PAU 2011 ... Medan POW MengePOW KUASA dan TAKHTA Bakal Bermula, PAU KAYA SATU!
Perhimpunan Agung UMNO 2011 telah pun melebarkan sayapnya semalam. Tarikh 29 November 2011 bakal menjadi titik permulaan survival parti keramat orang Melayu, bakal menjadi penentu halatuju sebelum pilihanraya umum kelak.
Sejauhmana amanat Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dihayati sepenuhnya, semuanya terletak pada kepala dan hati ahli UMNO yang hadir semalam.
Namun begitu sudahpun timbul khabar indidvidu yang mula mempromosikan dirinya sebagai 'winnable candidate' dalam cubaan merampas kembali takhta kerajaan negeri Selangor daripada tangan Pakatan Haram.
Sudahpun bermula gerak kerja dan operasi bersepadu 'winnable candidate' dalam UMNO Selangor yang mahu dirinya dimartabatkan sebagai 'the most suitable candidate' untuk mewakili UMNO Selangor.
Apa yang diberitakan adalah kempen ini sudahpun bermula sebelum berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2011 (PAU 2011). Tidak mustahil kempen ini bakal bersambung dan menjadi kesinambungan 'winnable candidate' sewaktu berlangsungnya PAU 2011.
Maka amanat Presiden dan Timbalan Presiden UMNO bakal menjadi amanat-amanat yang akan dibakulsampahkan kembali oleh ahli UMNO sendiri setiapkali berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO.
GWM hanya mengharapkan agar sayap Pergerakan Pemuda dan Puteri menyusun kembali saf yang kian longgar. Timbalan Presiden UMNO telah menyampaikan amanatnya kepada kedua-dua sayap parti ini.
Jangan pula persidangan hari ini kembali timbul desakan dari mulut ahli UMNO mahu mengangkat individu-individu tertentu menjadi Menteri atau Timbalan Menteri.
Banyak mata dan telinga mendengar di luar sana, tidak terkecuali rakyat ... Mau Pau Kaya? Pau Ayam? Pow Jawatan? Pow Kuasa, Pow Pow Pow ...
1 comments:
air jordan shoes
palm angels
fear of god
fear of god essentials hoodie
nike sb dunk high
hermes belts
off white outlet
goyard handbag
bape clothing
off white jordan 1
Post a Comment