Wednesday, October 20, 2010


Walaupun gelaran Serambi Mekah menjadi identiti Kelantan dan PAS Kelantan khususnya, hakikatnya gejala social termasuk GRO Thailand untuk tujuan seks di beberapa premis negeri semakin membuak.

Setakat ini, seramai 106 GRO ditangkap dari Januari hingga Julai 2010 di premis hiburan sekitar Kota Bharu, Tumpat dan Pasir Mas.

Siasatan dan penangkapan yang dilakukan oleh Jabatan Imigresesn Kelantan mendapati GRO terbabit bukan sekadar menemani pelanggan semamsa minum malah berlanjutan hingga ke ranjang. Aktiviti seks dilakukan di hotel hotel murah.

GRO ini juga diberi upah RM 2.00 bagi membuka setiap botol minuman keras untuk para pelanggan. Kebanyakan GO ini tidak dibayar gaji sebaliknya diberi upah tersebut sebagai galang ganti kepada gaji.


“Kebiasaannya pelanggan akan menempah minuman keras 24 botol untuk diminum bersama rakan sambil ditemani GRO. GRO turut menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran RM 100.00 semalam dan akan melakukan aktiviti seks di hotel hotel murah di sini (Tumpat)” ujar Boon Hai.

”Saya terkilan apabila mendapati ada pelanggan terdiri dari orang Islam yang mengunjungi premis tersebut untuk aktiviti maksiat dan seks” ujar Nik Hashim Nik Amran.

Tahniah kepada kerajaan PAS Kelantan yang berjaya menyuburkan industri seks sebagai salah satu agenda menambah baik ekonomi negeri Kelantan. Mungkin pada dasarnya, industri lain tidak berkembang maju dan sedang mengalami kemerosotan maka alternatif terbaik adalah dengan memberi perhatian kepada industri seks.

Tidak perlu lagi parti PAS untuk terus menyerang UMNO dan Barisan Nasional kerana kerajaan PAS Kelantan juga turut sama bersekongkol menyuburkan industri seks di Kelantan.

Kerajaan Negeri Selangor dibawah pemerintahan PKR kini mendahului carta senarai teratas dan terus mengungguli pembukaan pusat maksiat seperti spa dan rumah urut. Cukup gah dan hebat !

Cuma, ada satu persoalan yang masih berlegar di kotak minda GWM … apa signifikan nama Serambi Mekah diwar warkan sebagai identiti Kelantan. Mungkin kerajaan PAS Kelantan dibawah pimpinan Nik Aziz menggunakan identiti tersebut sebagai satu diversion untuk mengalih perhatian rakyat dan berselindung disebalik ketidakmampuan PAS untuk mentadbir negeri Kelantan.

Jika ditanya sekalipun mengapa setelah 20 tahun memerintah masih lagi timbul pusat maksiat malah semakin subur industri seks di Kelantan, ini jawapannya ”Ini kerja kerajaan terdahulu Barisan Nasional, mana boleh hapuskan sama sekali, mustahil, susah nak tutup, kami boleh kurangkan sahaja, bla bla bla, bla bla bla ...”

Alasan demi alasan ...

Sumber rujukan:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1020&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm


MELAYU ATAS PAGAR

5 comments:

hangkedee said...

Sila lawati blog Haprak banyak Promosi hebat dan terhabat tentang ubat kote keras.jangan salahkan Pas salah Umno juga sebab anu keras

Unknown said...

HE HE HE ...

DULU PUN, GWM DAH TERBITKAN CERITA IKLAN KOTE KERAS NI.

HE HE HE ...

Megat Alam Gempita said...

Ni mesti nak bersaing dengan Serambi Patpong, Serambi Danok, Serambi Hadyai patutla byk iklan 'mengeraskan' dalam harakah dan harakahdaily.

Sarban ada busat, nafsu juga busat...

Anonymous said...

Sebenarnya tiada apa yang membezakan pemerintahan UMNO dan Pas kerana segala maksiat dan kemungkaran yang berlaku di negeri yg diperintah oleh BN berlaku juga dinegeri yg diperintah oleh PAS. Bagaimanakah pemimpin Pas hendak mendakwa bahawa pemerintahan mereka lebih Islam sedangkan bukti yg ditunjukkan sebaliknya....

Pas terlalu banyak bercakap mengenai pemerintahan Islam tetapi gagal dalam melaksanakannya, kini dengan bersama dengan puak DAP & PKR aku yakin perjuangan Pas pasti tidak kemana-mana hanya berceramah dan terus berceramah saja.

Anonymous said...

Bang ... pkr selangor mendahului carta bukak pusat spa & rumah urut di malaysia? hebat tu ! caya bro !

kah kah kah ....