Thursday, July 15, 2010


Penulis ingin menyambung kembali siri yang lalu dari artikel dalam blog ini yang pernah dikeluarkan pada 2 Julai 2010. Benarkah orang Melayu terlalu hangat hati setiap kali isu berkaitan hak hak dan keistimewaan kita sebagai orang Melayu dan bumiputera sering dipertikaikan.

Mengapa bangsa bukan Melayu selalu menuntut sesuatu hak yang tidak mungkin sama sekali akan menyebabkan Perlembgaan dipinda. Apa sebenarnya bangsa bukan Melayu mahukan sebetulnya, hak kesamarataan atau hak menguasai kuasa politik di Malaysia.

BAHAGIAN KEDUA

Sejarah tidak pernah menipu dan fakta tidak pernah berubah. Sewaktu penggubalan Perlembagaan Persekutuan tahun 1957, Artikel 152 dan 153 telah disepakati oleh semua kaum melalui pemimpin pemimpin masing atas dasar yang satu iaitu orang Melayu dan Bumiputera adalah penduduk asal dan juga keterbukaan orang Melayu menerima lebih sejuta bangsa Cina dan India sebagai warganegara tetap Persekutuan Tanah Melayu yang sah.

Penerimaan Artikel 152 dan 153 juga menandakan semangat kenegaraan dan toleransi tinggi antara kaum yang jelas menunjukkan orang Melayu sanggup ’beralah’ memberikan kaum minoriti untuk menjadi calon pilihanraya yang akan diadakan sebagai sebuah negara demokratik.

Tidak keterlaluan disebutkan bahawa semangat perpaduan dan kepelbagaian kepercayaan, budaya, cara hidup walaupun dari pelbagai keturunan dan penampilan fizikal tidak pernah luntur di dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan yang sebenarnya berpaksikan kepada mencari suatu kesamaan di antara semua kaum. Bukan hak kesamarataan !

Perbuatan golongan ’minoriti’ yang gila berpolitik untuk menghapuskan Artikel 152 dan 153 adalah sesuatu yang tidak boleh langsung dimaafkan. Juak juak ini sebenarnya tidak pernah melihat sejarah dan cara hidup masyarakat majmuk dari dahulu hingga masa kini.

Toleransi dari kedua dua artikel ini sebenarnya cukup memberi peluang yang saksama kepada kaum minoriti seperti orang India untuk menjadi calon pilihanraya umum malah menjadi wakil kepada kaum mereka di Parlimen. Sedangkan hak keistimewaan mutlak ini sepatutnya terletak hanya kepada orang Melayu sahaja.

Orang Melayu sentiasa terbuka dalam memberi dan menerima jurang perbezaan antara semua kaum bahkan beberapa kemunduran tahap ekonomi orang Melayu perlu diberi perhatian khusus. Oleh kerana itu, Artikel 152 dan 153 juga bertindak sebagai misi pengaman untuk mengelak perbalahan kaum seperti yang telah berlaku pada 13 mei 1969, suatu tarikh yang belum tentu akan luput dari ingatan orang Melayu.

Sewaktu Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan sebagai jambatan penggabungan Sabah dan Sarawak, kaum pribumi dan bumiputera ini juga bersetuju Artikel 152 dan 153 dipertahankan. Ini kerana penduduk di Sabah dan Sarawak cukup berpuashati yang hak hak keistimewaan mereka terjamin di bawah kedua dua artikel ini.

NATRAH : Pengajaran cukup bermakna kepada orang Melayu apabila hak hak kesitimewaan orang Melayu lupus

Jika hak hak keistimewaan ini dihapuskan, maka orang Melayu dan kaum bumiputera yang lain akan tidak ubah menjadi seperti orang asli di Australia dan Red Indian di Amerika Syarikat. Di mana kaum pribumi ini hanya diberi potongan potongan kecil tanah oleh Kerajaan masing masing.

Adilkah begitu ... sedangkan mereka adalah warga asal tanah tumpah darah. Kaum kaum ini juga dilarang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di Australia dan di Amerika Syarikat.

Walhal di Malaysia, orang Melayu tidak pernah melarang baik orang Cina mahupun oarng India menggunakan bahasa ibunda masing masing. Bahkan kaum kaum ini juga bebas mendirikan sekolah kebangsaan masing masing yang menggunakan bahasa ibundanya sendiri, atas isu hak sama rata.

Carilah di muka bumi ini jika terdapat sekolah sekolah jenis kebangsaan Tamil dan Cina wujud di benua Eropah, Amerika malah di Asia sekalipun. Tidak ada ! Tidak Ada ! Malaysia hanya satu satunya negara yang mewujudkan sekolah ini dengan menggunakan bahasa ibunda masing masing sebagai bahasa pengantar. Bukankah ini bermaksud hak orang Cina dan India sudah dijamin dan terpelihara hak mereka? Bukankah ini menunjukkan Malaysia adalah lebih liberal dari mana mana negara di dunia ini?

Tangan tangan ghaib dari juak juak pembangkang sebenarnya sudah terlalu banyak mengeksploitasi Artikel 152 dan 153 walaupun mereka ini bermati matian menafikannya. Pelbagai tuduhan dilemparkan termasuklah penubuhan sayap kanan (PERKASA) parti pemerintah yang merosakkan harmoni pelbagai kaum di Malaysia. Kononnya kumpulan ini berusaha menghancurkan identiti Perlembagaan adalah suatu kenyataan yang paling bodoh, tolol, sombong dan angkuh pernah didengari.


Kewujudan NGO Melayu ini cukup menjadi igauan mengerikan buat juak juak buta sejarah

Juak juak ini sebenarnya sesat dalam ilmu sejarah kerana tidak dapat melihat kepada warisan Melayu dalam hak-hak istimewa orang Melayu yang kedudukannya berbeza dengan datuk nenek moyang mereka.

Oarng melayu sebenarnya simpati dengan mereka yang mahu kepada kesamarataan tetapi mereka harus ingat, pusaka tetap pusaka dan tidak boleh disamaratakan sebarangan pihak.

Tidak mahu menerima hak istimewa orang Melayu adalah pendirian sesat. Tidak mahu menerima hak istimewa orang Melayu adalah perbuatan tidak mahu mengakui gantirugi sah, jelas, terhormat dan terbuka yang diakui semua kaum apabila dokumen PERLEMBAGAAN dan PERISYTIHARAN KEMERDEKAAN diterima oleh semua kaum.

Bersambung …

MELAYU ATAS PAGAR

12 comments:

Anonymous said...

Bro MAP,

gua setuju la dengan lu punya statement maut 'Tidak mahu menerima hak istimewa orang Melayu adalah pendirian sesat... '

kekurangan ajar kaum kaum lain pulak tu ditambah dengan pencacai pencacai melayu bertopengkan syaitan nakkan undi patut dibuang terus kewarganegaraan!

abis cerita bro!

Anonymous said...

aku ni kadang kadang oelik dgn perangai org melayu, tuh! yg terutamanya yang berserban berjubah boleh baik dgn puak puak kafir ni. sanggup plak tu sokong ckp ckp puak kapiaq ni!

yg pemain jubo tu usah citer la! baru baru ni buat roadshow di gombak, bawa rombongan luar buat penuh gombak, konon perjuang palestin!

bangsa sendiri di bunuh bangsa lain diangkat! dasar penjubur!

Anonymous said...

BAK KATA KARPAL SINGH LA KAN ...

LANGKAH MAYAT DIA DULU KALAU NAK TUBUH NEGARA ISLAM,

JAWAPAN AKU PUN SAMA JUGAK!

AKU LANGKAH MAYAT MAYAT DIAORG DULU SEBELUM SEMPAT PUAK PUAK NI NAK MANSUH PERKARA 152 DAN 153.

DASAR KADUK NAIK JUNJUNG

Anonymous said...

DAN BERSEDIAKAH UMNO UNTUK KEHILANGAN KUASANYA DLM PRU 13?...

MAKNANYA BUKAN KUASA MELAYU YG HILANG, TAPI KUASA UMNO SENDIRI YG AKAN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT...MAKA MEREKA TIDAK DAPAT LAGI MENUTUH EKONOMI DAN KEKAYAAN MALAYA TERCINTA INI...ITU SEBENARNYA YG UMNO BIMBANGKAN...BUKANNYA MEREKA FIKIR PUN PASAL MELAYU.KALAU MRK SAYANGKAN TANAHAIR NI DULU, MRK TAK BAGI PUN SEINCI PUN PD BUKAN MELAYU PD AWAL MERDEKA DULU, SIAPA BAWAK MASUK ORG2 BUKAN MELAYU DULU? BUKANKAH UMNO!!!, KEWARGANEGARAAN PD BUKAN MELAYU, BAGI PULAU PINANG PD CINA (GERAKAN), BAGI SINGAPURA, BAWA MASUK PENDATANG RAMAI2 (WALAU APA PUN ALASAN), BAGI BIASISWA KERAJAAN PERSEKUTUAN PD SEMUA PELAJAR, MARA (MRSM)10% NON BUMI, SKRG NI BAGI PERUNTUKAN BESAR PD CINA, INDIA...PENDEK KATANYA UMNO SENDIRI SUDAH/TELAHPUN MENGGADAIKAN MARUAH MELAYU SEJAK DULU LAGI..BUAT2 TAK SEDAR KONON!!.CERITA PASAL MELAYU TU CUMA PERASA NAK BAGI SEDAP JER...ATAU NAK KAN SOKONGAN MELAYU SPY MEREKA TERUS BERKUASA UTK MENIKMATI KEKAYAAN....ITU JER...

AKU NAK SANGAT TENGOK UMNO MENJADI PARTI PEMBANGKANG SLPS PRU 13, ATAU SETIDAK2NYA KALAH TERUK WALAUPUN UMNO MASIH BERKUASA NYAWA2 IKAN...

.............SEBAB PERBUATAN UMNO NI, SGT2 TERUK,,TAK TAHU BAHASA APA LG NAK CAKAP!!! SEMUA PERBUATAN UMNO MESTI ADA UDANG DI SEBALIK BATU....MAKIN HARI MAKIN NIPIS SOKONGAN MELAYU PD UMNO DAN MAKIN TAK PANDANG UMNO NI...

UMNO TU APA YE?...ULAR LIDI KE?...BUKAN...JAWABNYA : NAGA BERKEPALA 10/100/1000....

Anonymous said...

APA GUNA UMNO BERKUASA...PADAHAL HIDUP KITA SUSAH, EKONOMI TERUK, ITU NAIK, INI NAIK...BARANG2 MAHAL, SERVICE TINGGI...GAJI TAKAT TU JER..APA GUNA KUASA? APA?...ORG TAK FIKIR PUN PASAL2 KUASA NI, JIKA HIDUP MELARAT...NAK BUAT APA KUASA?...KUASA BOLEH TOLONG MELAYU SENANG KE?
ORG SKRG NI FIKIR UNTUK HIDUP JER...MANA YG BAGI KEADILAN DAN MENYANYANGI RAKYAT...ITU KITA PILIH...TAK KISAH PUN...

LAIN LAH UMNO...DIA NAK KUASA UTK KESENANGAN DIA..DGN KUASA DIA BOLEH BUAT APA SAJA...TINGGALKAN LAH UMNO NI SEDARA..MENGARUT!!

Anonymous said...

woi july 15.. asyk ckp idup susah. meh aku antaq hang ke jakarta, beijing, atau negara keling, myanmar , kambodia, palestine ka baru tau kot istilah sebenar idup susah. tinggalkanlah pas munafik tu,pas lah pelingkup islam, dan negara melayu yg terakhir di dunia ni,tahan je tok garu depa utk BTN buh sebilik dgn al jub.

Anonymous said...

HA..HA..HA.. KAN MINYAK DAH NAIK...HA..HA..HA.. BAIK LAH HATI NAJIB 1 MESIA....TAK LAMA LAGI RAKYAT PUN NAIK MINYAK PULAK...HA..HA..HA..

APA GUNA KUASA?...KUASA TU BOLEH BELI MINYAK KE?....KUASA TU BOLEH BELI TEPUNG, GULA DAN GAS KE?...SATU DUA NAIK, LPS TU SEMUANYA AKAN NAIK...



HA..HA..HA..HA... UNDILAH LAGI UMNO...BALA YG DAPAT!!!

Anonymous said...

ADUSSS !

MAMAT MAMAT 9.59PM, 10.14PM & 8.57AM NI MASIH MENGIGAU LAGI.

EMMM! MAKHLUK 9.59PM MASIH BUTA SEJARAH RUPANYA, I) BELAJAR ILMU SEJARAH DI TGKTN 3 DAN 5 UNTUK LULUS PERIKSA DAN BUKAN UNTUK MENGHAYATI ILMU YANG DIAJARKAN.
II) CUKUP BODOH MENGATAKAN UMNO BAWA MASUK BANGSA INDIA DAN CINA KE TANAH MELAYU.
III) SECARA TIDAK LANGSUNG, PARAMESWARA HINGGA KE SULTAN MAHMUD ADALAH AHLI UMNO, KERANA MEMBAWA MASUK PEDAGANG DARI INDIA DAN CINA!
IV) PEDAGANG INDIA DAN CINA MENETAP DI TANAH MELAYU SBB SULTAN SULTAN MELAKA ADALAH AHLI UMNO BELAKA !
V) BAGI SINGAPURA PADA ORANG CINA ? TOLONG BERGURU DENGAN PROF KHOO KAY KIM ! PROF KHOO KAY KIM BOLEH BERI LECTURE PANJANG LEBAR KENAPA SINGAPURA PERLU DIPISAHKAN DARI TANAH SEMENANJUNG.
VI) SEJARAH SUDAH DIPUTAR BELIT OLEH MAKHLUK 9.59PM !

NAK BAGI KOMEN PUN GUNALAH MINDA YANG AMAT SIHAT WAL AFIAT !

MAKHLUK 10.14PM MAKHLUK YANG SAMA JUGA MINDANYA. SBB TU ORG MELAYU LEMAH DARI SEGI KEKUATAN JATI DIRI.
I) HIDUP SUSAH ! EKONOMI TERUK ! BRG MAHAL ! GAJI TAKAT TU JE !
II) JIKA MALAS, MEMANG LAH GAJI TAHAP ITU JE ! MENGAPA ORANG LAIN BOLEH BERJAYA DAN BERGAJI TINGGI ! MENTALITI LEMAH ... SUKA MENYALAHKAN TAKDIR ! INI JENIS PUAK WAHABI !
III) BUKTI MANA EKONOMI NEGARA TERUK ! BUKTI DARI HARAKAH ? SUARA KEADILAN ? MALAYSIAKINI ? ROCKET ? JIKA WORLD BANK MENGELUARKAN STATISTIK DAN FAKTA EKONOMI MALAYSIA SUDAH PULIH WALAU BELUM SEPENUHNYA, FAKTA ANDA FAKTA BODOH !

MAKHLUK 8.57AM ???? MAKHLUK YANG HITAM HATINYA.
I) BALA YANG DAPAT !!! BALA APA ? BALASUNDRAM ?
II) UMAT MANUSIA DI MALAYSIA DITIMPA MALAPETAKA KE ? BALA BENCANA KE ? LETUPAN GUNUNG BERAPI ? TSUNAMI ?
III) PERLU LEBIH BANYAK BELAJAR ILMU CPP (CURRENT PURCHASING POWER) DAN ILMU EKONOMI SEBELUM MEMBUAT PENILAIAN MEMBABI BUTA !

OLEH KERANA TERLALU MEMBACA BAHAN BAHAN BACAAN TIDAK ADA NILAI AKADEMIK DAN ESTETIKA SEPERTI HARAKAH, SUARA KEADILAN & ROCKET, MAKA PEMIKIRAN KETIGA TIGA MAKHLUK INI TELAH MENJADI LESU DAN TEPU !

lord ried said...

ALOO BEWAK ........

KEISTIMEWAAN TAKLEH KITA NAK MENTEKEDARAH. ADA KEISTIMEWAAN PON TADAK GUNA SESEN KALU IDUP DALAM KEISTIMEWAAN KAIH PAGI MENTEKEDARAH PAGI, KAIH PETANG MENTEKEDARAH PETANG.

LEBIH BEIK BEWAK2 YANG RATIB KEISTIMEWAAN TU ...PERJUANGKAN DULU KENEIKKAN REGA BARANG2.
HAGHI NI MINYAK DAN GULA NEIK....ESOK SUMA KEPERLUAN YANG BERSANGKUT PAUT NGAN KOS LIMA BENDA NEIK TU AKAN NEIK JUGAK.

KALU KOS IDUP RENDAH .......BAAAAAARGHU LA KEISTIMEWAAN MELAYU TU ADA NIKMATNYA. KALU ADA KEISTIMEWAAN.......RAKYAT BEREMPAS PULAS CAGHI MAKAN SEKADAQ TAKUT MATI..... KEISTIMEWAAN TADAK BAWAK ERTI APA2.

he he he
kalu suma barang neik.....misti peliaq tadak neik.

Anonymous said...

aku setuju jer ape2 yg boleh mempertahankan org melayu dan tanah melayu... kpd melayu yg pemalas, isap dadah, jual tanah mak bapak, jadi bohsia, pelacur, mat rempit, main judi, minum arak, kaki pompuan, korang2 nilah penghancur bangsa.. tak lupa juga kpd melayu2 yg luluskan rumah2 urut, pusat2 karaoke, pusat2 judi halal, kilang arak terbesar kat Asia, korang2 nilah bakal jadi penghuni neraka... bertaubat sebelum terlambat... x kire la korang sokong ape pun, yg penting Islam mesti diutamakan!

Anonymous said...

Sebab lu cukup kurang pengetahuan..Ada mara amik ptptn..meniaga guna duit mara tak de interest..lari tak bayar..bodoh Tu simpan sikit..Negara mana harga barang tak Naik .negara maju lain pun Kos hidup tunggi..sampai nak buat anak pun takut..ini org pggl inflasi..ko ni duk bawah tempering ke. Baghal..

Anonymous said...

ggdb
off white clothingoutlet
retro jordans
supreme new york
bapesta
nike sb dunks
jordan
goyard bag
off white x jordan 1
yeezy 350