EKSKLUSIF ... Perlantikan Senator BAKAL MENJADI BAHAN LAWAK?
GWM terpanggil untuk memberi pandangan secara terbuka mengenai perlantikan senator masa kini kerana dikhuatiri jawatan senator bakal menjadi bahan lawak jenaka menjelang piliharaya umum kelak.
Tidak mustahil perkara ini boleh dijadikan 'modal selesa' pakatan haram untuk membelasah Barisan Nasional dalam ceramah-ceramah pakatan haram sebelum menjelangnya pilihanraya umum.
Sememangnya tidak dinafikan, hak perlantikan senator terletak kepada Yang di-Pertuan Agong dimana baginda boleh melantik 44 senator dan 3 senator dilantik bagi mewakili Wilayah Persekutuan. Selebihnya perlantikan senator terletak kepada Sultan setiap negeri dan atas nasihat Perdana Menteri.
Namun apa yang membimbangkan 'trend' perlantikan senator lebih menjurus kepada perumpamaan perlantikan 'dulu lu belasah gua, sekarang lu jilat gua, lu boleh jadi senator'!
GWM perlu bersikap terbuka dalam hal ini kerana unjuran 'trend' golongan yang terpilih menjadi senator adalah golongan yang pernah mengkhianati kerajaan dan Barisan Nasional khususnya.
Teguran bukan bererti membenci kerajaan dan Barisan Nasional namun kerajaan perlu lebih matang dalam menilai perlantikan seorang senator.
Apakah dengan hanya menjadi seorang 'defector' dari barisan pembangkang, dengan semudah itu jawatan senator layak disandang sebegitu mudah? Perlukah dengan hanya membekalkan 'peluru penabur' untuk membunuh langkah pembangkang, murahnya darjat kebesaran seorang senator diperlakukan?
Begitu mudah senator 'defector' ini dilantik dan begitu mudahnya golongan ini mempunyai keistimewaan duduk semeja dengan menteri malah bersama Perdana Menteri!
Bagaimana pula mereka yang telah lama berkhidmat dalam kerajaan dan mempunyai rekod cemerlang namun tidak diberikan keistimewaan ini.
Bagaimana pula dengan tokoh-tokoh pejuang dalam UMNO, MCA, MIC dan sebagainya dalam Barisan Nasional yang telah lama berjuang mempertahankan kredibiliti dan imej kerajaan yang terlepas pandang.
GWM yakin masih ramai golongan professional yang terpinggir dari dilantik menjadi senator berdasarkan track record cemerlang dalam perkhidmatan awam mahupun mereka yang bergerak dalam NGO-NGO di Malaysia.
Apa yang GWM khuatirkan jika terjadi satu situasi yang agak aneh (bukan mustahil) ... jika ditakdirkan 'Anugerah Tuhan' melakukan satu turning point memberikan 'peluru hidup' kepada Barisan Nasional untuk membunuh pakatan pembangkang.
Adakah kerajaan juga akan melantik 'Anugerah Tuhan' sebagai seorang senator gara-gara kembali melutut dan menyokong Barisan Nasional ...
Huh ... bakal menjadi bahan lawak politik Malaysia satu abad lamanya.
7 comments:
Inilah dinamakan 1Malaysia : Populariti Diutamakan, Kepentingan Nasional Dihumban ke Dalam Longkang.
Memang ramai pimpinan UMNO dan juga mantan pegawai tinggi kerajaan yang berwibawa untuk dilantik jadi senator, tetapi mereka ini dipinggirkan kerana seperti GWM tulislah, kalau tak reti bodek, tak reti jilat, maka susahlah, sekarang ini kualiti lempar ke tepi, yang penting bodekan dan jilat menjilat ini lebih diutamakan.
Mantan pegawai kerajaan seperti Tan Sri Musa Hassan, Tan Sri Rahim Noor, serta tokoh-tokoh seperti Tan Sri Abdul Rahman Arshad dan lain-lain lagi dipinggirkan kerana tidak suka membodek dan jadi penjilat. Sedangkan tokoh-tokoh berkenaan adalah pegawai-pegawai hebat semasa mereka menjalankan tugas. Misalnya Tan Sri Musa Hassan, sangat tegas dan tidak mempedulikan unsur-unsur politik dalam pentadbiran PDRM, Tan Sri Rahim Noor, ketegasannya mempertahankan imej PDRM hingga lebam mata Anwar sebab menghina polis sebagai 'anjing kerajaan', suatu tuduhan melulu yang amat biadap dan keji. Tan Sri Abdul Rahman Arshad pula, adalah tokoh pendidik yang banyak memberi sumbangan kepada sektor pendidikan negara.
Patutnya Tan Sri Musa Hassan atau Tan Sri Rahim Noor dilantik menjadi senator dan mengambil alih jawatan Menteri Dalam Negeri daripada Menteri Amaran sekarang ini, Hishammuddin Hussein. Tan Sri Abdul Rahman Arshad pula boleh dilantik sebagai senator untuk memperjuangkan isu-isu pendidikan dengan lebih teliti dan mendalam.
Sekarang lihatlah bila Ezam dan Nallakarupan bodek PM terus jadi senator, sedarlah apakah kelayakan untuk menjadi senator, kelayakannya bukannya hanya sekadar pandai membodek dan berpolitik sepanjang masa, tetapi kualiti kerja yang diperlukan, ketegasan dan komitmen tinggi pada tugas, itu yang lebih utama.
Yang DiPertuan Agong tidak boleh dipersalahkan kerana beliau bertindak atas dasar nasihat oleh Perdana Menteri, sekarang Perdana Menteri telah memberi maklumat salah pada baginda, maka ini adalah kesilapan dari Perdana Menteri sendiri yang bertindak untuk kepentingan diri. Yang DiPertuan Agong mana nak semak latar belakang senator itu, itu kerja Perdana Menteri, kerana ketamakkan populariti dan gila dibodek dan dijilat oleh orang-orang tertentu, maka hadiah berupa jawatan senator diberikan.
Kalau nak diikutkan Datuk Ibrahim Ali layak dilantik jadi Menteri sebab dia begitu setia pada perjuangan UMNO, tapi kerana tak ada kepentingan kepada Perdana Menteri, maka dia diketepikan. Ezam dan Anwar dilantik sebab mereka tahu banyak rahsia Anwar, lepas ini mungkin Eskay akan jadi senator, kemudian Zahid Md. Arip juga akan jadi senator kerana mereka membodek Perdana Menteri dengan menggunakan pengetahuan mereka berhubung rahsia Anwar.
Bersambung ..........
Encik Mohamad.
Sambungan ..........
Najib jelas bukan pemimpin yang baik dan tidak berkualiti kerana sikapnya yang mementingkan populariti melebihi kepentingan nasional. Saya melihat banyak tindak tanduk Najib akan mengundang kepada kehancuran kepada negara ini, bukan tuduhan melulu, tetapi lihatlah sikap dia yang suka menyelamatkan popularitinya dengan membuat dasar-dasar dan tindakan yang popular tetapi menjahanamkan negara seperti pemansuhan ISA, malahan PPSMI dimansuhkan atas kehendak PM sebab nak populariti politik, begitu juga dengan isu Namewee, Katy Li Lian dan keceluparan Chua Soi Lek mempertikaikan keistimewaan bumiputera tak diambil tindakan, malahan Namewee diberikan berbagai pengiktirafan kerana 'karya tahap lahanat musibat' dia itu, ini kerana Najib nak populariti politik. Kejarlah populariti politik itu puas-puas, bukan apa, saya meluat dengan sikap Najib kerana perbuatan itu akan merosakkan UMNO dan menjejaskan Barisan Nasional, ini yang dibimbangkan. Kita tidak mahu seorang pemimpin menjadi parasit kepada orang yang dipimpinnya hingga memusnahkan parti sendiri, Najib sama macam Anwar sajalah, cuma Najib tak adalah dilibatkan dengan kes liwat, dua-dua mereka ini tamakkan populariti politik, terlalu teruja dengan kuasa. Tumbangkan Najib dan kuncu-kuncunya pada PRU 13 nanti. Tetapi jangan tumbangkan Barisan Nasional pula, Barisan Nasional kita sokong, tapi Najib dan kuncu-kuncunya kita tentang habis-habisan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Encik Mohamad.
Najib sama macam Pak Lah jugalah, biarkan anak bini dan ahli keluarga lain masuk campur dalam urusan kerajaan, sedarlah mereka itu semua bukannya siapa pun, sekadar anak bini dan ahli keluarga Perdana Menteri saja, bukannya Menteri, Timbalan Menteri, Ahli Parlimen, ADUN, Senator atau pegawai kerajaan, jadi jangan masuk campur urusan kerajaan.
Lihat saja Rosmah Mansur, bini PM, ibarat menteri sudah dia sekarang ini, berani masuk campur urusan kerajaan, malahan berani pula berurusan dengan negara asing melibatkan urusan kerajaan, apa cerita? Sedarlah, kalau bukan Menteri, Timbalan Menteri, Ahli Parlimen, ADUN, Senator, atau pegawai kerajaan, jangan pandir-pandir masuk campur urusan kerajaan, kamu itu suri rumah saja, bukannya apa pun, jangan berlagak pandai sangat kerana kamu akan buat perkara pandir kemudian hari hingga menyusahkan kerajaan seperti keadaan sekarang ini.
Lihat saja urusan Rosmah di luar negara, kerap benar di pergi, kononnya urusan negara nak bincang dengan pimpinan asing, sedarlah, kamu bukannya pegawai tinggi kerajaan, kamu juga bukannya ahli parlimen, atau senator atau ADUN, apa kuasa dan hak kamu nak bincang urusan negara dengan pimpinan asing? Sudahlah itu pengangkutan siapa biaya kalau bukan kerajaan, kerana dia nak buat urusan kerajaan kononnya, maka tiket kapal terbang, hotel, makan minum, pengangkutan dan sebaginya dibiaya oleh kerajaanlah, kononnya 'urusan kerajaan', entah apa dia buat di luar negara itu entahlah.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Encik Mohamad.
padan dgn muka hang, baru nak sedar. jadi pemimpin baru satu penggal bina rumah berjuta-juta rm, dapat rm200 setiap lima tahun upah tampal poster dan dpt minum teh dgn wakil rakyat dah sombong nak mampus. tak sedar diri dah duduk flat dua bilik pulak tu. pemimpin2 mereka kaya raya
khairi jamaludin yg bertukus selumus mempertahankan umno apa yg dapat? yg dapat hanyalah kutukkan dan cacian dari pakatan haram
Terima kasih dan tahniah UMNO.
Ambo amat setuju dengan pelantikan itu.Pedulikan dengan peibagai kritikan.
Mereka semua bodoh dah tak tahu bodek.Mahu-mahu dengkikan orang.
Terima Kasih lagi Umno dan tahniah sekali lagi Kula
Anonymous November 3, 2011 5:38 PM, Khairy bertungukus lumus untuk majukan UMNO, lawak jenis apa ini, bodo punya lawak.
Khairylah antara penyebab kemerosotan UMNO dan Barisan Nasional pada PRU 13 dulu, malahan hingga kini, tungkus lumus kepala otak kamulah, sekadar demontrasi liar dan budaya perosak yang diseret oleh Khairy untuk jahanamkan UMNO kamu kata 'perjuangan'? Perjuangan lancaulah kalau begitu.
Khairy dan Pak Lah adalah penyebab utama kemerosotan UMNO hingga ke hari ini, malahan mereka berdualah yang menjadi punca masalah kepada Barisan Nasional, politik secara melampau dan membiarkan rakyat menderita. Jenis bodo tak boleh diajar tak akan terima pandangan ini, dia akan tetap dengan sikap bodonya sajalah.
Anonymous November 3, 2011 5:49 PM, jelas benar kamu ini pecacai Pakatan Rakyat yang sengaja nak buat hal di sini. Lihat baliklah apa peranan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, apa sudah jadi? Sibuk bangunkan ekonomi Selangor atau sibuk nak ceramah politik ke sana ke mari di dalam dan di luar negara saja?
Cakap banyak tak guna dengan kumpulan bangang sebegini, mana reti bahasa, kerana bengap hingga jadi begini rupa.
Post a Comment