Undang-undang Antarabangsa dan undang-undang Malaysia MELAYAKKAN Nick Xenophon DIHALAU KELUAR
GWM ketawa besar dengan alasan yang diberikan oleh senator bebas dari Australia ini berikutan pengusiran beliau dari Malaysia. Alasan-alasan yang diberikan cukup dangkal ...
Kerajaan Malaysia takut dengan sokongannya ke atas gerakan pro-demokrasi dan juga kumpulan reformasi pilihan raya BERSIH ? Kerajaan Malaysia mahu memalukan beliau atas sokongan pada pilihan raya bebas di Malaysia ?
Tidak terkecuali dengan komentar dan pandangan puak-puak penyokong Anwar Ibrahim dalam blog-blog dan portal-portal pembangkang. Mahu berguling atas jalanraya menahan gelak ketawa.
Ketepikan dahulu apa yang ditulis oleh Greg Sheridan, kolumnis untuk portal media The Australia ...
The Australian newspaper’s foreign editor Greg Sheridan said Xenophon’s call for the Australian government to monitor the forthcoming Malaysian elections was "stupid and impractial". Sheridan also accused Xenophon of "campaigning for just one side of Malaysian politics -- the opposition". Citing electoral problems in Vietnam and Cambodia, Sheridan said Malaysia "on any measure is one of the most democratic and freewheeling nations in Southeast Asia. "Xenophon wants the Australian government to send electoral monitors to the forthcoming Malaysian elections. This idea is stupid and impractical," Sheridan said.
Yup ... Sememangnya Bodoh dan Tidak Praktikal ...
Senator bebas Nick Xenophon sememangnya bodoh dan tidak praktikal (barangkali berpura-pura menjadi bodoh dan tidak praktikal) apabila melanggar undang-undang negara dan cuba mencampuri urusan dalaman sesebuah negara berdaulat. Tindakan pengusiran beliau sememangnya cukup tepat berdasarkan undang-undang.
Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang seharusnya lebih awal menerangkan mengapa beliau wajib diusir keluar seperti anjing. Dua penjelasan paling mudah untuk difahami mana-mana pihak ...
Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 4(2)(a) yang secara khusus menyebut "seseorang yang melakukan kesalahan jika bukan warganegara, didapati menganjurkan atau mengambil bahagian dalam perhimpunan dan didapati bersalah akan dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit."
Boleh Anwar Ibrahim dan pembangkang terangkan bagaimana Nick Xylophon menjadi 'pemerhati bebas bagi Proses Pilihanraya Bersih' jika beliau sendiri menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 ini ? Clear violation ...
Senator dari Australia ini jelas mencabuli Artikel 41, Perenggan 1, Konvensyen Geneva mengenai Hubungan Diplomatik, 1961.
Artikel ini secara jelas menyebut "Adalah menjadi kewajipan bagi mereka yang menikmati keistimewaan dan kekebalan untuk menghormati undang-undang dan peraturan-peraturan negara yang menjadi persinggahan dan mempunyai kewajipan untuk tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman sesuatu negara."
Nah ... Cukup jelas mengapa Nick Xenophon wajib diusir seperti anjing dari negara ini. Undang-undang Antarabangsa dan undang-undang Malaysia MELAYAKKAN Nick Xenophon DIHALAU KELUAR sama sekali.
Alasan dan tindakan yang diambil oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen adalah berdasarkan kepada dakwaan beliau telah melanggar undang-undang negara mempunyai merit yang kuat setelah pembabitan beliau sewaktu perhimpunan Bersih 3.0.
Dan rakyat perlu diingatkan siapa sebenarnya senator bebas Nick Xenophon dari Australia ini ...
Disember 2010, Anwar Ibrahim memanggil Nick Xenophon sebagai pemerhati paling baru untuk kes liwatnya.
Rakan karib Anwar Ibrahim ini juga menggunakan media bagi menggerakkan kempen memfitnah minyak kelapa sawit sebagai mengandungi kandungan lemak tepu tinggi malah mengakibatkan pembasmian hutan di Malaysia.
Beliau juga bertanggungjawab menjadi nadi penggerak utama rang undang undang di Parlimen bagi mengharamkan penggunaan minyak kelapa sawit di Australia.
Rakyat seharusnya bertanya kepada Anwar Ibrahim ...
Mengapa Ketua Pembangkang ini sanggup bersekongkol dengan senator bebas dari Australia ini yang jelas memusuhi produk minyak kelapa sawit dari Malaysia ?
Produk minyak kelapa sawit ini jugalah yang digunakan seluruh rakyat Malaysia ... tidak kira penyokong kerajaan mahupun penyokong pembangkang untuk kegunaan harian. Bukankah ini cara paling halus untuk menjatuhkan ekonomi negara ini.
Mengapa Anwar Ibrahim menjadi SYAITAN BISU setiap kali senator bebas dari Australia ini menggerakkan kempen memfitnah minyak kelapa sawit ?
Rakyat perlu bertanya ... Mengapa Anwar Ibrahim begitu beria benar mempertahankan Nick Xenophon ?
1 comments:
Mmm.. Mgkn stor kunyit mat saleh best kot!!! Kemut keliling!!?
Post a Comment