Sunday, February 17, 2013

Hadi Awang menegaskan PAS tidak teragak-agak keluar daripada pakatan pembangkang jika kerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) merugikan Islam.



Dalam usaha meredakan kemarahan ahli dan penyokong Pas berikutan isu kalimah Allah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat bermain politik apabila menegaskan parti itu tidak teragak-agak keluar daripada pakatan pembangkang jika kerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) merugikan Islam.

Ketika menyampaikan ucapan di Himpunan Kebangkitan Rakyat Pas Ganti UMNO di Kampung Banggol Peradong, dekat sini hari ini, Presiden Pas itu berkata, selagi ketiga-tiga parti tersebut mampu bekerjasama dalam mempertahankan Islam, Pas akan meneruskan permuafakatan berkenaan.

"Pas beri jaminan kerjasama Pas dengan DAP dan PKR selagi dapat pertahankan Islam, tetapi sekiranya kerjasama itu merugikan Islam, Pas akan keluar dari pakatan rakyat (pembangkang), tiada ragu-ragu lagi," katanya.



Bagaimanapun, dalam ucapan hampir sejam itu, Abdul Hadi Awang langsung tidak membangkitkan isu kalimah Allah yang mencetuskan kemarahan ahli dan penyokong parti tersebut.

Kemarahan itu berikutan kegagalan kepimpinan PAS untuk membatalkan persetujuan yang dicapai dengan PKR dan DAP pada 8 Januari yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah suci tersebut.

Sedangkan Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat pada 11 Januari lalu tidak bersetuju kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.


4 comments:

Anonymous said...

Depan penyokong Pas yg Bahalol cakap lain,depan media cakap lain dan depan pemimpin fuckatan cakap lain,hakikatnya pemimpin jenis apa ni.Adakah pemimpin jenis ini yg nak dijadikan pemimpin agong Pas pis pus.bagi saya dia hanya layak jadi nelayan pantai shj.takbiiiiiirrrrrrr.

Unknown said...

Dia ni nak tipu sapa ni... Tak yahlah cakap berbelit-belit.

Tak ada mananya DAP nak mempertahankan Islam doh.. Lama tau dah.

Anonymous said...

Lawak giler DAP nk pertahankn islam. Dulu, kini...xpnh dipertahankn islam, menentang lagi ade. Tapi kalau selama2nya...aku x pasti le..itu takdir masa dpn.

Anonymous said...


BERGABUNG dengan gulungan MUNAFIK dan memusuhi secara terang saudara ISLAM (KERAJAAN) yang memerintah dengan demokerasi, MENJERUMUSKAN parti HAMPas (SAMPAH) KE lembah paling hina hari ini. PERJUANGAN pas cuma nak jatuhkan UMNO (ISLAM MELAYU) BERMETELAMAT merebut kuasa DENGAN PERTOLONGAN DAP + PKR.

NATIJAH kegilaan nak berkuasa pas terus MALANG dari parti yang ada kerdibiliti kepada BARUAH yang cuma jadi BABI TUNGGANGAN dap, dan ANJING yang berkeliaran untuk menyalak bila tuan PKR perlukan.

DOSA, MALA PETAKA, MUSIBAH yang pas terima hari ini disebabkan KEKEJAMAN NYA kepada sesama umat islam, ahli-ahli pas sendiri, untuk mendapat keadilan bukan pas saluranya; malah sesiapa saja bolih dijatuhi hukuman tanpa bicara(LEBIH ZALIM DARI YAHUDI + KOMUNIS) Hassan ali dan nasarudin terima nasib yang sama disebabkan prinsip yg dijunjung tetapi tidak menepati otak kayu presiden dan bakul sampah mursidul.

SANGAT BANYAK pertentangan dengan fitrah manusia, bila AGAMA dipolitikan, dijual dilelong dan pas BACUL, DAYUS, SUNDAL sedia menundukkan kepala kepada sahabat munafik demi kuasa.

PEMIMPIN inikah yang diharap memacukan PEMERINTAHAN negara??? AKU lebih rela negara ini ditelan SUNAMI dari melihat LAKNATULLAH memerintah selepas PRU ke 13.

SEMUAGa ALLAH peliharakan PEMIMPIN yang baik demi Ketenteraman, Keamanan, Kemakmuran negara ini supaya ISLAM, MELAYU terus gemilang dipersada dunia ini. Insaallah... amin.

MASRUDI 12/12/12.