Monday, July 26, 2010


Marah Nik Aziz pada UMNO masih belum habis lagi dari tahun 1978 sehingga 2010. Api kemarahan yang tak kunjung padam selama 32 tahun kembali menghantui pemikiran beliau.

Nik Aziz mengaku beliau adalah orang yang paling kuat menyokong PAS masuk ke dalam Barisan Nasional melihat kepada keikhlasan BN sewaktu diterajui oleh Allahyarham Tun Abdul Razak.

"Rupa-rupanya bila kenyang, bila sudah gemuk, dia gigit, tendang kita, dia orang (menulis) Pas keluar (BN). Tak betul, mengarutlah, bukan keluar tetapi ditendang," katanya yang juga dipertik di dalam akhbar Utusan Malaysia.

Apa yang menyebabkan Nik Aziz begitu marah kepada UMNO dan BN sehingga PAS keluar dari gabungan Perikatan pada tahun 1978? Kita boleh kata kemarahan tersebut boleh dibawa ke pintu kubur!

Tatkala golongan muda di dalam PAS yang masih belum tercemar pemikirannya (sekalipun tidak pernah terlibat semasa pembentukan gabungan PAS dan BN), mahukan persengketaan ini tamat secepat mungkin atas dasar ukhwah dan kepentingan Melayu.

Walaubagaimanapun, jangan dilupa dengan golongan lama yang masih lagi terkilan sewaktu bekerjasama dengan BN pada tahun 1974. Golongan ‘senior’ ini dikatakan berpengalaman semasa PAS bersatu di bawah BN.

Ada dua ‘school of thought’ yang berlainan pendapat dalam isu pelan damai dan perpaduan di antara UMNO dan PAS. Kedua dua golongan ini mempunyai pandangan dan ‘approach’ tersendiri apabila di asak dengan persoalan ini.

Namun, PAS mungkin agak terlupa bahawa ada satu golongan yang lagi yang hanya menunggu isyarat dari pimpinan parti untuk tindakan selanjutnya, bukannya dari PAS tetapi PKR!

Golongan ‘Opportunist’ atau serpihan ini sudah lama dan membiak di dalam sarang kota PAS secara konsisten. Hakikatnya, PAS perlu lebih cekap memantau golongan ini yang hanya menunggu arahan dari pemimpin tertinggi mereka. Golongan berkepala dua dan lidah bercabang ini cukup merbahaya jika virus ideologi dan pemikiran mereka terus menyelinap masuk ke dalam kotak kotak pemikiran golongan muda dan senior di dalam PAS.

Agak mengejutkan apabila Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz bersetuju perjumpaan di antara pemimpin UMNO dan PAS di adakan demi kepentingan umat Islam negara ini. (Nak kena belasah dengan ayahanda sendiri ke apa dia ni !!!)

Anak Mursyidul Am PAS ini berkata perjumpaan secara sulit di antara UMNO dan PAS semakin menyulitkan lagi ikatan persahabatan di antara pihak pembangkang. Namun begitu, Nik Abduh juga terpaksa ‘play safe’ dengan mengatakan bahawa pola pemikirannya sama seperti ayahandanya dan Haji Hadi !

Bukankah Haji Hadi dan Ustaz Nasharudin sudah memulakan perbincangan ini sewaktu Pak Lah menjadi Perdana Menteri dan Pengerusi BN sebelum PRU 12? Pola pemikiran bagaimana yang dimaksudkan oleh saudara Nik Abduh!

Jelas sekali selain dari Haji Hadi, Ustaz Nasharuddin dan Hassan Ali, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub juga pernah beberapa kali menemui pemimpin UMNO sejak dari 2006 hingga 2008 mengakui ada titik persamaan di antara kedua parti terbesar ini dalam isu membabitkan ’survival’ orang Melayu.

Cuma ’species’ Khalid Samad dan beberapa pemimpin yang sewaktu dengannya beria ia menolak kerjasama di antara UMNO dan PAS atas dasar tidak mengikut kehendak dan dasar parti. Agak menghairankan kerana species ini seperti diberi keistimewaan mutlak untuk bercakap bagi keseluruhan kepimpinan PAS. Sedangkan golongan ini adalah wabak serpihan dan opportunist yang sememangnya sudah ketahui umum.

Sebagai Mursidul Am PAS, Nik Aziz sebenarnya pasti tertekan dengan suara dan desakan tiga golongan terbesar di dalam PAS. Di satu sudut, ada golongan yang mahukan penyatuan dan perdamaian. Ada juga golongan yang menolak kesemua yang telah disebutkan. Juga golongan ular berkepala dua dan lidah bercabang, sedang menunggu masa untuk membelit dan menelan Nik Aziz.

Pendirian Nik Aziz tidak mungkin berubah, jelas dan nyata. Namun kita mahu jika Mursidul Am PAS ini boleh menceritakan kekecewaannya kepada UMNO, yang disifatkannya sebagai ‘kenyang, gigit dan tendang PAS’. Apa yang telah dilakukan oleh UMNO pada 30 tahun yang lalu sehingga menimbulkan rasa fobia dan benci Nik Aziz terhadap UMNO.

Penulis hanya mempunyai sedikit fakta untuk dikongsi bersama dengan pembaca tentang bagaimana PAS telah dikeluarkan dari BN pada tahun 1978.

Setahu penulis, angkara kedua bekas Menteri Besar PAS, Dato’ Ishak Lotfi dan Dato’ Muhammad Nasir yang telah menyebabkan isu konsesi balak menjadi tonggeng terbalik di Kelantan! Seorang Menteri Besar memberi kawasan balak menggila luasnya kepada Timbermine Sdn Bhd (syarikat ini sedang menunggu keputusan Mahkamah mengenai pampas an RM 800 juta dari Kerajaan PAS Kelantan) dan seorang lagi Menteri Besar membatalkan terus konsesi balak tersebut.

Kerajaan Pusat terpaksa mengambil jalan campur tangan di Kelantan kerana perbuatan kedua dua Menteri Besar PAS ini telah menguru harakan pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan. Dan akhirnya Menteri Besar UMNO Tan Sri Mohamad Yaacob telah menyelesaikan keadaan setelah berusaha keras membayar sejumlah pampasan kepada Timbermine Sdn Bhd dan mengembalikan tanah tersebut kepada Kerajaan Pusat untuk dimajukan oleh KESEDAR.

Cuma penulis minta YB Nik Aziz sudi meluangkan masa menceritakan peristiwa sebenar berdasarkan fakta dan bukannya berdasarkan rasa amarah kepada UMNO. Tak rugi apa apa pun jika diceritakan kembali peristiwa keluarnya PAS dari BN, secara detail.

Janganlah kerana menyimpan rasa marah dan dendam, pelbagai fatwa songsang dikeluarkan terhadap UMNO ! Perbuatan sedemikian hanya menjarakkan lagi persaudaraan sesama Islam dan mengeruhkan lagi persengketaan. Penulis pun cukup marah dengan YB Nik Aziz jika hanya membuat tuduhan demi tuduhan tetapi tidak mahu menceritakan perihal sebenar.

YB Nik Aiz ... ceritakanlah ... tak payahlah berkias dan berpantun! Umat Islam dan Melayu dah cukup penat! Semoga apa yang terbuku di hati benak YB Nik Aziz menjadi lapang setelah selesai menceritakannya ...



MELAYU ATAS PAGAR

4 comments:

Anonymous said...

TK MAP. Semua pemimpin UMNO patut cerita benda ni, bagi semua org tahu.

Anonymous said...

saya mintalah supaya kedua dua pihak yang bertelagah sekian lama ni duduk la semeja skejap.

bukan lama, sembang sembang ke, tanya kabar ke, baru masuk point.

baik UMNO, PAS dua dua rugi sbb tak habis habis bertelagah.

janganle lupe ye! nanti akhirat esok tangan kaki akan tolong jawabkan, bukan mulut! mulut terkunci bai!

dua dua pihak minta ampin dan maaf, yg terkurang ke , terkasar ke.

sudah sudah le tu!

Anonymous said...

SEBENARNYA NIK AZIZ TAKUT KEBODOHANNYA DAN PEMBOHONGANNYA TAHUN 1977 1978 DAPAT DIHIDU PENYOKONGNYA DAN LARI MENYOKONG KERAJAAN. TUNGGULAH NANTI SIAPA SEBENARNYA NIK AZIZ AKAN KITA KELUARKAN,.NI AKU NAK BAGI TAU PEMBACA NIK AZIZ NI BASUH PUNGKOQ PUN TAK CUCI.GERENTI PRU 13 KERAJAAN PAS KELANTAN TUMBANG SEBAB RAKYAT KELANTAN KECEWA DENGAN SIKAP ORANG TUA NYANYOK NI.

Anonymous said...

off white clothing
golden goose
giannis antetokounmpo shoes
palm angels hoodie
kyrie irving shoes
golden goose outlet
off white
curry 9
air jordan
paul george shoes