Saturday, July 24, 2010

Pasar Besar Gombak yang sebelum ini agak suram dibanjiri dengan penduduk setempat. Program Juara Rakyat : Bulan Usahawan sedang berlangsung pada hari ini sehingga esok. Program ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut serta dalam Program ini adalah Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Dato' Dr. Mohd Shafei Abdullah dan barisan jawatankuasa. Ketua UMNO Bahagian Batu, Dato' Abas turut hadir bersama AJK beliau.

Dalam ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau turut akan berusaha memastikan masyarakat Wangsa Maju dibela dan diberi perhatian dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi terutamanya kepada mereka yang memerlukan.

Beberapa pemimpin komponen Barisan Nasional seperti MCA, MIC, Parti Makkal Sakhti, PPP dan yang lain bersama-sama berganding bahu menganjurkan Program ini. Pada ketika ini kelihatan semangat perpaduan dan semangat jitu Parti-Parti komponen Barisan Nasional dalam menganjurkan 1 program untuk rakyat.

Saya sempat menemubual wakil Wanita Parti PPP Bahagian Wangsa Maju dan sememangnya beliau amat teruja dengan semangat perpaduan dan kerjasama BN Wangsa Maju dalam memastikan kekuatan BN Wangsa Maju akan sentiasa padu dan jitu.

Begitu juga reaksi wakil Wanita UMNO Wangsa Maju yang menjelaskan bahawa Wanita BN akan sentiasa bekerjasama dan menjalikan hubungan sillaturrahim bersama parti-parti komponen BN yang lain agar Parlimen Wangsa Maju kembali ke tangan BN.

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI KE PROGRAM JUARA RAKYAT : BULAN USAHAWAN dengan pelbagai jualan dengan harga berpatutan. Bertempat di Pasar Besar Gombak, Batu 5, Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Terdapat juga pertandingan KARAOKE yang akan berlangsung bermula hari ini sehingga esok.

ps : Begitu ramai orang sampai tak boleh tangkap gambar masa Majlis Perasmian berlangsung. :)


Post by... AMAT

Lagi gambar menyusul....


10 comments:

Anonymous said...

berapa kali lah buat juara yakyat ni... sambutan tak juga menggalakkan.... orang luar je yang ramai. menghabiskan wang rakyat je lah...

Anonymous said...

ok lak jugak buat prgm juara rakyat dari wat ceramah yang keje nye maki hamun dan fitnah..

Da la tu.. dalam2 ceramah tu leh lak mintak sedekah minta derma ikhlas pd orang ramai yg hadir.. mcm AGEN PENGEMIS lak..

Da la duit abis kt ceramah... dimintak derma lak kt orang yg datang.. DA PERINTAH 4 NEGERI PUN MISKIN LAGI KE????

Anonymous said...

3.38pm... unit wangsa maju...

sekurang-kurangnya orang yang bagi tu ikhlas...

biar kita jadi peminta sedekah dari jadi PERAMPAS sesama sendiri....

buat ceramah tak guna banyak duit pun... dan tak PAKSA orang datang dengar...

Anonymous said...

yelakan,

yg bg tu ikhlas la... sbb yg mintak tu TOK GURU dorg... kena main la.. yg menerima tu watpe???

Org politik patutnye tolong rakyat.. Bukan mintak duit kt rakyat... Ni da la keje dok sibuk bpolitik, dimintak lak duit..

Xtkejut la Anwar dibyr RM 1 je jd penasihat ekonomi... Duit komisyen byk dr rakyat..

Xpe la.. Bg la duit byk2 kt Tok Guru korg tu... Pa2, dgr ceramah maki hamun... Bak kate tok guru korg, CILAKO CILAKO CILAKO... hahahaha

Anonymous said...

maaf menyampuk yer....

dimana laman blok aktiviti UMNO WM? tak nampak... di blog Dr syafie hanya ada berita tentang pilihanraya di luar kawasan jer... dalam WM nak cari di mana?

tolong....

Anonymous said...

4.55pm

i pun tak tau mana....

Anonymous said...

Dear everyone,
Careful of YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK) because this man is cheating and disturbing of many people’s wives, and also cheating of Buddhist Temple (SAMNAK SAMBODHI)’s money.
Recently, many people know in what he”yip” did, please stay far from him. He is lawyer, Datuk, MCA Chairman and etc. or everyone can research at Website “YIP KUM FOOK”
Loh Guan Lye
Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur

thashiez said...

replica bags lv replica bags seoul 7a replica bags

theetesm said...

b9h57r3i01 o1v26w9y33 p2e17l3o70 q3c54b5c82 a7e28y7u18 t3x90j4g07

Anonymous said...

kobe byrant shoes
bape
paul george shoes
golden goose outlet
golden goose outlet
off-white
fear of god essentials
kd shoes
golden goose sneakers
kobe byrant shoes