Thursday, February 7, 2013

Nasharudin Mat Isa telah DISEJUKBEKUKAN untuk menjadi MAYAT HIDUP dalam PAS

Semenjak isu Kerajaan Perpaduan (UG) yang melibatkan kerjasama politik antara UMNO dengan PAS pasca PRU 12 2008 dulu menemui jalan buntu, sejak itulah bekas Timbalan presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa telah dikambing hitamkan oleh rakan-rakan kepimpinan parti itu.

Ahli Parlimen PAS Bachok, Kelantan itu tidak hanya dicemuh tetapi turut dituduh sebagai agen UMNO, malah Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat juga sudah beberapa kali menghambur kata-kata kesat menghambat Nasharudin keluar dari parti.

Walhal disebalik timbulnya ura-ura mewujudkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO datangnya dari kebenaran Majlis Syura Ulama PAS yang dipengerusikan sendiri oleh Nik Aziz pada April 2008, yang mana bekas Timbalan Presiden Pas itu telah diberi mandat sebagai perantara ke arah menjalin hubungan dengan UMNO.

Tapi disebabkan ugutan dan gertakan dari DAP serta PKR ditambah pula dengan lamunan indah yang diwar-warkan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim akhirnya PAS menarik handbrake lantas tak pasal-pasal Ustaz Nasharudin pula yang menerima padahnya.

Bila mana timbulnya polemik isu hudud dan kalimah Allah s.w.t ditambah lagi dengan ketegasan Ustaz Nasharudin mempertahankan kebenaran, akhirnya sekali lagi Ustaz Nasharudin menjadi bahan momokan dipersenda dan diperlekehkan oleh rakan seperjuangan. 



Malah selepas Ustaz Nasharudin dipecat keanggotaannya dalam Majlis Syura, tanpa bertangguh Nik Aziz membuat kenyataan bahawa keahlian bekas Timbalan Presiden PAS itu secara automatiknya turut gugur sebagai ahli parti.

Namun demikian, kenyataan gelojoh Mursyidul Am PAS itu bagaimanapun dinafikan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang telah menjelaskan keahlian Ustaz Nasharudin dalam PAS masih kekal dan tidak terjejas dengan tindakan pemecatan sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS.

Disebalik itu semua, bekas Timbalan Presiden PAS itu terus kekal dalam PAS. Tindakannya itu tidak sedikit menyebabkan khalayak umum tertanya-tanya sendirian, kenapa dan mengapa Ustaz Nasharudin terus bertahan dalam PAS sekalipun maruahnya dihina dan diherdik sedemikian rupa?

Jawapan kepada persoalan itu, tidak lain dan tidak bukan adalah kerana wujudnya sumpah baiah talak tiga yang mana setiap wakil rakyat PAS wajib mematuhinya. Jika gagal berbuat demikian misalnya dengan bertindak keluar dari PAS, bermakna ikatan suami isteri terputus dunia dan akhirat.




Polisi zalim sebegini yang meletakkan hubungan suami isteri bagi menjamin kesetiaan wakil rakyat PAS kepada parti bukanlah perkara baru dan ia sememangnya wujud serta diakui sendiri oleh pemimpin PAS sendiri.

Kesucian hubungan suami isteri yang sepatutnya disanjung tinggi bukannya satu persoalan besar pada pandangan PAS hatta sekalipun perceraian adalah benda halal yang paling dibenci oleh Allah s.w.t, namun bagi PAS selagi ia bermanfaat untuk politik kepartian duniawi selagi itulah PAS sanggup memperalatkannya.

Justeru itu, selepas menelaah senario ini terjawablah persoalan kenapa & mengapa Ustaz Nasharudin terus kekal bersama PAS dan tidak bertindak keluar dari parti walaupun parti itu secara keseluruhannya telah jauh dari landasan asal perjuangannya.


17 comments:

Anonymous said...

Salam, PAS dh jelas sesat dan kotor, tiada khilaf lg untuk umat Islam tolak PAS lahanat ini!

hamPASesat said...

hehehe..tak terfikir, rasa2nya betul kot..

Anonymous said...

adakah haji hadi bertangung jawab klu suami isteri bercerai?

Anonymous said...

Ust Nasha seorang yg Berpelajaran tinggi takan sampai tak guna akal? Baiah yg karut marut tdak dikira terikat kerana ia adalah bukan Dari ajaran Allah!

Kalau Si Hadi 30 puluh tahun kata negara Islam Ada dlm Alquran, tiba tahun lepas dia kata dlm Alquran tak de,t yg ada negara kebajikan....APA KAH HAL????

Come on laaa Ust, belah je laaa PAS bukan Islam tapi Parti Anak Setan. AlQuran DI tonggeng sana sini!!!

Anonymous said...

apa saja lafaz talak sama ada ia bermaksud ugutan, gurauan, lakonan atau sukarela dari segi syaraknya tetap sah lafaz tersebut.

cumanya, bukan satu amalan dalam Islam menjadikan hubungan suami isteri sebagai gadaian utk memaksa ahli atau pemimpin setia pada parti.

Pas satu-satunya yg berbuat demikian atas dunia ini.

Xpas said...

Polisi pas tidak lebih tinggi dari polisi Allah swt !
1. 'Sesiapa yg bersumpah dgn suatu sumpah, kemudian didapati perkara yg lebih taqwa kpd Allah swt drpdnya, mk hendaklahdia memilih yg lebih tqwa itu'-HR Muslim.
2. Diriwayatkan dr Ibnu Abbas r.a.
'Sumpah yg tak dikira ialah engkau mengharamkan apa yg dihalalkan Allah swt. Sumpah yg demikian tidak terkena kaffarah atas engkau'.

Xpas said...

Rujukan ke majlis fatwa dan mahkamah syari'ah boleh dibuat utk memperjelaskan kedudukan sumpah berkenaan, dlm rangka ketaatan kpd Ulil Amri !

Asal Bukan DAP (ABDAP) said...

Harap2 la selepas tidak dicalonkan dlm PRU13 ni nnt..ustaz nasha jgn la nak baiah lagi... Ustaz seorang yg bijak dan tahu hukum-hakam Islam... jgn kerana parti...ustaz akan tersungkur dipintu syurga... ustaz low profil adalah yang terbaik.

Anonymous said...

Ust Nasha perlu lebih yakin pada Allah...teruskan perjuangan menegakkan Islam dengan tulus dan ikhlas demi agama ,bangsa dan negara.
Ketepikan soal sumpah baiah kerana Allah lebih mengetahui.
Apa yang berlaku dalam PAS hari ni adalah musibah dari Allah Taala.
Kerana Ulamak2 PAS terlalu angkuh, sombong dan semakin tersasar dalam menegakkan Islam.

Anonymous said...

Saya rasa jika betul2 kita nak perjuangkan agama tak semestinya kita dalam parti...yg mana kita nampak perjuangan nya sudah jauh terpesong...tiada guna nya kita masih bertahan jika rakan dlm parti pun tidak menyokong perjuangan itu.

Anonymous said...

betul ke sumpah macam tu, itu sumpah politik,untuk politik,kerana politik, kalau politik songsang sanggup pecah belah ummah, sanggup jual ugama, adakah itu semua betul,aku juga berani bersumpah, tapi kalau dah lari dari tujuan asal kerana allah, aku cakap sorry lah, allah saja tahu tujuan aku bersumpah, bukan kerana ajaran seseat yang di bawa oleh pas, contoh ajaran sesat ialah amanat hadi besi tu, jual nama allah kerana politik, berkawan dengan kafir yang jelas musuh islam,.. sudah lah hadi,, pooraah

Anonymous said...

Ok apa? kita boleh kawin dgn janda2 PAS yg terbiar tu ,comel2 belaka.. hahaha, boleh pilih mana yg berkenan lah, monopos tak hingin aku.

Hoi PAS, kitab mana korang rujuk ni? Bible versi melayu tu ke? kahkahkah.

Anonymous said...

Jawatan kosong Cina Buta, eee bestnya. aku ndak, aku ndak

Anonymous said...

apa nak jadi dengan pas ni..
sesiapa dikalangan ahli terdiri dari ulama atau ahli biasa yg bercakap utk mempertahankan agama dan membanteras maksiat akan digugurkan/ditendang dari parti gara2 kerana tidak disukai oleh parti kafir sahabat pas dap..

sesiapa dari ahli pas yg bercakap tentang penyatuan ummah, persaudaraan dalam islam pun akan dihambat keluar...

sesiapa yg menguris hati/melawan cakap2 puak2 kafir dari parti dap pun pasti akan ditendang keluar..

bagi pas sekarang, dap/pkr adalah parti yg maha maksum, disanjung tinggi seolah2 terdapat ramai ularmak2 tersohor didalamnya.. pas akan menganggok apa saja kemahuan parti pujaan pas ini sehingga sanggup mengadaikan agama dan akidah..

sejak berkiblatkan dap/pkr pas semakin jauh terpesong..

Anonymous said...

Puak puak PAS ni dah jauh tersesat...bila ulamak terlalu disembah...terlalu di dewa dewakan...timbullah perasaan riak , sombong , bongkak dan lupa diri.Pengikut2 yang bodoh dan bangang pun satu hal juga....macam tak ada akal...main ikut je....dah tahu tok guru tu dah nyanyok pun sembah juga...ingatlah ALLAH tu maha berkuasa....bukan tok guru yang di sembah...

HAMIDIsP said...

bai'ah yang kini memakan diri..

HAMIDIsP said...
This comment has been removed by the author.