Awas kalau nak bercakap mengenai perpaduan Melayu. Nampaknya terkini macam tidak ada benda lain yang lagi lebih jijik di kacamata Parti Islam Semalaysia selain bab itu. Seikhlas manapun ia pasti akan berbalik kepada bottomline nya yakni survival politik PAS yang tidak mahu ada pihak ketiga yang merobek cinta dan kasih sayangnya pada PKR dan DAP.
Tan Sri Harussani Zakaria harus sedar Datuk Nik Aziz Nik Mat adalah ulamak dalam kelasnya yang tersendiri yang tidak memerlukan pandangan sesiapa. Baginya sesiapa sahaja yang cuba menjadi orang tengah berangan-angan nak lihat parti itu mengadakan perbincangan dengan UMNO bersiap sedia kena cop bagai 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'.
Tiada siapa yang boleh buat Tok Guru ini mudah lupa dan terus membebel bagaimana PAS dan UMNO bercerai 32 tahun lampau dan mendakwa kini UMNO nak berkawan denganya semata-mata kerana menyedari kedudukannya menjadi lemah pada Pilihan Raya Umum Ke-12.
Mungkin tidak ramai generasi muda hari ini tahu mengenai sejarah yang Nik Aziz kata PAS kena tendang keluar waktu itu setelah empat tahun bersama BN mulai tahun 1974. Generasi muda hari ini juga mungkin tidak ingat bagaimana semasa di zaman puncak kuasanya berada dalam UMNO dulu Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pandang parti itu dan hanya berpeluk mesra selepas kes liwatnya yang pertama.
Tak pasti siapa yang kuat dan siapa yang lemah ketika mereka berdakap. Jangan kata Nik Aziz kerana Lim Kit Siang sendiri macam tak ingat bagaimana Anwar mengata sakan pada DAP masa jadi orang besar UMNO. Dunia sudah berubah dan begitu juga pentas politik negara.Masing-masing berpeluk mesra kerana dibuai keyakinan merasa Putrajaya sudah tidak jauh.
Makanya tidak hairannya Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang mungkin bimbang PKR dan DAP curiga pada cinta sejatinya tidak sabar-sabar mendesak Harrussani memohon maaf kerana tetap mendakwa Mufti Perak itu membuat kenyataan yang mengelirukan mengenai pertemuan dengan Persuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.
Baginya Mufti Perak itu telah membuat satu pembohongan yang memalukan. Kalau mengikut cakap Ahli Parlimen Pokok Sena itu Harussani adalah alat dan pecacai UMNO. Rasanya tiada siapa perlu melawan cakap para pembesar PAS yang kini sedang diawang-awangan itu.
Anwar dan Kit Siang mungkin tersenyum riang melihat sumpah setia baik Nik Aziz,Mahfuz dan sebilangan tokoh PAS yang senada. Soal perpaduan Melayu boleh tolak sebelah. Janji cekup Putrajaya dulu. Apa jadi selepas itu belakang kira walaupun ramai yang terus dihantui kesangsian bagaimana PKR-PAS dan DAP boleh lagi duduk semeja jika ditakdirkan berkuasa satu Malaysia.
Panjang umur…ramai orang yang nak tengok kehebatan PAS yang mendakwa dirinya lebih Islam dari orang lain nak berentap menjayakan cita-cita memartabatkan Negara Islam yang dijualnya sebagai modal politik masa kini. Nik Aziz dan Mahfuz tahu baik Anwar mahupun Kit Siang tidak akan tunduk kepada hajatnya.Cita-cita PAS itu adalah malapetaka politik yang tidak mungkin mereka mahu telan.
Ada juga yang mendakwa gambaran ini tidak lebih untuk menganggu gugat ikatan pakatan pembangkang. Senang cakap cuba tanya Anwar dan Kit Siang sebelum ‘kena langkah mayat‘ hero Jelutong, Karpal Singh.
Tolak campur bahagi…dilihat dari sudut mana sekalipun cukup senang untuk dibayangkan dan tidak perlu siapa jolok fear factor ini. Kecualilah siapa tahu waktu itu Nik Aziz dan Mahfuz terlupa mereka pernah gendangkan tetap nak tubuh Negara Islam jika berkuasa pada ahli PAS diserata ceruk.
Dalam politik…jangan terkejut kalau waktu itu nanti tiba-tiba berdesing kita dengar Mahfuz menjerit pembohong besar dan pecacai UMNO siapa yang kata PAS pernah cakap nak tubuh Negara Islam di Malaysia.
Post by.... AMAT

5 comments:
Salam Bro UMWM,
Dah xde fatwa dalam al-quran yg menghalang perpaduan ummah, dia pakai fatwa bolasepak pulak... Bleh tahan spin gak orang tua keparat nih...
Salam Kalam Timur,
Biase la tu bro... Pok NIK AJIS ni sayang kt Anwar dan Karpal.. So, xyah la thegih2 dgn org cmni...
Skrg ni push rakan2 kita dalam BN.. Suh keje keras kalo nk menang PRU 13.. Aku da muak dgn propa PAS ni..
Perpaduan melayu-Islam perlu diteruskan biarpun Tok Garu Wali Selipor, Mr Bean Mahfuz, Salahtudin Kelubi, Khalid Gereja, Nizar Jemlahludin Pasir Berdegung, Mat Sabung etc tak setuju.
Soal nak tegakkan hukum hudud pun kena tunggu Karpal Singh mati dulu. Insya Allah tak lama lagi dah karpal nak 'jalan' tanda-tanda teman dah nampak kat dahi dan mata dia. Kalau dia hidup panjang pun dah tentu hantu raya peliharannya yang bernyawa.
Ok.. So?? Sekarang ni pihak UMNO sudah memberi maklum balas positif mengenai perkara ini..
Selebihnya terpulang pada PAS... Kalo benar nak bersatu, pandai2 cari UMNO, ok..
Bukan apa.. Banyak pkara lain yg sepatutnya kita fikirkan utk kebajikan rakyat..
Kalo dok sibuk fikirkan isu ini, saya khuatir ianya akan memberi kesan negatif pada umat Islam dan Melayu itu sendiri.
kalo orang dah tak sudi tak payah la kita nak lebih2 pulak.
kita pun ada maruah dan harga diri,memang di akui bukan semua dalam umno baik dah bersih..nama pun manusia..tak semua sempurna...
tapi tak bermakna kita akan jadi camtu selamanya.
umno harus tumpukan khidmat pada rakyat..perbetul mana yg silap..yg penting rakyat..
lupakan saja PAS,rakyat bolih menilai kejujuran kita.
buat apa kita sibuk2..minta pada yg ada,rindu pada yg kasih,merayu pada yg sudi...kalo orang dah tak suka,nak wat camna..
Post a Comment