Sunday, October 31, 2010


Hebat Sungguh Punaisihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor yang bernilai RM 1.00 dalam memberi pandangan dan input sebagai bekas Menteri Kewangan dalam mengurus ekonomi negeri Selangor.

Tidak syak lagi, Khalid Ibrahim bertindak bijak apabila melantik Anwar Ibrahim sebagai Punaisihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor memandangkan portfolio beliau yang mantap sebagai pakar ekonomi.

Ini di akui di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009, prestasi kewangan negeri Selangor di bawah PKR dan Pakatan Rakyat dibawah nasihat dan pengalaman Anwar Ibrahim cukup membanggakan.

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2009

Perbelanjaan mengurus meningkat dengan mendadak sebanyak RM 362.58 juta dari tahun 2008 hingga ke 2009. Wow, hebat sungguh pemikiran Punaisihat Ekonomi ini.


Pemberian emolumen (gaji, upah dan elaun) juga meningkat sebanyak RM 26.62 juta berikutan dengan kenaikan gaji dan pangkat (siapa agaknya yang naik gaji yek!).

Bil bil tertunggak juga meningkat sebanyak RM 6.72 juta sejak mengambil alih teraju kepimpinan Negeri Selangor. Penyelengaaran jalan juga meningkat sebanyak RM 14.15 juta (jalanraya masih lagi banyak yang berlobang lobang!).


Peningkatan perbelanjaan yang cukup hebat berbanding dengan tahun 2007. Kenaikan perbelanjaan mengurus dari 2005 hingga 2007 hanya RM 118.72 juta dalam masa 3 tahun (purata RM 39.5 juta).

Perbelanjaan mengurus dari 2007 hingga 2009 naik mendadak sehingga RM 676.60 juta dalam masa 3 tahun (purata RM 338.30 juta). Hebat! Hebat! Belanja dan keluar duit tak ingat rakyat!


Cukup hebat dan mantap ilmu ekonomi Anwar Ibrahim! Dalam masa dua tahun PKR sudah menjana ekonomi mapan dengan defisit RM 65.96 juta! Pendapatan yang dijana hanya RM 247.52 juta tapi belanja duit rakyat RM 362.58 juta. Tidak syak lagi betapa handalnya ilmu ekonomi Anwar Ibrahim.

Kerajaan BN terdahulu sudah memberi keuntungan dalam masa 2 tahun sebanyak RM 131.88 juta. Namun kerajaan PKR pimpinan Khalid Ibrahim dan dibawah nasihat Anwar Ibrahim berjaya menambah hutang lagi.



GWM cukup kagum ... cukup kagum dengan kehebatan Khalid Ibrahim yang menerima nasihat dari pakar ekonominya Anwar Ibrahim.

Inilah dia hasil dari Projek Merakyatkan Ekonomi Selangor yang telah membuahkan hasil yang cukup lumayan kepada rakyat negeri Selangor.

Rakyat negeri Selangor perlu dan wajib berterima kasih kepada Anwar Ibrahim kerana telah berjaya menambah hutang Kerajaan Negeri Selangor seterusnya mengurangkan pendapatan kerajaan negeri.


Ahad 1 Ogos 2010, rakyat dijemput untuk menghadiri program Merakyatkan Ekonomi Selangor yang akan dipengerusikan oleh Anwar Ibrahim selaku Punaisihat Ekonomi Selangor.

Tajuk ceramah yang akan disampaikan oleh Anwar Ibrahim bertajuk ”Bagaimana mahu menambah hutang dan mengurangkan pendapatan”. Rakyat perlu memberi fokus dan tumpuan semasa ceramah yang akan disampaikan.

Ini juga termasuk dengan beberapa lagi penceramah ekonomi hebat dari PKR yang akan menipu dan spin minda minda rakyat negeri Selangor.

Selamat Mendengar dan Selamat Di Tipu Habis Habisan!

Kerajaan PAS Kelantan tak nak ke lantik Anwar Ibrahim jadi Punaisihat Ekonomi Kelantan ... Tak jealous ke dengan kehebatan Anwar Ibrahim!

Sumber rujukan:
Laporan Ketua Audit Negara 2009

MELAYU ATAS PAGAR

3 comments:

Anonymous said...

LU PUNYA KOMEN CUKUP CUKUP BAGUS........... TP MENAMPAKKAN LU PUNYA BODOH BODOH SANGAT.BUDAK DARJAH 1 - 5, PUN KETAWA SAMA LU.

KHALID IBRAHIM TELAH BUKTIKAN BAHAWA DIA ADALAH ANAK MELAYU YANG PANDAI DALAM EKONOMI SEHINGGA MEMENINGKAN KEPALA MAT SALLEH DI LONDON MELALUI RAMPASAN GUTHTRIE.

ANUAR IBRAHIM PULA TELAH BUKTIKAN KEPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM BAHAWA WAWASAN DIA BERLANDASKAN AD DIN DAN SUNNAH.

TP LU.............. YG TAK PUNYA APA-APA KEBOLEHAN SELAIN DARI MENULIS ARTIKEL YANG BODOH PULA BOLEH MENILAI SESAORANG ITU.

KALAU BODOH TETAP BODOH JUGA.

Anonymous said...

Wawasan AI berlandaskan Ad Din & Sunnah, biar betul. Setakat wawasan je yg berlandaskan ad din buat ape praktikalnye emmmmm.

GWM,

Kalau Anon di atas kata kau bodoh, dia 100 x BOD.. lagi dr GWM sebab boleh percaya dgn kata2 dusta AI. Sasaran AI mmgle target nak cari org mcm Anon diatas utk diperbodohkan. Hahaha, puas hati kaki kelentong tu bile berjaya memperbodohkan org2 mcm Anon ni.

Anonymous said...

apa kena mengena kerugian di alami kerajaan negeri selangor dengan wawasan anwar al juburi berlandaskan ad din dan sunnah.

wawasan tu suruh kita rugi berniaga ke ikut ad din dan sunnah? sunnah suruh kita berniaga jangan sampai tamak haloba dan keuntungan yg tidak halal.

ni mana punya sunnah ngko bagi ni. hadia mana al juburi ikut ni.

tolong baca sejarah bgmana guthrie diambil kembali oleh kerajaan malaysia. bukan khalid ibrahim ... sekali lagi bukan khlaid ibrahim.

tolong bagu fakta dan bukti, bukan main tarah! mcm pas kelantan tarah tanah org asli!