peribadi sultan menaiki beberapa buah kenderaan.

Rakyat pemerhati said...

Dalam hal ni, aku percaya tindakan Sultan Muhammad VI bertepatan.

Walaupun UTK biadab sebab tak hormat dengan sultan, tapi harus diingat, pihak mana betul pihak mana salah.

Cuba tanya pekerja dalam Istana, dorang sendiri boleh nampak Sultan Ismail dan tah berupaya.

Jadi untuk apa nak biarkan Tengku Anis kontrol Sultan Ismail? dan biarkan anak bongsu jadi pewaris?

kita jangan buat kesimpulan, cuba tanya orang Kelantan sendiri.

Anonymous said...

APA KEJADAH NYA INI???....sultan dicabul oleh rakyat sendiri...dimana kah kehormat kpda sultan....apa kah tindakakn oleh pemimpin negeri...hanya membisu tampa kata...jikalau tuwah masih hidup sudah tentu dia membalas demdam terhadap perbuatn tersebuat...Tok Janggut bermati-matinan mepertahankan bangsa tetapi bangsa sendiri yang memurka kan ketua agama dan bangsa...

Anonymous said...

sekali lg kuar artikel sampah...
sdh dipesan hanya istana, kerajaan n rakyat tulen kelantan shj yg th perihal yg berlaku di istana kelantan...
setahu kami, UTK bertindak supaya Baginda Sultan tidak dibawa lari lg ke luar negara... ini mainan Tengku Fakhry Manohara... anakanda ketiga tetapi bernafsu nak jd Sultan... Kini seluruh rakyat jelata negeri kelantan tanpa kira agama,kaum,fahaman politik...berdiri teguh di belakang DYMM Sultan Muhammad V... inilah Sultan yg terhebat yg menjadi Imam kepada rakyat termasuk dlm solat... berjubah n berkopiah ketika turun pdg... pesanan ambo... kalu nak buat sesuatu artikel tuh kaji dahulu bkn shj melalui internet tp turun padang cr maklumat, brlah artikel itu x digelar "Artikel Sampah"

MENANTU KELANTAN