Tuesday, November 29, 2011


Zuraidah Kamaruddin tidak lagi mempunyai sebarang pilihan untuk mengekalkan kerusi parlimen yang disandang melainkan 'all out' meyakinkan Tuan Haji Anwar Ibrahim yang beliau masih layak dicalonkan kembali.

Serangan peribadi ke atas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil barangkali membuahkan hasil lumayan.

Kajiselidik yang dilakukan oleh Pakatan Haram sudah cukup menggusarkan Zuraidah Kamaruddin, 56 peratus wanita memilih Barisan Nasional sebagai pilihan utama parti untuk kekal memerintah.



Keputusan kajiselidik sudah cukup menggambarkan Zuraidah Kamaruddin, Ketua Wanita Keadilan gagal mengimbangi dan menyaingi populariti Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam menarik dan mendapatkan sokongan kaum wanita.

Lebih teruk, keputusan kajiselidik memaparkan 69 peratus kaum wanita di Malaysia menolak Tuan Haji Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri yang berkredibiliti. Hanya 24 peratus sahaja masih terkial-kial menyokong 'Anugerah Tuhan'.

Imej dan reputasi Tuan Haji Anwar Ibrahim semakin tercemar dan merudum berikutan kegagalan Zuraidah Kamaruddin. Zuraidah Kamaruddin bertanggungjawab sepenuhnya atas kehilangan sokongan dari kaum hawa.

Mengapa Zuraidah Kamaruddin menekan 'panic button' dan menyerang peribadi Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil? Mudah jawapannya ...



Data di atas adalah kajiselidik jumlah penduduk di Malaysia oleh Jabatan Perangkaan yang menyaksikan 13,453,154 juta dari 27,565,821 adalah kaum wanita.

Secara hipotetik ...

1) 56 peratus kaum wanita (7,533,766 juta) memilih Barisan Nasional sebagai parti yang kekal memegang teraju pemerintahan.

2) 69 peratus kaum wanita (9,282,676 juta) menolak Tuan Haji Anwar Ibrahim sebagai calon paling layak menduduki kerusi Perdana Menteri.



Walaupun kajiselidik Pakatan Haram hanya dilakukan di empat buah negeri dengan 1,000 responden dipilih mewakili setiap negeri, ini merupakan isyarat paling jelas Pakatan Haram dan Tuan Haji Anwar Ibrahim semakin ditolak oleh rakyat khasnya kaum wanita.


Dan cukup jelas mengapa Zuraidah Kamaruddin bertungkus lumus menyerang peribadi Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melalui isu NFC ...

Lebih baik menyerang, sebelum jawatannya diserang bertubi-tubi oleh pemimpin wanita PKR yang lain ...

2 comments:

Anonymous said...

Bila masa dia pergi haji ni?

Anonymous said...

Ha haji or haji dam tolak ha ha haaaaa