Friday, November 11, 2011


Laporan apa barangkali yang mampu menyebabkan Anwar 'Dua Kali Naik Haji' Ibrahim mengalami alahan pening dan muntah-muntah mengandung 3 bulan?

Bukan sebarang laporan yang mampu menghilangkan 'nafsu syahwat anugerah' beliau untuk terus menghentam kerajaan Barisan Nasional dibawah pimpinan DS Najib.




Laporan yang dikeluarkan oleh World Economic Forum ini memberikan indikator penting bagaimana sesebuah kerajaan yang memerintah memiliki tahap daya saing yang tinggi (competitiveness) melalui pembentukan institusi, dasar dan polisi, dan faktor-faktor yang menentukan tahap produktiviti sesebuah negara.

Kajian yang dilakukan oleh World Economic Forum ini memberikan indikator penting tahap produktiviti sesebuah negara hasil dari kemakmuran, kestabilan politik, kadar pulangan diperolehi oleh pelaburan dalam sesebuah ekonomi, yang menjadi asas kadar pertumbuhan negara tersebut.



Mengapa Anwar 'Dua Kali Naik Haji' Ibrahim pening dan hilang nafsu syahwat membaca laporan ini?

Sebanyak 142 buah negara dipilih dalam kajian yang dilakukan oleh World Economic Forum dalam memberi data dan fakta yang tepat.

Dalam kajian yang dilakukan, Malaysia menduduki tangga/ranking ke-21 bagi sebuah kerajaan memerintah yang memiliki tahap daya saing yang tinggi (competitiveness) hasil dari pembentukan institusi yang berkesan, dasar dan polisi yang baik, dan faktor-faktor yang merangsang ekonomi sesebuah negara.



Kedudukan/ranking Malaysia jauhlebih tinggi jika dibandingkan dengan negara maju dan membangun yang seperti Itali, Sepanyol, China dan Korea Selatan.


Nafsu syahwat Anwar 'Dua Kali Naik Haji' Ibrahim terus lemah dan merudum dengan laporan yang dikeluarkan ini. Paling tidak, kecaman dan fitnah terhadap kerajaan Barisan Nasional sebagai kerajaan korup dan paling tidak efisyen sudahpun terjawab.






Bagaimana pula dengan perbandingan Malaysia dengan negara-negara di Asia Tenggara? Paling busuk, Malaysia hanya berada di bawah Singapura ...





Malaysia tidak mampu menjadi kompetitif jika sekiranya kerajaan yang memerintah tidak mampu membentuk sesebuah institusi yang berkesan, dasar dan polisi yang baik, dan faktor-faktor yang merangsang ekonomi.

Kajian dan data yang dikeluarkan oleh World Economic Forum sudah cukup membuktikan malah menepis tohmahan Anwar 'Dua Kali Naik Haji' Ibrahim dan juak-juak pembangkang kerajaan Barisan Nasional korup dan bakal muflis!

Bukan mudah bagi sebuah negara membangun seperti Malaysia berada pada kedudukan/ranking ke-21 dunia jika tidak mempunyai sebuah kerajaan yang stabil ...

Pun begitu, GWM paparkan secara adil dan saksama data-data yang dikeluarkan oleh World Economic Forum sebagai rujukan pembaca.





Hasil kajian menunjukkan dasar dan ketelusan polisi yang dibuat kerajaan membolehkan perniagaan dijalankan dengan mudah.


Hasil kajian turut menunjukkan polisi dan dasar dibuat kerajaan tidak membebankan sesuatu perniagaan dijalankan.


Begitu juga perbelanjaan kerajaan tidak menunjukkan pembaziran dalam memberikan perkhidmatan dan pembangunan kepada rakyat.


Hasil kajian menunjukkan tahap kebolehpercayaan rakyat kepada kecekapan perkhidmatan yang diberikan oleh anggota polis masih berada diparas terbaik ... tidak seperti yang diwar-warkan oleh pembangkang.


Polisi pertanian yang dibuat kerajaan didapati tidak membebankan pengguna, pengusaha dan pembayar cukai seperti yang ditohmah juak-juak pembangkang.


Polisi anti monopoli masih dianggap efektif dan berada pada kedudukan terbaik dari 142 buah negara didunia.


Sistem pendidikan di Malaysia adalah di antara yang terbaik di dunia ... bukan gua cakap, hasil kajian bang!


Kadar perubahan inflasi di Malaysia masih berada di tahap terbaik dan terkawal.



Kualiti infrastruktur di Malaysia adalah di antara yang terbaik di dunia. Infrastruktur yang baik membolehkan perniagaan berkembang dengan lebih efektif dan efisyen.

Hasil kajian turut menunjukkan infrastruktur dinegara ini lebih baik dari sesetengah negara maju.












Tidak ada sebab mengapa perlu Anwar 'Dua Kali Naik Haji' Ibrahim dan juak-juak pembangkang mahu memburukkan imej kerajaan yang sedia ada ... melainkan perasaan hasad dengki dan khianat dengan kejayaan kerajaan Barisan Nasional!


2 comments:

fikir... said...

baru lah mantap.... bercerita berasaskan fakta....

Anonymous said...

Malaysia memang negara yg hebat. Cuma puak2 pembangkang saja yg buta hati enggan terima hakikat yg sebenarnya. Asyik nak cari salah kerajaan saja. Kalau kasi PR perintah Malaysia, silap2 boleh bangkrap Malaysia macam Greek tu, nauzubillah...