Saturday, February 23, 2013


Himpunan Bantah Datum Jelatek 1.0 mendesak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membatalkan projek super mewah di bawah kelolaan yang telah dirancang sejak tahun 2010 itu.

Menurut Pengerusi Badan Bertindak Projek Datum Jelatek Saleh Samad, 50 peratus daripada keseluruhan kuota pembangunan di bekas tapak pangsapuri kos rendah tersebut telah dijanji untuk diberikan kepada bumiputra kini peruntukan tersebut tiada lagi.

"Semalam Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim) berkata, ada 50 peratus kuota, kini tiada lagi.


"Dua blok tersebut (Tower B dan D) telah dijual kepada pelabur China melalui konsultan di Singapura," ujarnya pada sidang media selepas mengetuai Himpunan Bantah Datum Jelatek di sini hari ini.

Demonstrasi tersebut turut disertai 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di hadapan tapak projek Datum Jelatek

Mereka kemudiannya berarak ke Bilik Pameran projek tersebut di kawasan berhampiran.


Dalam pada itu Saleh turut menjelaskan, kesemua penduduk terlibat akan menghantar memorandum kepada Menteri Besar, PKNS, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Y.A.M Sultan Selangor untuk menghentikan projek tersebut.

Sebelum ini, beberapa penduduk flat yang enggan berpindah mempersoalkan penerimaan wang pampasan yang ditawarkan oleh PKNS.

Penduduk mendakwa, PKNS pada tahun 2009 telah bersetuju untuk memberi pampasan berjumlah RM250,000 hingga RM300,000 bergantung kepada saiz rumah, manakala antara RM400,000 hingga RM500,000 bagi rumah kedai.


Pada 14 November 2011, satu sidang akhbar telah dibuat oleh penduduk mendakwa PKNS mengurangkan jumlah pampasan pada nilai yang lebih rendah iaitu hanya sebanyak RM 130,000 .

PKNS juga dikatakan telah menekan penduduk dengan menghentikan kerja-kerja penyelenggaraan dan menggunakan undang-undang kerajaan negeri untuk merampas tanah yang diduduki.

Tindakan PKNS dilihat seperti 'menghukum' penduduk dek sikap mereka yang enggan berpindah sebelum itu.





3 comments:

YB Raz said...

sikit sikit demo..sampai bila masalah tak selesai..nak selesai masalah cepat, kenalah jihad..

ramai ramai serbu tapak pembinaan, runtuhkan semua stuktur yang ada, hambat semua pekerja..itu baru perjuangan..

betul memang kena tangkap..tapi kalau dah 1000 orang serbu, takkan polis nak tangkap 1000 orang sekali..

buat juga cara sama diseluruh negara..serang tempat tempat projek yang rampas tanah orang melayu..bila dah buat satu negara serentak, polis pun tak boleh nak buat apa..

tunjukkan kuasa orang melayu..ini orang melayu dah lembik..tak berani nak berjuang..ini ler kalau dah bertahun tahun makan ayam cucuk..sampai takut mati dan terlalu cintakan dunia..

Anonymous said...

sokong.. kalau org2 india dan cina sanggup baring tengah jalan jika kawasan mereka dikacau/diambil, melayu patut buat lebih dari itu utk menjaga kepentingan bangsa melayu..

Anonymous said...

Aku tak faham apasal rakyat2 ni nak bising ngan PKNS pasai DATUM JELATEK ni. Inilah cara PR tunaikan JANJI, Inilah dia PPRT yang dijanjikan, tapi PPRT utk golongan jutawan laaa hahahaha. Lagi satu korang nak angin ape, dah awal2 puak2 PR ni cakap JANJI BUKAN MANIFESTO, so ape problemnya?? maknanya semuanya in reverse la, kalau depa kata nak buat PPRT banyak2 utk tolong rakyat miskin, maksud sebenar PPRT utk rakyat kayalaa, itu pun tak faham2 lagi.