Monday, November 14, 2011


GWM cukup menggalakkan penyokong tegar dan blogger pencacai Tuan Haji Anwar Ibrahim untuk segera mendapatkan buku ilmiah ini. Nescaya penyokong tegar dan blogger pencacai pasti berpuashati dengan isi kandungannya ... puak-puak UMNO dilarang membaca!

Mengapa perlu dijadikan bahan bacaan wajib?

Kerana kandungan buku ini mampu memberi ilham segar buat penyokong tegar dan blogger pencacai Tuan Haji Anwar Ibrahim untuk mendapatkan bahan untuk menyerang UMNO dan Tun Dr Mahathir 'Mahazalim' Mohamad sepuas-puasnya.

Tak mahal ... cuma sekitar RM 60.00, boleh didapati dimana-mana toko buku terkemuka ... MPH Bookstore, Kinokuniya dan sebagainya.



Namun begitu, GWM galakkan penyokong tegar dan blogger pencacai Tuan Haji Anwar Ibrahim untuk terus melompat ke mukasurat 22 hingga 24. Baca berulang-ulangkali sehingga khatam untuk mendalami ilmu dan rahsia tersirat dalam mukasurat tersebut.

Sepintas lalu, GWM paparkan rahsia utama sebagai senjata utama penyokong tegar dan blogger pencacai untuk meneruskan sokongan terhadap Tuan Haji Anwar Ibrahim.





Amat jelas pada tahun 1993 dimana beliau (Anwar Ibrahim) menggunakan rangkaian kawan-kawan, kemahiran sebagai pemidato dan sejumlah wangtunai yang besar untuk mendapatkan sokongan yang cukup bagi merampas kedudukan Timbalan Presiden UMNO dan menggantikan Ghafar Baba.

Menjelang tahun 1990-an politik wang semakin merebak kedalam UMNO, dari cawangan dan bahagian terkecil sehingga kepada barisan kanan parti, dan Anwar menggunakan sepenuhnya politik wang dan sistem naungan untuk kepentingannya.





Manakala pengikut Anwar - seperti yang disaksikan dengan mata kepala saya sendiri (Ian Stewart, penulis buku) dan wartawan-wartawan lain - telah menyerahkan paket wang untuk memperolehi sokongan pemimpin-pemimpin bahagian UMNO dalam kempen beliau menentang Ghafar Baba pada tahun 1993, Anwar telah berjaya mendapatkan sokongan mereka yang berpengaruh dalam parti dan menjanjikan jawatan penting dalam membentuk kerajaan setelah beliau mengambil alih kedudukan Dr Mahathir.


(NOTA : Ian Stewart memulakan kerjaya kewartawanan pada tahun 1950-an bertugas sebagai penulis/wartawan Selatan Pasifik untuk New York Times pada tahun 1974, seorang wartawan bebas yang dihormati kini menetap di Singapura. Turut menjadi penulis/wartawan bagi The Australia dan South China Post bagi artikel politik di Malaysia.)



Ahhh ... mana mungkin seorang pemimpin bertaraf Haji Mabrur seperti Tuan Haji Anwar Ibrahim dimomokkan sebagai Bapa Rasuah & Politik Wang No.1 UMNO suatu ketika dahulu. Ini laporan wartawan luar negara ... ,mungkin sudah dibayar UMNO untuk menulis memburukkan pemimpin Anugerah Tuhan ini ... mana mungkin!



Barangkali penyokong tegar dan blogger pencacai Tuan Haji Anwar Ibrahim boleh merujuk kepada Editor Harakah Ahmad Lutfi Othman dan pemilik akhbar Siasah Mohd Sayuti Omar a.k.a blogger MSO mengenai politik wang dan rasuah yang diamalkan oleh Tuan Haji Anwar Ibrahim sejak dalam UMNO.

Atau dapatkan sahaja buku terbitan Ahmad Lutfi Othman dan Mohd Sayuti Omar mengenai politik wang dan rasuah yang diamalkan oleh Tuan Haji Anwar Ibrahim.








Bak kata Mohd Sayuti Omar dalam bukunya ...

Stail dan budaya Anwar sebagai "budaya untuk membuncitkan perut sendiri". Anwar banyak memikir dan menyusun strategi untuk kepentingan dirinya sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat. Beliau lebih memikir serta mencaturkan macam mana hendak menguasai UMNO, daripada memikir macam mana hendak mengubahkan dasar pendidikan negara yang lebih kemas dan mengikut keredhaan Allah. ... Tindakan Anwar membuat klik dan menyusun kemnya

Anwar dengan skandal kewangan yang didakwa telah dilakukan oleh dua orang kepercayaannya: "Anwar dikatakan lelah menasihat kedua pegawainya itu meletakkan jawatan dalam masa 24 jam. Salah seorang yang dipecat katanya berangkat ke London untuk melanjutkan pelajaran. Kedua orang harapan Anwar ini dikatakan terlibat menipu sebuah syarikat ... yang berjumlah ratusan ribu ringgit.



Pssst ... jika buku-buku ini sudah tidak berada dalam pasaran, tanya Tuan Haji Anwar Ibrahim kalau-kalau dia ada copy!







5 comments:

Anonymous said...

Kebiasaannya pd aku, aku tak pilih tajuk!

Perkara yg pertama aku teliti ialah...siapa penulisnya? Kemudian baru tajuknya!

TunM menulis bab Anwar..?

Rasanya takyah baca pun dah tau apa isinya. Begitulah jika sebaliknya!

Lutfi menulis bab Anwar semasa Anwar masih dlm UMNO? Ce bandingkan tulisan beliau terkini tentang Anwar...!!!

Buku2 yg dilingkari penuh dgn persepsi berdasarkan kepentingan penulis sebegini.....

nak dijadikan bacaan WAJIB ??

Mmuuaahhahahaha...!!!

Anonymous said...

Musangka penjilat lubang juboq anwar paling tegar....

Anonymous said...

Musangka, kalau jenis asobiyah tulen seperti kamu ini, datanglah apa benda jenis kebenaran pun kamu pasti tak terima kerana tahap asobiyah kamu memang tulen, kerana puak sendiri, kebenaran pun boleh dilempar ke kandang babi, inilah tahap pemikiran asobiyah Pakatan Rakyat, terutama dalam kelompok PAS, dijadikan pecacai oleh DAP pun tak apa, asobiyah terhadap Pakatan Rakyat, tak apa biarlah PAS jadi 'anjing suruhan' pun tak apa kerana nak pertahankan asobiyah mereka ini. Islam melarang asobiyah, tapi ia kini menjadi ikutan dan budaya dalam PAS dan penyokong PKR, dalam DAP tak payah ceritalah, memang asobiyah benar mereka ini, kalau tidak masakan sanggup mereka paksa PAS jadi pecacai tahap 'anjing suruhan' demi kepentingan puak mereka saja.Yang bengongnya pula, PAS sanggup pula jadi pecacai tahap 'anjing suruhan' kepada DAP, memang bengong sangatlah PAS kini, tok guru pun sudah kelabu mata tak dapat bezakan kebenaran dengan dendam kesumat, nama saja tok guru, tapi pendendam, isu PAS ditendang dari Barisan Nasional pada tahun 1978 adalah kerana sikap PAS sendiri yang menjadi parasit dalam Barisan Nasional, macam Singapura dalam Malaysia dulu, buat apa simpan, lebih baik buang sajalah, kerana seekor kuman akhirnya berjuta orang menjadi mangsa.

Isu PAS ditendang dari Barisan Nasional kerana sikap PAS yang mengamalkan budaya cantas mencantas pimpinan BARJASA dalam kerajaan negeri Kelantan di mana Menteri Besar Kelantan ketika itu dari BARJASA telah digugat oleh kelompok PAS kerana tamakkan kuasa politik, tapi akhirnya PAS kena tendang keluar dari Barisan Nasional, Nik Aziz pun tahu perkara ini, tapi dia sibuk tuduh UMNO macam-macam pasal isu PAS kena tendang ini sebab nak tutup kelemahan puak PAS, memang jenis asobiyah, tak payah kata apalah, memang degil tahap apa entahlah, tak boleh dibaiki lagi.

Isu Anwar semasa pemilihan UMNO 1993, berkemungkinan besar memang Anwar mengumpulkan kekuatan dari segi orang-orang naungannya untuk menyingkirkan Tun Ghafar Baba dari jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri, bukannya apa dari kisah-kisah orang-orang politik veteran dalam UMNO sendiri pun cakap benda sama, kalau seorang dua bolehlah kata nak tipu dan fitnah, kalau sudah ramai apa cerita?

Tapi kalau si Musangka ini, jangan haraplah dia nak terima kenyataan, kalau Anwar dan Nik Aziz kata najis itu aiskrim pun dia percaya, kerana asobiyah mereka ini terlalu tebal, ajaran penyeleweng yang dikembangkan oleh PAS.

Musangka, bila masa nak jawab soalan saya, baculkah? Manusia bacul mana berani berhadapan dengan kebenaran, sebab dia takut kepada kebenaran, dia rela bergelumang dengan penipuan dan kepalsuan. Selain Musangka ini ada seorang lagi, Nam Ron, kalau berani sila tolong Musangka jawab soalan saya, nak tahu soalannya, nantikan di komen seterusnya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


Encik Mohamad.

Anonymous said...

Soalan saya kepada Musangka yang masih belum berjawab kerana beliau bacul dan takut berhadapan dengan kebenaran:

1. Ajaran Islam mazhab apakah yang membenarkan ceramah maki hamun, hasutan, dan demontrasi liar? Apakah telah ada Islam mazhab baru ciptaan PAS dan Pakatan Rakyat yang dinamakan Islam Mazhab PAS atau Islam Mazhab Pakatan Rakyat yang imamnya Al-Shiekh Tuan Guru Sahibul Fadhilah Nik Aziz Al-Nicky dan Sahibul Fadhilah Sheikh Tuan Guru Lim Guan Eng Al-DAPig yang membenarkan demontrasi liar, hasutan dan ceramah maki hamun kerana berpandukan kitab Buku Jingga?

2. PAS kata menuduh tanpa membawa bukti 4 saksi lelaki beriman adalah salah dalam tuduhan zina melibatkan seorang pimpinan Pakatan Rakyat sedangkan ada bukti video dan DNA serta CCTV, tapi bila Mahfuz Omar dan pimpinan PAS serta Pakatan Rakyat yang lain serta media-media Pakatan Rakyat menuduh Dr. Rais Yatim sebagai perogol walaupun tak ada saksi lelaki 4 orang beriman, malahan CCTV pun tak, DNA pun tak ada, video pun tak ada, malahan yang kononnya mangsa rogol pun menafikan kejadian itu, apahal Mahfuz dan kuncu-kuncunya itu tak dikenakan hukuman Qazaf oleh PAS? Malahan Mahfuz dan kuncu-kuncunya dijulang sebagai wira kerana memburukkan UMNO dan Barisan Nasional. Kononnya nak buat hudud, tapi tak tunjuk teladan yang baik, macam mana?

3. Berhubung isu Tun Mahathir yang kononnya memaksa Nik Aziz untuk tidak buat hudud di Kelantan, ada berani siarkan surat dari Tun Dr. Mahathir kepada Nik Aziz itu? Malahan mengapakah Hadi Awang menandatangan kenyataan bersama Pakatan Rakyat yang mengkehendaki supaya HUDUD TIDAK DIJADIKAN AGENDA PAKATAN RAKYAT sedangkan PAS kononnya nak buat hudud? Apakah PAS telah menjadi 'anjing suruhan' DAP yang menyalak ke sana ke mari memekak untuk menyalahkan UMNO demi kepentingan PAS dan melindungi DAP?

Ada berani jawab Nam Ron, sebelum ini Musangka mana dia berani jawab, asyik merapu tak tentu arah, lain ditanya lain dijawab, lagi teruk bila jawab, dia jadi macam orang tak siuman meracau-racau macam kena sampuk dek setan gayanya.

Saya juga cabar Musangka untuk jawab perkara ini, tak banyak 3 soalan saja, itu pun kalau jenis penegak kebenaranlah, kalau jenis bacul dan asobiyah, gerenti mereka berdua ini tak berani jawab punya. BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA ASOBIYAH SEPERTI NAM RON DAN MUSANGKA.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


Encik Mohamad.

Anonymous said...

PAS = Parti Anjing Suruhan @ Parti Asobiyah Se-Malaysia.

Kalau Parti Islam Se-Malaysia= PIS.

Sesuai benarlah PAS ubah jadi Parti Anjing Suruhan dan Parti Asobiyah Se-Malaysia kerana betapa PAS rela menjadi 'anjing suruhan' kepada DAP dalam Pakatan Rakyat dan bersikap asobiyah membela puak dan sekutu mereka yang buat maksiat, buat jenayah, buat tak jahat dibela habis-habisan sedangkan orang lain yang tak ada salah apa-apa dituduh yang bukan-bukan pula oleh puak penyeleweng ini, PAS PIS PUS, PAS = Parti Anjing Suruhan (kepada DAP).