Friday, October 29, 2010


GWM cukup yakin PAS tidak berani tampil mempertahankan diri dengan pendedahan rampasan tanah orang asli di Pos Brooke. PAS dan rakan subahatnya, PKR dan DAP akan terus bermain dengan isu nasional dan mendiamkan diri dari membahas isu isu tempatan. PAS pastinya tidak mahu menempah maut. Al Maklumlah ... hilang nanti undi!

Tanah yang dirampas bukan sahaja mengkayakan taukeh Cina Singapura dengan bisnes sayurnya, malah telah mencemar dan menjahanamkan alam sekitar. Dan yang paling penting, kerajaan PAS Kelantan telah merompak hasil kekayaan sumber bumi ... kayu balak, untuk mengkayakan kroni kroni Nik Aziz.


Nik Aziz menafikan dakwaan tersebut, Harakahdaily pun turut tumpang sekaki dengan yakin siarkan kenyataan beliau. Apakah benar kerajaan PAS Kelantan tidak tahu menahu tentang pencemaran alam sekitar dan aktiviti pembalakan haram yang berleluasa di penempatan orang asli Pos Brooke yang 90% majoritinya beragama Islam.

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2008


Menurut laporan Ketua Audit Negara 2008, kerajaan PAS Kelantan meluluskan 2,200 hektar kawasan hutan simpan kekal dengan ketinggian melebihi 1,000 meter untuk aktiviti pembalakan kepada sebuah syarikat swasta walaupun ia sepatutnya diwartakan sebagai Hutan Perlindungan Sepenuhnya.


Kerajaan PAS Kelantan melalui Jawatankuasa Kecil Perhutanan (JKKP) meluluskan Tanah Tinggi Lojing, Sungai Betis dan Sungai Brook di Gua Musang diluluskan sebagai projek perintis atas alasan menggantikan kawasan konsesi yang diambil semula daripada Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn. Bhd. (KPK) dan diberikan kepada sebuah syarikat swasta.

Syarikat swasta tersebut sepatutnya menyediakan Laporan EIA sebagai syarat untuk menjadikan projek pembalakan tersebut sebagai projek perintis. Namun sehingga kini, syarikat tersebut gagal menyediakan Laporan EIA.

Kerajaan negeri PAS Kelantan juga sebelum ini bermati-matian menafikan pemberian konsesi oleh Jawatankuasa Tender Balak negeri tidak mengikut peraturan. Oleh itu, kerajaan negeri memutuskan sendiri tidak perlu baginya menjalankan siasatan terhadap jawatankuasa berkenaan.


Jabatan Audit Negara mendapati projek perintis ini telah memberi keuntungan kepada syarikat berkenaan kerana mendapat kawasan pembalakan dengan kayu yang banyak dan berkualiti tinggi yang belum diterokai tanpa melalui proses tender.

Amat jelas di sini kerajaan PAS Kelantan telah sekian lama mengamalkan kronisme dan nepotisme kerana sanggup berbohong proses tender cukup telus, rupa rupanya ada pemimpin negeri yang terlibat dalam pemberian konsesi tersebut. Siapakah yang terlibat?

Tinjauan Jabatan Audit Negara juga mendapati aktiviti pembalakan tersebut menyebabkan kerosakan serius kepada struktur tanah yang menyebabkan berlakunya runtuh, pokok tumbang dan kini sudah pun berlaku pencemaran sungai di kawasan penempatan orang asli Pos Brooke.


Dalam laporan audit juga turut disebut syarikat taukeh cina Singapura dengan bisnes sayurnya di penempatan orang asli Pos Brooke. Syarikat tersebut, Acomax Sdn Bhd tidak di ambil tindakan undang undang oleh kerajaan PAS Kelantan kerana tidak mempunyai permit jalan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK).




Aktiviti syarikat tersebut juga turut menyebabkan kerosakan kepada alam sekitar atas kerja melebar jalan, memotong pokok dan membuat cerun.


Padanla blogger Aspirasi Bangsa pening lalat memikirkan mana datangnya lori lori balak dalam perjalanannya ke Machang kelmarin. Penduduk tempatan pun tak pernah nampak sebegitu banyak lori keluar jam 5.00 petang pulak tu! Sudah tentu hasil balak tersebut digunakan untuk membiayai pilihanraya DUN Galas!

Itulah sebabnya PAS cukup takut untuk membahas isu tempatan sehingga kini!

Rupa-rupanya amalan rasuah dalam kerajaan PAS Kelantan lebih keji. Isu kronisme dan nepotisme betul-betul terkena batang hidung sendiri. Sedang rakyatnya terbelenggu dalam kemiskinan, pemimpin PAS bersenang lenang hidup dalam timbunan wang hasil konsesi balak yang diperolehi. Inilah yang dikatakan kepimpinan ulama pepat di luar rencong di dalam.

Persoalan yang menarik, siapakah di sebalik tadbir syarikat Telemont Sdn Bhd dan Acomax Sdn Bhd ini seperti yang dilaporkan di dalam Laporan Audit Ketua Negara 2008. Satu syarikat konsesi balak, satu lagi syarikat bisnes sayur. GWM akan membuat pendedahan siapa dibalik tadbir dua syarikat di atas.

‘”Ya Habibi Ya Maulana, Atas Tertutup Bawah Ternganga”. PAS for All ... memang benar … PAS for All Hypocrites and Liars!

Sumber rujukan:
Laporan Ketua Audit Negara 2008
Blog Aspirasi Bangsa


MELAYU ATAS PAGAR

7 comments:

Anonymous said...

salam bro,

teruskan bongkar lagi bro. susah nak bagi depa puak hamPAS ni percaya. siap bagi sekali laporan audit tu dia eh!

tak tau la kalo laporan audit tu pun dia kata tipu! hampeh hampeh!

Anonymous said...

mana ada tipu!

ait? aku tifu kamu pun kamu tak percaya?

ni kan kerja bn? dah sapu balak2 tu bersih2, tinggal bukit gondol ja bagi ke pas? mana la pas tak marah? mujurla ada tunggul2 balak yg masih boleh diambil keluar...
dasyat bn nih! kalau ya pun 50-50 lah...hehehe

biasala..wal haramu wal halalku

Anonymous said...

anon 3.11pm

wal haramu wal halalku memang tepa untuk slogan baru parti PASPISPUS

Anonymous said...

Bukak pula isu Chinese Freehold tang banyak mana tanah Rezab Melayu di Kelantan yang dah jadi Milik Bebas. Ramai mana Cina dari luar Kelantan dah beli rumah bina koloni untuk kuasa politik jangka panjang.

Kerja siapa dengan sapa dan oleh Exco mana? Apa yang bodoh dan tololnya tentang Pas Kelantan

Malangnya puak kita UMNO tidoq tak buat kerja. Bangun la weeeeeii Pilihanraya dah dekat

Anonymous said...

Gi tengok dekat Wakaf Bahru lepas Round and Bulat belah kanan ke Cabnamng empat pun ada.

Allah huakbar!! Penyokong punya le gong dan bahlol kalu tak perati benda ni semua. Nyaayoo laa anak cucu kito.

Anonymous said...

off white shoes
golden goose
off white outlet
nike sb
ggdb
curry shoes
air jordan
kyrie 8
hermes birkin
bape hoodie outlet

Anonymous said...

pg 1
off white shoes
fear of god
off white
kd shoes
kyrie irving shoes
golden goose
kd shoes
fear of god
cheap jordans