GELOMBANG WANGSA MAJU: 10/28/10

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

PANAS ... KERAJAAN PAS KELANTAN ALA NAZI DAN ZIONIS : BHGN 2

| Thursday, October 28, 2010
tadi saya telah membuka pekung PAS kerana PAS telah menipu orang asli dengan merampas tanah-tanah dari orang cina.Untuk makluman,lebih 90 peratus penduduk orang asli di sini menganut dan beragama Islam. Dengan zalim, tanah mereka dirampas semata mata untuk diberikan kepada seorang bangsa Cina Singapura untuk kegiatan tanaman sayuran sendiri.kami telah menemuramah salah seorang penduduk orang asli di sana, korang dengarlah sendiri rintihan mereka, bertapa zalimnya kerajaan parti islam semalaysia mencuri dan merampas tanah milik orang asli yang mana mereka ini 90 peratus beragama islam, agama sama seperti yang kita anuti, pas menzalimi manusia seagamanya untuk mengkayakan berberapa ekor tokey-tokey cina singapura yang mana menteri mantornya kawan baik nik ajis.sila ikuti pendedahan ekslusif di bawah..kawan sy blogger DET atau darul ehsan today telah menemuramah salah seorang penduduk asli..



itu lah dia sedikit pendedahan oleh orang asli di kawasan tersebut,kepada sesiapa dari DUN GALAS yang melihat video ini kami harap anda sedar apa yang PAS telah lakukan selama 20 tahun selepas memegang kelantan...janji janji manis ingin memberi geran tanah sampai sekarang pun cuma janji kosong...


POST BY WAYNE...

ISU RAMPASAN TANAH ... TIADA LANGSUNG DISIARKAN OLEH MEDIA PEMBANGKANG !

|

PAS yang semakin kalut dengan momentum pergerakan jentera BN di Galas, mula menghantar bala tentera PKR diketuai oleh Nurul Izzah bersama 3 SUV berkempen di Bandar Lama Gua Musang bagi menarik sokongan yang majoritinya pengundi Cina. PAS kini cukup bimbang, terus meletakkan fokus dan tumpuanutama kepada pengundi Cina.


Namun, PAS serta pihak pembangkang terlupa fokus mereka kepada isu rampasan tanah orang asli di Gua Musang. Termasuk juga media media pembangkang.

Tiada satu pun disiarkan oleh media pembangkang yang membangkitkan serangan BN ke atas isu rampasan tanah orang asli.

Malaysiakini lebih memfokuskan PRK Batu Sapi berbanding dengan DUN Galas. Amat jelas, pembangkang sedar amat sukar untuk memenangi pilihanraya di Galas. Terlalu banyak isu setempat dan rakyat berpihak kepada BN maka tumpuan lebih diberikan kepada PRK Batu Sapi.



Begitu juga dengan Harakahdaily. Isu berkaitan DUN Galas lebih difokuskan kepada peribadi calonnya Dr Zulkefli. Tidak ada satu pun artikel yang dikeluarkan untuk menangkis serangan BN mengenai rampasan tanah orang asli.


Perlu apa dikeluarkan ... kerana PAS sudah tidak mampu lagi untuk menjawab isu rampasan tanah. Kebobrokan PAS kini makin terserlah.

PAS sudah tidak mampu lagi berdolak dalik dengan isu ini. Sikap baling batu sembunyi tangan memang menjadi pegangan pimpinan PAS yang banyak menyembunyikan isu penindasan orang asli di Kelantan.

Semahu mungkin, isu ini akan cuba ditutup rapi dari menjadi bahan tontonan rakyat untuk mengetahui sikap sebenar PAS.

Sikap suka menyerlahkan keburukan BN kononnya menindas rakyat kini dibalas secara perlahan lahan oleh Allah Taala.

Hukum Karma ... what goes around comes around! Allah Taala membuka sedikit demi sedikit aib dan pekung parti PAS.

GWM masih lagi mengambil sikap tunggu dan lihat bagi melihat berapa ramaikah pemimpin PAS yang akan mem buat penafian terhadap isu rampasan tanah orang asli.

GWM masih lagi menyimpan bahan bukti seterusnya untuk didedahkan kepada umum dan ingin melihat reaksi juak juak pembangkang.


Satu persatu akan didedahkan bagi membuktikan kepincangan dan sifat sebenar parti yang mendabik dada memperjuangkan Islam.

Kezaliman PAS tidak saling ubah sama seperti kekejaman seperti kerajaan Zionis Yahudi merampas tanah rakyat palestin ... tidak berperikemanusiaan!

PAS for All! ... memang benar ... PAS FOR ALL HYPOCRITES AND LIARS!

MELAYU ATAS PAGAR

PANAS ... KERAJAAN PAS KELANTAN ALA NAZI DAN ZIONIS : BHGN 1

|
Ini adalah pendedahan pertama GWM bersama bloggers Papa Gomo, Darul Ehsan Today, Gelombang Rakyat dan Badut Rakyat setelah seharian suntuk membuat liputan di penempatan orang asli Pos Brooke semalam.

Untuk makluman, 80% penduduk orang asli di sini menganut dan beragama Islam. Dengan zalim, tanah mereka dirampas semata mata untuk diberikan kepada seorang bangsa Cina Singapura untuk kegiatan tanaman sayuran sendiri.

Gambar gambar di bawah di ambil semasa membuat liputan dan temubual bersama masyarakat setempat. Kesan tarahan menyebabkan persekitaran yang suatu waktu dahulu bersih telah teruk tercemar akibat perbuatan seorang pembeli tanah Cina dari Singapura. Penempatan yang suatu masa besar kawasannya sudah semakin mengecil akibat sikap zionis PAS Kelantan.

Dalam temuramah bersama masyarakat orang asli setempat, PAS Kelantan telah menabur setinggi gunung janji semasa PRU 12. Malahan wang RM 500 disogok untuk menjamin orang asli di Pos Brooke akan terus mengundi Kerajaan PAS Kelantan.







Inilah contoh parti yang menegakkan Islam kononnya tetapi bertindak zalim sama seperti Kerajaan Zionis Yahudi.

Dan Kerajaan PAS Kelantan masih lagi mahu menafikan tanah orang asli tidak dirampas dalam media media pembangkang termasuk di dalam Harakahdaily.

GWM akan menyiarkan temubual eksklusif bersama masyarakat setempat beserta rakaman video mengenai isu rampasan tanah oleh Kerajaan PAS Kelantan.



MELAYU ATAS PAGAR

 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU