Hadi Awang Dilanda Migrain Kronik, Kerandutnya Dipulas Lagi Karpal Singh
Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh berkata, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden Parti tersebut disaran mengadakan ketetapan dan mengkaji semula pendirian Majlis Syura Ulama PAS yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu. Karpal juga berharap Abdul Hadi akan menentukan semula pendirian PAS agar selaras dengan keputusan yang telah dicapai Majlis Pakatan Rakyat pada 8 Januari lalu.
Read More, PAS TETAP DICELAH KANGKANG DAP
Hadi Awang pasti sukar menolak pelawaan rakan karib DAP untuk menolak pendirian dan ketetapan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Syura Ulama PAS.
Suka atau tidak Hadi Awang adalah boneka terbaik peliharaan DAP dalam Pakatan Rakyat. Anwar juga tentu bersetuju dengan kenyataan ini.
Terlalu besar kegunaan Presiden PAS ini di kaca mata Pakatan Rakyat. Umpama lalang, Hadi Awang lebih mudah goyah dan dalam sekelip mata mampu bertukar pendirian dan prinsip.
Pelik juga apabila DAP tidak meminta pertolongan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu untuk sekali lagi berbisik ke telinga Hadi Awang agar menolong rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.
Nik Aziz dan Haron Din cukup malu alah dengan para wartawan.
Sudah beberapa kali kejadian pemimpin- pemimpin PAS ‘lari’ ikut pintu belakang selepas mesyuarat penting kerana tahu ada petugas media tunggu di kaki lima depat pejabat PAS di Jalan Raja Laut,Kuala Lumpur.
Mana mungkin mahu diadakan kembali 'Upacara Lari Ikut Pintu Belakang' semata-mata mahu menukar pendirian dan ketetapan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Syura Ulama berhubung isu Kalimah Allah.
Strategi apa yang bakal diambil Hadi Awang agar mampu meyakinkan Nik Aziz dan Haron Din untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat. Ini masalah prinsip bersama diantara pembangkang.
Silap tutur kata dan buah fikiran, Hadi Awang pasti bukan lagi calon impian PAS untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri.
Majoriti akar umbi sudah terlalu marah dengan sikap Presiden PAS yang dianggap terlalu naif mengikut telunjuk Anwar Ibrahim.
Pelik juga memikirkan apabila isu Kalimah Allah ini seolah-olah sudah menjadi 'Manifesto Utama' Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya umum kali ini.
Cukup penting langkah yang bakal diambil Hadi Awang. Silap percaturan dan strategi, sokongan dan undi orang Melayu bakal hanyut lagi. Ini yang mahu dielakkan PAS.
Hadi Awang sudah beberapa kali membelakangkan parti dalam menyatakan pendirian dan prinsip yang dipersetujui.
PAS juga tidak mahu lagi digelar sebagai parti yang paling kerap melakukan U TURN dalam sejarah politik tanah air.
Apa pilihan yang ada pada Hadi Awang ...
Mahu terus dihormati atau terus menerus menjadi pencacai kehormat DAP.










