Tuesday, October 23, 2012

Khalid Ibrahim berdiri megah dihadapan bas yang disewa olehnya, kemudiannya dibeli oleh beliau ...


Rakyat masih lagi menunggu jawapan dari Menteri Besar Selangor dalam isu pembelian bas mewah, Bas Jelajah Merdeka untuk yang tersayang ... Anwar Ibrahim.

Rasanya tidak manis bagi Khalid Ibrahim terus mendiamkan diri dengan isu pembelian bas bernilai RM 900,000.00 ini.

Sampai bila Khalid Ibrahim mahu menutup mulut dari menjawab persoalan paling mudah untuk dijawab.

Saya ingin menegaskan bahawa kos sewaan bas dua tingkat yang akan digunakan Pakatan Rakyat sepanjang kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak menggunakan wang Kerajaan Negeri Selangor.

Bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya oleh saya tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri.

Semua kos melibatkan bayaran kepada pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos sewaan itu tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri.



Khalid Ibrahim sebenarnya secara rasmi menobatkan dirinya sebagai Menteri Besar pertama membeli dan memiliki bas mewah atas namanya.

Anwar Ibrahim, seperti biasa meletakkan segala jenis 'najis berat' terhadap Menteri Besar Selangor. Khalid Ibrahim mati akal.

Mati akal kerana bas tersebut telah didaftarkan seperti berikut ...

No Pendaftaran : BLU 8779
No Enjin : M61HA800001
Pembuat : Dong Feng
Tarikh Daftar : 03 September 2012
Kegunaan : Persendirian
Pemilik : Abdul Khalid Bin Ibrahim



Malang tidak berbau ...

“Abdul Khalid kemudiannya mengakui bas mewah itu adalah miliknya dan dibeli melalui sewa beli selama enam bulan. Beliau menafikan bas itu dibiayai oleh syarikat yang membekalkan 50 lori kompak sampah kepada MBI Incorporated”. - Free Malaysia Today, 23 Oktober 2012

Khalid Ibrahim perlu memberi penjelasan dengan lebih tepat dan jitu lagi ... 

Bagaimana beliau mampu membayar ansuran sewa beli sebanyak RM 150,000 sebulan bagi sewaan selama 6 bulan?

RM 150,000 x 6 bulan = RM 900,000

Rakyat juga perlu menilai berapa sebenarnya gaji bulanan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Apa yang difahamkan, gaji bulanan beliau adalah RM 20,000 sebulan.

Tolak campur darab bahagi dengan elaun dan manfaat, berkemungkinan Khalid Ibrahim boleh mencapai gaji bulanan RM 50,000 sebulan.

Andaian mudah, Khalid Ibrahim masih kurang RM 100,000 untuk membayar sewaan bulanan sebanyak RM 150,000. Ini belum dicampur lagi dengan kadar faedah dari bank.



Soalan bonus untuk Khalid Ibrahim ...

a) Siapa sebenarnya yang membayar kos sewa beli ini dan/atau syarikat dan/atau individu mana yang turut membiayai kos sewa beli Bas Jelajah Merdeka ini?

Anwar, Azizah, Khalid dan Fuziah menunjukkan tanda bagus ... tanda mutlak rakyat Selangor dibohongi hidup-hidup parti peliwat PKR.

b) Khalid Ibrahim telah disenaraihitamkan dari membuat pinjaman berikutan hutangnya kepada Bank Islam yang melibatkan sejumlah wang bernilai jutaan ringgit. Bagaimana seorang yang telah disenaraihitam mampu membuat perjanjian sewa beli?

c) Bank atau institusi kewangan manakah yang sanggup mengeluarkan pinjaman kepada seorang yang berhutang dengan nilai jutaan ringgit?

d) Adakah bas berkenaan dibeli secara tunai oleh satu entiti perniagaan dan dinamakan atas Khalid Ibrahim sebagai pemilik bas mewah ini?



Barangkali Khalid Ibrahim terlupa dengan Manifesto Pakatan Haram 2008 ...


Paling penting ... rakyat Selangor perlu tahu dan faham sesungguhnya seorang Menteri Besar tidak dibenarkan terlibat dalam perniagaan.

Dalam skandal pembelian Bas Jelajah Merdeka ini, Khalid mengaku bahawa telah menyewakan bas tersebut kepada PKR!

Sekatan sebagai seorang Menteri Besar tidak dibenarkan terlibat dalam mana-mana urusniaga telah difahami dengan jelas, nyata dan terang terutamanya ahli politik.


Terlupa ... Manisfesto sebenarnya bukanlah janji untuk ditunaikan. Manifesto sekadar satu elemen dan alat untuk membodohkan para pengundi di Selangor.

Hmmmm ....



4 comments:

Anonymous said...

Isu ini dah lama jadi buah mulut orang...tak dengar plak SPRM datang tengokx kalau ada kes...senyap jer... Kalau ikutkan bukti dah berlambak diutarakan.. Cuba lah check klausa kontrak beli lori sampah, ada tak dimasukkan klausa 'Pemberian Tidak Jujur'...

Anonymous said...

sprm...??????????????????? zzzzzzzzzz hampehhhhhhhh

Anonymous said...

SPRM punya top management pun org2 ANWAR kaki JUBO jugak sebab tu tak nak atau nak delaykan ambik tindakan. kalau bleh nak tunggu parliament dissolved sebab kalau dah disolve tak payah nak buka fail.

BOSS SPRM sila relinquish jawatan anda kerana anda seorg yang pilih bulu cipap !!! kalau org2 UMNO/BN kerajaan bukn main cepat siasat. Contoh BENG HOCK punya kes... cina yang mampos bunuh diri tu bukan main cepat lagi... kenapa tak siasat hanjeng2 pembangkang jugak??

Anonymous said...

Bas brnilai RM900,000 je..kalau nk dibandingkn dgn prbelanjaan beli-belah Datin Rosmah Mansor,nilai bas tersebut sebesar kuman je bagi beliau..beli-belah di landon,bercuti & menginap di penhouse brnilai ratusan ribu ringgit di australia..sangat tidak trkira jmlah yg beliau sudah belanjakan.padahal beliau cuma isteri prdana menteri sahaja..