Friday, February 8, 2013

Sebuah portal berita memetik sumber parti itu sebagai mendedahkan bahawa Khalid ditegur oleh Biro Politik PKR kerana kurang proaktif dan lembab bertindak dalam menangani krisis air - ANTARAPOS, 8 Februari 2013



Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin hari ini mengesahkan Biro Politik parti itu “meminta” Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan kemelut air di Selangor tidak berpanjangan.

Beliau berkata tindakan itu perlu supaya tidak menjejaskan peluang PKR mengekalkan kuasa di Selangor pada pilihan raya umum ke 13 yang dijangka diadakan bulan depan.

Zuraida akur bahawa isu air di Selangor membawa tekanan kepada PKR, justeru keputusan Biro Politik untuk melontar beberapa cadangan kepada Khalid pada mesyuaratnya kelmarin.


"Kita takut masalah air ini akan berlarutan dan akan menjadi lebih teruk jadi kita minta langkah-langkah yang tertentu dilaksanakan sebelum keadaan lebih teruk,” kata beliau.

Zuraida tidak menolak kemungkinan PKR berdepan dengan “sabotaj” BN “kerana hendak menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

"Jadi kita memberi cadangan untuk beliau (Khalid) mengambil tindakan agar sekiranya ada perlakuan-perlakuan demikian kita sudah bersedia dan rakyat tidak akan menyalahkan kami (PR),” tambah beliau.

Bagaimanapun Zuraida tidak menghuraikan cadangan atau arahan Biro Politik yang diberikan kepada Khalid.

Sebuah portal berita memetik sumber parti itu sebagai mendedahkan bahawa Khalid ditegur oleh Biro Politik PKR kerana kurang proaktif dan lembab bertindak dalam menangani krisis air.

sumber : ANTARAPOS





Read More, KHALID SEMAKIN KALUT



Apa maksud kenyataan rasmi Zuraida 'Mak Lampir' Kamaruddin ini ...

Beliau berkata tindakan itu perlu supaya tidak menjejaskan peluang PKR mengekalkan kuasa di Selangor pada pilihan raya umum ke 13 yang dijangka diadakan bulan depan.

Bagaimanapun Zuraida tidak menghuraikan cadangan atau arahan Biro Politik yang diberikan kepada Khalid.



Secara tidak langsung, ahli Parlimen Ampang ini mengesahkan kenyataan dari SYABAS bahawa Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor sememangnya menyekat peruntukan perbelanjaan modal (CAPEX) melalui kerajaan negeri sejak Pakatan Haram mentadbir tahun 2008 demi kelansungan mengekalkan kuasa di Selangor.

Pihak SYABAS tidak pernah gagal menghantar laporan kepada kerajaan negeri untuk tindakan lanjut melibatkan CAPEX.

Itu belum temasuk lagi isu-isu yang tertangguh yang memerlukan tindakan atau keputusan dari pihak kerajaan negeri.


SYABAS, pada tahun 2005 hingga 2008, telah melaksanakan kesemua kerja-kerja CAPEX dengan telus dengan kelulusan Jabatan Kawal Selia Air Selangor (JKAS).

Siapa sebenarnya yang membohongi rakyat Selangor ...



4 comments:

Parlimen Sembrong said...

Salam tuan. Mohon paut blog kami yang baru ini,

http://parlimensembrongp153.blogspot.com/

Salam perjuangan dan terima kasih.

pretty world said...

amat benar kenyataan yb zuraidah....akhirnya beliau sedar....amin...kenapa baru sekarang? namun it is better late than never. MB memang putar belitkan fakta. cakap je syabas beri kenyataan half true. sebenarnya dia yg bapak half true

terjuntiruk said...

Admin juga prasan,zuraida mintak khalid slesaikan tanpa bg idea. Mcm tu gak klw apa2 pon isu,pr akan bangkang kosong,bangkang yg xdak idea alternatif yg lebih baik...bl dh tsepit mula salahkan umno.
Oh,klw tanya zuraida cara pilih buah langsat yg manis dia pakar la,saudagar buah dan makjun.

Anonymous said...

Eh leh mak lampir pung 2x1001.Mak lampir ni mana tau semua nya.Keje dlm pkrgay melalak, memaki buat kacau taraf dia.Pergi parlimen jadi bisu maklum lah dia ni pas setakat darjah enam sekolah kat indon dulu pas tu jual buah.Malang sungguh pengundi ampang yg pilih mak lampir.Pru kali ini balik kepangkal jalan UNDI BN.