Thursday, January 3, 2013


Ahli perniagaan permaidani Deepak Jaikishan kecewa dengan tindakan Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan tidak berani tampil kehadapan membantunya walaupun beliau telah melakukan beberapa pendedahan sebelum ini.

Deepak turut kecewa dengan sikap Anwar yang didakwa mempergunakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli untuk menyampaikan perkara itu.

"Saya sangat menghargai media yang menyokong saya tetapi saya tidak nampak perkara ini daripada pembangkang.

"Saya telah memaklumkan minggu lalu hasrat agar Anwar tampil menyokong saya secara terbuka dan tidak menggunakan platform 'penafian' tidak pernah berjumpa dengan saya.

"Malangnya beliau tidak tampil kehadapan malahan menggunakan Rafizi sebagai orang tengah, dan saya tidak menghargai tindakan ini," katanya.



Beliau turut berkata sekiranya Anwar jujur dan ikhlas, beliau tidak seharusnya meletakkan Rafizi sebagai perantara dan membiarkan Pengarah Strategi PKR itu melakukan pendedahan dokumen-dokumen bukan miliknya.

"Saya mahu Anwar berani tampil kehadapan," tegas Deepak.

Ahli perniagaan permaidani ini menambah beliau kecewa dengan sikap Anwar yang tidak berani tampil kehadapan dan bersuara.

"Saya akan melakukan (pendedahan ini) mengikut cara saya. Saya tidak akan menjemput lagi penakut. Apa yang boleh saya lakukan, jika seseorang itu penakut maka beliau tetap akan menjadi penakut," katanya.

Ditanya pemberita mengenai pertemuannya dengan Ketua Pembangkang itu, Deepak berkata "Saya bertemu dengannya pada malam 28 November, sehari sebelum saya tampil di mahkamah.

"Anwar baru sahaja kembali dari Jakarta. Kami berjumpa di sebuah rumah kenalan," katanya.


Read More, ANWAR & RAFIZI PEMBOHONG BESAR



Satu perkara yang cukup menarik perhatian ... Rakyat perlu melihat kebenaran ini.

Kenyataan rasmi Anwar Ibrahim ...

Opposition Leader Anwar Ibrahim has denied involvement in the startling revelations made by carpet dealer Deepak Jaikishan and former inspector-general of police Musa Hassan. - FreeMalaysiaToday, 3 Disember 2012



Pelik ... cukup pelik memandangkan Deepak 'Conman" Jaikishan sendiri membuat pengakuan dan kecewa apabila Anwar tidak mengaku dan menafikan pernah berjumpa dengannya.

Ditanya pemberita mengenai pertemuannya dengan Ketua Pembangkang itu, Deepak berkata "Saya bertemu dengannya pada malam 28 November, sehari sebelum saya tampil di mahkamah. Anwar baru sahaja kembali dari Jakarta. Kami berjumpa di sebuah rumah kenalan," katanya. - KLPOS, 3 Disember 2012

Walhal rakaman video di atas, yang dihadiri dan disaksikan oleh para wartawan mendengar dengan jelas kekecewaan Deepak mengenai penafian Anwar Ibrahim.

Bagaimana pula dengan pendedahan rakaman video blogger pto kerajaan pada 5 Disember 2012 yang lalu ...




He (ANWAR IBRAHIM) flew from Jakarta direct straight to come to Ravidharan house, we meet them.

Dia (ANWAR IBRAHIM) terbang dari Jakarta terus datang ke rumah Ravidharan, kami bertemu disana.



Adakah Deepak Jaikishan berbohong dihadapan para wartawan pada sidang media di Le Meridien semalam. Rakaman video sebagai saksi pengakuan beliau.

Ditanya pemberita mengenai pertemuannya dengan Ketua Pembangkang itu, Deepak berkata "Saya bertemu dengannya pada malam 28 November, sehari sebelum saya tampil di mahkamah. Anwar baru sahaja kembali dari Jakarta. Kami berjumpa di sebuah rumah kenalan," katanya. - KLPOS, 3 Disember 2012

Adakah rakaman video sulit yang dikeluarkan oleh blogger pro kerajaan pada 5 Disember 2012 juga satu pembohongan. Rakaman video tersebut juga ada kenyataan Deepak bahawa beliau telah bertemu dengan Anwar Ibrahim.

Dia (ANWAR IBRAHIM) terbang dari Jakarta terus datang ke rumah Ravidharan, kami bertemu disana.



Siapa yang berbohong sebenarnya? ...

Anwar Ibrahim tidak boleh lari dari kenyataan bahawa beliau sememangnya telah bertemu dengan Deepak 'Conman' Jaikishan di rumah Ravidharan.


Memang nyata berlaku pertemuan diantara Deepak 'Conman' Jaikishan dengan Anwar Ibrahim dan R Sivarasa pada penghujung November 2012 di rumah Ravi Dharan, Pengerusi Daya Group of Companies, di Tropicana Utama, Petaling Jaya.



Nyata memang wujud gerakan untuk memfitnah dan menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan isterinya.

Mengapa Anwar Ibrahim berbohong? ... Kantol Besar ...



4 comments:

Anonymous said...

Kenapa attachment invoice dalam xls dan tidak pdf?

Tuduhan babitkan jutaan ringgit, urusniaga pakai gmail dan xls sahaja?

Sama ada yang berniaga itu penjual dalam mudah.my atau yang membuat cerita ini kantoi menipu.

Lu pikir lah sendiri.

Unknown said...

hai abang, adik budak baru belajar. mintak tolong link blog adik ni http://the-papazola.blogspot.com/ terima kasih bang

Anonymous said...

Also, we need to determine the rounds of the quiz according to it.

I believe my exact words were "I don't want to be your dirty little secret. They feature almost nightly drink specials and some form of entertainment every night of the week--DJ's, live music, trivia, you name it.

my blog pub quiz austin texas

Anonymous said...

DJ spins out on Saturday nights. I believe my exact words were "I don't want to be your dirty little secret. The food is decent and the drink specials on Tuesdays include $2.

My web-site ... pub quiz team names