Wednesday, July 21, 2010


Penulis tidak pernah dan tidak akan memuji Nasrudin Hassan Tantawi dengan begitu mudah sekali. Namun jika inilah langkah kanan yang dimulakan oleh beliau, segala pujian pujian dipanjatkan kepada Allah Taala dan pujian juga harus diberikan kepada Ketua Dewan Pemuda PAS ini.

Nasrudin Hassan Tanrawi memulakan langkah ’macho’ beliau dengan menganjurkan satu pelan damai di antara UMNO dan PAS untuk suatu jangka masa yang panjang bagi meleraikan persengketaan yang sudah terlalu kusut dan terlalu lama berlarutan.

Bak kata pepatah ... bagai menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus; tepung tidak berselerak !!!

Benar apa yang diutarakan oleh beliau bahawasanya UMNO dan PAS sudah amat kesuntukan masa untuk menyelesaikan masalah dan pergaduhan ‘Royal Rumble’ sejak berdekad lalu.

Baik UMNO mahupun PAS, cubalah kibarkan bendera putih tanda keamanan buat sementara waktu. Berlapanglah dada, korbankan kemahuan dan nafsu, bermusyawarah dengan sebanyak mungkin agar dipertemukan titik noktah perdamaian dan tali silaturrahim.

Kita adalah sesama Muslim agamanya dan sesama Melayu bangsanya. Masih banyak agenda pembangunan masyarakat, ekonomi dan negara perlu dipercepatkan untuk menegakkan Islam. Cuma penulis teringat kembali sebuah hadis Rasulullah s.a.w. maksudnya :

” ... Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji ...” (Al-Hafiz Abu Naim)

Kebangkitan Islam datangnya dari Timur !

Penulis tidak ingin membuat spekulasi berlebih lebihan kerana takut dituduh memandai mandai. Al maklumlah, penulis bukanlah dari golongan ahli bijak pandai agama. Tapi penulis dapat merasakan ada sesuatu yang hebat akan berlaku walaupun bukan untuk suatu masa yang terdekat.

Kepayahan UMNO dan PAS untuk bersatu bukan atas takdir Allah Taala tetapi ianya lebih kepada kekuatan musuh musuh Islam dan musuh dalam selimut (orang Melayu) itu sebenarnya.

Jika dilihat dari satu sudut atau perspektif, gabungan UMNO dan PAS bakal membangunkan tamaddun ilmu pendidikan, ekonomi, tarbiyah, peradaban dan keharmonian sosial di Malaysia yang belum pernah difikirkan sebelum ini.

’Tag Team’ UMNO dan PAS bakal mengundang senak perut musuh musuh Islam baik musuh dalam selimut mahupun musuh yang terang terangan. Musuh musuh ini akan hilang pedoman dalam menyemai bibit bibit perpecahan, persengketaan dan api permusuhan yang membara sekian lama.

Lupakanlah persengketaan yang sudah terlalu bosan untuk diungkit setiap detik setiap hari. Hari hari bergaduh boleh bernanah juga kepala hotak dua ‘group’ ini.


Apa sekalipun, Dewan Pemuda PAS sudah menghulurkan kedua dua tangan untuk digapai oleh UMNO. Tak rugi satu sen pun jika disambut dengan tanda hormat dan senyuman ikhlas dari hati sanubari.

Fikirkanlah kekuatan dua ’Tag Team’ ini apabila bergabung atas nama Allah Taala dan atas nama Rasulullah s.a.w. Musuh musuh Islam dari puak Yahudi, Nasrani dan Majusi punah ranah akan sujud menyembah bumi.

’Keyword’ di sini adalah silaturrahim yang hebat di antara UMNO dan PAS.

Surah An Nur 24: 22

" ... Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahwa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat (nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ..."

Cukup penting di sini adalah untuk mematikan langkah langkah individu individu yang masih menolak kerjasama dan gabungan terhebat ini, sama ada di dalam UMNO mahupun PAS. Kita pun sebenarnya sudah boleh menilai manusia manusia tersebut. Tak payahlah disebut nama nama mereka ini. Buang boreh jo !!!

Yang penting adalah Umat Islam dan Melayu dapat membina negara yang aman makmur, sejahtera, adil, telus, tanpa pertelingkahan dan persengketaan yang sebenarnya merugikan Umat Islam dan Melayu itu sendiri.

Nasrudin Hassan Tantawi ... langkah kanan saudara amat bermakna dan dipuji !!! Salam Perjuangan !!!


MELAYU ATAS PAGAR

4 comments:

manap tetap umno said...

semoga diberkati Allah

semoga dirahmati Allah

semoga digabungkan oleh Allah

yang baik kita accept la, yang nak tolak tu masuk DAPigs la !!!

sri kaya said...

Bro,tak baca ka Nasurddin Tantawi ckp kalau UMNO nak bergabung dgn PAS disilakan UMNO masuk Pakatan Rosak?

Anonymous said...

puak-puak umno mudah ditipu isu perpaduan. baca entry terbaru nasharuddin, beliau x ingin perpaduan. senangnya umno ditipu sekarang. umno semakin lemah 7 terus lemah. insyaallah

manap tetap umno said...

Salam Anon 1.52pm

Apara ngko ni! keturunan je muslim tapi perangai macam yahudi!

org yahudi je yg tak suka umat islam bersatu tau! aku tak kata ngko dan si nasha tu yahudi, tapi perbuatan ngkorang ni melambangkan sufat yahudi, nasrani dan majusi!

ada betul! betul la tu!

aku pun bukan penyokong tegar umno tapi ini maruah umat islam, kebaikan umat islam dan umat melayu.

ngko ni cakap mcm orang tak sekolah langsung! ngko nak tegakkan agama islam kalo takde bangsa yg nak tegakkan, boleh tegak ke islam tu!

bagi komen tu biarlah bernas dan berfikir!