Thursday, January 24, 2013

Ditanya mengenai dakwaan Presiden Palestin Mahmoud Abbas tidak senang hati dengan lawatan beliau, Najib berkata mungkin ada salah faham tetapi beliau telah menjelaskan kepada wakil Fatah di sini semalam bahawa isu terkini Palestin ialah mengenai penderitaan rakyat di Gaza bukannya Tebing Barat.



Anwar Ibrahim cukup marah melihatkan pertemuan di antara Najib dan Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haniyeh. Berita ini cukup mencabar kewibawaan beliau yang selama ini cukup gah melambung dirinya sebagai pejuang islam dan rakyat Palestin.

alt
Sambutan Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haniyeh terhadap Najib cukup membakar amarah Anwar Ibrahim.

Anwar tidak mahu isu pertemuan Najib dan Hamas bakal membuka mata rakyat Malaysia terutamanya umat Islam, betapa seriusnya Malaysia mahu memainkan peranan sebagai pendamai dan orang tengah dalam menyatukan Hamas dan Fatah.

Anwar tidak mahu umat Islam dan rakyat Malaysia mengingati kembali peranan beliau dalam memberi pengiktirafan terhadap isu dan keselamatan negara Israel.

Malu Anwar ...

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.

"Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, walaupun tidak mengesahkan akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Yahudi (Israel), sesuatu langkah yang menurutnya tertakluk sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin."


Anwar perlu mencari jalan agar usaha yang dilakukan Najib dipandang remeh. Jika boleh biar tampak seolah-olah pergerakan Fatah marah terhadap Najib.

Anwar memberikan lampu hijau agar portal-portal pro pembangkang perlu diberi peranan besar untuk memalukan Najib dalam pertemuannya dengan Hamas.

Di tengah kehebohan Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Gaza semalam, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengkritik lawatan Perdana Menteri Malaysia itu. “Presiden Palestin menolak dan mengecam kunjungan Perdana Menteri Malaysia ke Gaza,” kata kenyataan kerajaan Abbas yang dibacakan pegawai berita WAFA. “Kunjungannya merendahkan pemerintahan Palestin yang sah dan menyebabkan perpecahan serta tidak menguntungkan Palestin,” tambah kenyataan itu lagi. - FREEMALAYSIATODAY, 23 Januari 2013.

Cukup pantas portal-portal pro pembangkang menyiarkan berita untuk memalukan Najib.

Anehnya, sumber berita yang dipetik dan diambil portal-portal pro pembangkang datangnya dari media Indonesia?

sumber berita yang dipertik dari media Indonesia ... viva.co.id. ???

Pelik juga mengapa tidak diambil sumber berita dari media-media di Timur Tengah? Atau barangkali sememangnya tidak sumber berita sahih dari media di Timur Tengah.



Namun Najib masih tetap bersahaja dan cool menjawab soalan wartawan mengenai berita yang ditimbulkan oleh portal-portal pro pembangkang ini.


Ditanya mengenai dakwaan Presiden Palestin Mahmoud Abbas tidak senang hati dengan lawatan beliau, Najib berkata mungkin ada salah faham tetapi beliau telah menjelaskan kepada wakil Fatah di sini semalam bahawa isu terkini Palestin ialah mengenai penderitaan rakyat di Gaza bukannya Tebing Barat.

"Saya tidak dapat lawat Ramallah (Tebing Barat yang dikuasai Fatah) yang ruang udaranya di bawah kawalan Israel dan Israel tidak akan memberikan kebenaran melainkan kita ada hubungan diplomatik dengan Israel," katanya.

Najib berkata rancangan asal beliau untuk melawat kedua-duanya, Tebing Barat dan Gaza, tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana sekatan yang sedia ada di Tebing Barat.

Read More, KLPOS



Najib dengan tenang memberi penjelasan cukup bernas kepada soalan dari wartawan.

Rupa-rupanya ada pihak yang cuba mengadu domba Presiden Palestin di Tebing Barat Mahmoud Abbas dengan Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak.

Anwar Ibrahim seharusnya bertanya kepada diri sendiri ...

Bilakah masanya beliau bertemu dengan Presiden Palestin di Tebing Barat Mahmoud Abbas atau Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haniyeh dalam memperjuangkan penindasan Israel terhadap Palestin?

Anwar perlu membuktikan pertemuan beliau dengan kedua-dua pemimpin di Palestin ini.

Sekurang-kurangnya Najib telah bertemu dan bersemuka dengan Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haniyeh, dari pergerakan Hamas dalam usaha untuk menyatu padukan dua pergerakan terbesar di Palestin, Hamas dan Fatah.

Sehingga ke hari ini, Anwar Ibrahim hanya membuktikan satu perkara kepada rakyat dan umum ...

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.



Anwar juga telah berbohong kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa pengiktirafan terhadap Israel adalah selaras dengan kehendak rakyat Palestin.


Bagaimana Anwar Ibrahim sanggup melacurkan rakyat Palestin dan berbohong mengatakan pengiktirafan Israel berasakan kepada kehendak rakyat Palestin?




Sejak bila kerajaan Malaysia memberi mandat kepada Anwar Ibrahim untuk mewakili negara memberi pendapat persetujuan terhadap kewujudan dua negara (two state solution)?

Majoriti rakyat Palestin telah menolak pengiktirafan terhadap negara Israel mahupun terhadap kewujudan dua negara (two state solution).

Anwar tidak boleh berbohong dalam perkara ini ...




Atas dasar dan prinsip manakah Anwar beria-ia benar menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel malah bersetuju terhadap kewujudan dua negara (two state solution)?

Dalam media juga, Anwar berkata pengiktirafan terhadap Israel juga adalah seperti yang telah dipersetujui di antara Hamas dan Fatah bagi mewujudkan keamanan di Palestin.


Walhal dalam realiti dan melalui kenyataan dalam media, Fatah dan Hamas menolak bulat-bulat pengiktirafan terhadap Israel dan kewujudan dua negara (two state solution).



Siapa sebenarnya berbohong dalam mengiktiraf negara Israel?

Adakah Anwar Ibrahim mahu menuduh Hamas dan Fatah berbohong tidak mempersetujui pengiktirafan negara Israel?



Rakyat perlu melihat apa yang tersirat disebalik pujian melambung Michael Ordman, wartawan Jerusalem Post yang begitu bangga dengan pendirian Anwar Ibrahim mahu mengiktiraf kewujudan negara Israel.


Anwar Ibrahim secara jelas akan membuka pintu rundingan diplomatik dengan Israel jika ditabalkan sebagai Perdana Menteri, sekiranya pembangkang memenangi pilihanraya umum kelak.

Amat mustahil bagi Israel untuk memuji sebarang tindakan pemimpin dari Malaysia lebih-lebih lagi melibatkan isu Palestin.

Apatha lagi melibatkan nama seorang pemimpin seperti Tun Dr Mahathir yang cukup tegas menolak kewujudan Israel. Anti Semitik dan Anti Yahudi gelaran terulung Zionis terhadap Tun Dr Mahathir.

Begitu juga dengan bekas Presiden PAS, Allahyarham Fadzil Noor.


Kedua-dua bekas pemimpin parti ini telah menyatakan pendirian yang sama, tidak sama sekali akan mengiktiraf kewujudan negara Israel.

Mengapa Anwar Ibrahim mahu membuka pintu rundingan diplomatik dan mengiktiraf kewujudan Israel sebagai negara berdaulat?



Anwar sehingga ke hari ini masih gagal menjawab kelantangan Khairy Jamaluddin yang mempersoalkan mengapa beliau hanya membaca satu perenggan teks dari artikel Wall Street Journal dan tidak membaca keseluruhan ayat tersebut.



Cukup mudah Ketua Pemuda UMNO ini menembak kepala Anwar Ibrahim sehingga terpinga pinga beliau mahu menjawab kembali kelantangan Khairy Jamaluddin yang mempersoalkan mengapa hanya membaca satu perenggan teks dari artikel Wall Street Journal dan tidak membaca keseluruhan ayat tersebut.

“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians”

“Maksudnya kenyataan ini ada dua bahagian. Maksud yang disampaikan tadi oleh ketua pembangkang. I support all efforts to protect the security of the state of Israel..tidak ada ‘contingent’..itu bahagian pertama

“Yang ada ‘contingent’ adalah untuk recognize the Jewish State…mengiktiraf kerajaan dan negara Israel. Tetapi soal I support all efforts to protect the security of the state of Israel adalah ‘blanket support‘, sokongan mutlak yang tidak ada ‘contingent’..yang tidak ada syarat..yang diberi secara total kepada kerajaan Israel,” katanya.



Begitu juga Anwar tidak mampu menjawab persoalan yang ditimbulkan Khairy Jamaluddin, siapakah yang meluluskan pindaan hubungan dagang dengan Israel sewaktu bergelar Timbalan Perdana Menteri ...



Satu lagi perkara, Anwar telah bangkitkan isu soal dengan cuba menyerang kerajaan dengan mengatakan bahawa apa yang dikatakannya itu sama seperti pendirian kerajaan Malaysia.

Walaupun kita tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel tetapi kita ada hubungan perdagangan dengan Israel.

Saya mahu menyatakan kerajaan Malaysia ada satu polisi dan pendirian yang jelas bahawa kita tidak ada hubungan politik dan hubungan diplomatik dengan Israel, walaupun sebagai ahli Parlimen saya sedar bahawa ada perdagangan di antara kedua-dua negara.

Tetapi perdagangan itu adalah diantara syarikat, contohnya syarikat antarabangsa yang berpengkalan di Malaysia yang memerlukan bahan mentah dan tidak boleh diperolehi dari negara-negara lain.


Syarikat ini terpaksa impot dari Israel sebab ada syarikat yang tidak dimiliki oleh rakyat mahupun negara Israel yang berpengakalan di situ, contohnya, Intel.

Intel mempunyai kilang di Israel yang menyediakan bahan untuk membuat mikrocip, semi-konduktor atau bahan untuk dibuat peralatan komputer. Intel yang berpengkalan disini terpaksa impot dari Intel (yang berpengkalan di Israel). Kelonggaran ini telah diberi.

Namun saya ingin memaklumkan Anwar Ibrahim jangan hipokrit dalam hal ini. Hari ini dia kata kerajaan Malaysia membenarkan perdagangan dengan kerajaan Israel, seolah-olah beliau tidak tahu.

Saya mahu umumkan disini bahawa kawalan terhadap perdagangan dengan Israel dikawal dibawah Akta Kastam. Kastam berada dibawah Kementerian Kewangan.

Kelonggaran untuk syarikat-syarikat berdagang dengan syarikat-syarikat di Israel dibuat pada tahun 1996 oleh jemaah Menteri.


Jika sebelum itu kita tidak boleh berdagang dengan Israel. 1996, siapa Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Tidak lain tidak bukan Anwar Ibrahim.

Kalau dia kata hari ini kerajaan Malaysia melakukan perdagangan dengan Israel dan beliau buat-buat tidak tahu, dia sebenarnya Menteri yang membenarkan perkara ini.

Saya berharap perkara ini diketahui umum bahawa Malaysia berdagang bukan kerana kita sokong Israel tetapi ini satu keperluan dari segi globalisasi.

Tetapi kalau beliau (Anwar Ibrahim) kata dia tak tahu dan dia serang kerajaan Barisan Nasional atas 'point' tersebut, beliaulah Menteri yang meluluskan pindaan tersebut. Jadi beliau tidak boleh berkata perkara ini dilakukan oleh kerajaan BN tanpa pengetahuan beliau sendiri.


Itu soal perdagangan, tetapi soal sokongan, politik, sokongan terhadap keselamatan Israel apa sahaja tindakan termasuk pembunuhan rakyat Palestin.

Kalau Israel, beliau (Anwar Ibrahim) akan memberi justifikasi mempertahankan keselamatan mereka dengan apa jua cara termasuk pembunuhan rakyat Palestin, itu yang Anwar Ibrahim sokong.

Kita hanya berdagang dan ianya berbeza dari sokongan politik. Itu diantara syarikat antarabangsa dengan syarikat antarabangsa. Tetapi ini adalah sokongan politik.

Beliau (Anwar Ibrahim) 'support all efforts' termasuklah membunuh rakyat Palestin untuk menjaga keselamatan Israel. Itu yang disebut. Berbeza sebenarnya sokongan politik dengan kebenaran perdagangan, cukup jauh beza.

Dan jika dia kata tidak tahu tentang perdagangan ini, dialah Menteri yang telah meluluskannya pada tahun 1996.



2 comments:

Anonymous said...

Ada ketika kita mungkin berbeza pendapat tetapi PM pergi ke GAZA sesuatu yg seharusnya semua rakyat Malaysia yg beragama Islam patut berbangga. Sejarah dah banyak tertulis pemimpin kita selalu merintis jalan yg impossible jadi possible. harapan kita pemimpin dari negara Islam lain tidak lagi takut untuk menunjukkan sokongan kepada negara2 lain yg tertindas.bersatu lah umat Islam untuk perkara yang benar.

Anonymous said...

Disini jelas sikap penganut ugama islam yg lebih suka melihat sudut negetif. Ini sifat seluruh umat islam di dunia. Palestine adalah jelas. Kenapa perlu sesama mereka berbalah sedangkan musuh didepan bilik tidur dengan membawa singa kebulur. Begitu juga di malaysia. Umat islam asyek bertingkah! BODOH! rakyat yg ingin kedamaian dak muak! Bersatulah! yg ada sedikit kuasa itu kewajipan anda untuk melihat dan mencipta titik pertemuan agar kita penganut ugama islam tidak lagi dihina dan diangap DAYUS!