Thursday, November 10, 2011


Full Article ... click PAKATAN HARAM SELANGOR ZALIM!

Nampaknya cuaca semakin panas dan hangat sewaktu berlangsungnya Sidang DUN Selangor hari ini.

Sehangat kegagalan Khalid Ibrahim menjawab persoalan mudah dari ADUN Batang Kali berkenaan manfaat program MES kepada penjawat awam sehingga ditendang keluar dewan ...

Dan sehangat kebodohan Ronnie Liu memutarbelitkan fakta bahawasanya hanya terdapat 4 buah pusat hiburan tanpa lesen di Semenyih. Walhal terdapat 18 pusat snooker tanpa lesen beroperasi di bandar tersebut ...



Dan kali ini serbuan rakyat mendedahkan lagi pembohongan dan kezaliman kerajaan Pakatan Haram di Selangor.




Jurucakap Mohamad Durrani Izam yang mewakili 686 orang pembeli projek pangsapuri kos rendah di beberapa daerah di negeri Selangor berputih mata lagi dengan pembohongan kerajaan Pakatan Haram Selangor.


1) Pembelian pangsapuri berharga RM 42,000.00 masih lagi menjadi tandatanya

2) Pembeli telah membayar 5 peratus deposit (RM 2,100)

3) Permohonan telah ditunggu lebih dari 5 bulan

4) Cabutan undi tidak pernah dilakukan sehingga kini bagi pemilikan rumah

5) Kegagalan penyerahan kunci kediaman tersebut dilakukan.
6) Alasan yang diberikan perlu tunggu ... sampai bila?



GWM difahamkan berdasarkan surat tawaran pembelian pangsapuri kos rendah ini melibatkan projek-projek rumah kos rendah di Selayang Mulia Selayang, Taman Botanic Klang, Taman Harmoni Balakong dan Taman Cheras Intan Cheras. Dan difahamkan kesemua tawaran pembelian ini sudah sah diperuntukkan kepada para pembeli pangsapuri tersebut.



Sahabat blogger The Unspinners turut membuat pendedahan ini semalam.


“Dalam pertemuan itu, wakil Menteri Besar mengakui kewujudan unit-unit pangsapuri kos rendah tersebut, namun jika para pembeli mahu memiliki kediaman itu mereka perlu memohon pinjaman daripada bank dan bukan membeli secara sewa beli.

Seorang lagi pembeli Hasbullah Ismail,40, berkata, dia pada mulanya langsung tidak meragui kesahihan transaksi jual-beli rumah tersebut kerana Haji Mohd. Yatim telah memberi resit bukti pembayaran dan surat-menyurat menggunakan kepala surat Permodalan Negeri Selangor Bhd. (PNSB) dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).


Full article ... click
KHALID GAGAP PEMBOHONG!




Siapa Hj Mohd Yatim yang mampu memberikan resit bukti pembayaran dan surat-menyurat menggunakan kepala surat Permodalan Negeri Selangor Bhd. (PNSB) dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) kepada pembeli pansapuri ini?

Bagaimana kerajaan Pakatan Haram boleh memberi kuasa kepada beliau untuk mengutip wang pembayaran deposit lima peratus (hampir RM1.37 juta) dari 650 pembeli yang cukup jelas mewakili agensi Kerajaan Pakatan Haram Selangor?



Khalid Ibrahim ... you nak jawab ke tak nak? Mana Punaisihat Selangor you?


0 comments: