
Penyebab utama mengapa dua kuda tunggangan Anwar Ibrahim masih terus berdegil dengan lapan (8) tuntutan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0).
Cukup cantik susurgalur kuda tunggangan Anwar Ibrahim, yang satu jantan ... yang satu betina, sepasang!
Demi menyelamatkan nyawa politik Anwar Ibrahim dan pemasyhuran beliau sebagai bakal Perdana Menteri, maka terciptalah 8 tuntutan kurang siuman pihak pembangkang.
Pembersihan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal, akses media bebas dan adil, masa berkempen minimum 21 hari, pengukuhan insitusi awam, pembasmian rasuah dan pembasmian politik kotor.

Sebenarnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah adil dan telus dalam mengendalikan prosedur atau Standard Operating Procedure (SOP) setiap kali pilihanraya diadakan ... tinggal lagi juak-juak pembangkang ini terlebih mengada!
Nak buka peti undi ada wakil pembangkang. Senarai pengundi juga turut dipamerkan dan jika ada bantahan maka nama pengundi akan dikeluarkan. Begitu juga dengan undi pos, ada juga wakil pembangkang berada sewaktu pengundian dijalankan.
Maka apabila timbul cadangan SPR mahu menggunakan Sistem Biometrik bagi mengatasi dakwaan wujudnya pengundi hantu pada pilihan raya ... juak-juak ini juga yang menolak mentah-mentah perlaksanaan.
Berbagai spekulasi dan putar belit dilaungkan pihak pembangkang. Sistem Biometrik pula dituduh boleh dimanipulasi, perlaksanaan cukup mahal, SPR tidak mempunyai masa dan kepakaran, kajian perlu dilakukan terlebih dahulu, pembaziran, etc, etc, etc.
Lihat sahaja kebobrokan kenyataan Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad dan Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat.


Idris Ahmad berkata SPR sudah membelanjakan dakwat kekal bernilai RM 2.4 juta. Suhaizan Kayat pula berkata perbelanjaan Sistem Biometrik melibatkan kos RM 3.0 juta.
Penambahbaikan kepada Sistem Biometrik hanya melibatkan tambahan RM 600 ribu. Bukankah itu petanda SPR sudah mereformasikan sistem pengundian dan pilihanraya yang bakal diadakan!
Mengapa pihak pembangkang cukup sukar menerima penambahbaikan, lebih adil dan telus! Ini kerana pihak pembangkang sudah tidak lagi mampu untuk bermain dengan isu pengundi hantu!
Isu pengundi hantu merupakan strong point pembangkang untuk meneruskan tohmahan dan fitnah terhadap kerajaan dan ianya bakal dimainkan sampai kiamat!
Kerana itulah pembangkang bertegas mahu menggunakan dakwat kekal. Walhal Sistem Biometrik sebenarnya lebih efisyen, adil dan telus.
Sebelum melangkah lebih jauh, GWM turut mahu berkongsi maklumat negara yang telah menggunapakai sistem ini.

Waima negara dunia ketiga di Afrika akan dan telah menggunakan Sistem Biometrik pada pilihanraya negara masing-masing, kerana jaminan ketelusan dan keadilan.


GWM sekadar ingin berkongsi maklumat untuk rakyat menilai mengapa penambahbaikan terhadap sistem pilihanraya ini cukup ditolak pihak pembangkang dengan pelbagai alasan dangkal dan bodoh sifatnya ... purely stupid!
Apa sebenarnya Sistem Biometrik?
Biometrik merupakan kaedah untuk mengecam (recognize) individu berdasarkan ciri-ciri biologi (biological) dan tingkah laku (behavioral) individu tersebut. Ciri-ciri biologi dan tingkah laku individu seperti cap jari, tapak tangan, anak mata, suara, muka, pengecaman asid deoxyribonucleic (DNA), keystroke, tandatangan dan sebagainya telah digunakan untuk mengenal pasti individu sejak dahulu lagi.
Hah ... tang DNA tu yang buat Anwar Ibrahim cuak sangat! ... China Doll, Omega, China Doll, Omega, China Doll, Omega ...











Pembangkang sepatutnya berasa malu dengan tahap pemikiran dunia ketiga! Negara dunia ketiga sudah melaksanakan Sistem Biometrik dalam proses pilihanraya! Lu worang nak jugak pakai sistem dakwat ... apa punya bangang! Itulah ... banyak sangat jilat Anwar Ibrahim, kepala dah piau!
P/S : Sorry, artikel panjang sangat ...















