Datum Jelatek adalah antara projek mega Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang telah dirancang sejak tahun 2010.
Pembangunan itu akan melibatkan kawasan tapak flat kos rendah seluas 2.4 hektar milik PKNS.
Dalam satu sidang akhbar yang diadakan pada 9 Februari 2010 , Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Pengerusi PKNS pada ketika itu berkata pembangunan itu akan tetap menempatkan semula penghuni asal flat di samping para pembeli baru untuk mendiami apartment mewah.
Dalam sidang akhbar itu juga, Khalid berkata 90% daripada 650 penghuni di empat blok flat yang akan dirobohkan bersetuju untuk projek itu dilaksanakan.
Walau bagaimanapun jumlah pampasan yang akan diberikan hanya diumumkan pada Mac 2010.
Pada 4 October 2012, Datum Jelatek telah dilancarkan di Marina Bay Sands, Singapura dan dibuka untuk pembelian. Rujukan dari laman web untuk jualan unit-unit di Datum Jelatek menunjukkan unit termurah yang ditawarkan untuk Bumiputera berharga SGD 301,924 iaitu lebih kurang RM 754,810 dengan mengambilkiran kadar tukaran wang pada RM 2.5 untuk SGD 1.
Manakala harga paling tinggi ialah SGD 3,739,611 iaitu lebih kurang RM 9,349,027 . Pelancaran Datum Jelatek yang dibuat di Singapura dilihat seperti usaha untuk menarik pembeli-pembeli dari negara jiran itu.
Memandangkan jumlah harga yang terlalu tinggi ini, pembelian unit-unit Datum Jelatek dijangka tidak mendapat sambutan dari rakyat tempatan. Jelas pembangunan yang dibuat adalah untuk menjadikan kawasan Jelatek sebuah kawasan yang elit di tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Pembinaan Datum Jelatek juga dijangka akan menggalakkan pembangunan-pembangunan lain di kawasan sekitarnya iaitu di kawasan penempatan majoriti kaum Melayu.
Sekiranya dilihat dari sudut demografi politik, pembangunan kawasan elit ini dijangka akan merubah peratusan pengundi berbangsa Melayu yang sebelum ini mendominasi jumlah pengundi keseluruhaan bagi Parlimen Setiawangsa. Dari keputusan pilihanraya 2008, untuk Parlimen Setiawangsa (P118), jumlah pengundi mengikut peratusan kaum adalah 56.44% bagi kaum Melayu, 33.23% kaum Cina dan 19.13% kaum India.
Penduduk-penduduk dari kaum Melayu yang mendapat pampasan dari pembangunan ini akan berpindah ke kawasan kediaman yang lain seterusnya memberi kesan dalam komposisi seperti yang dinyatakan diatas. Mungkin apabila projek ini siap sepenuhnya kelak komposisi kaum yang mendominasi jumlah pengundi keseluruhan akan berubah.
Datum Jelatek ... CHINESE MAINSTREAM DISTRICTS ???
Sebelum ini, beberapa penduduk flat yang enggan berpindah mempersoalkan penerimaan wang pampasan yang ditawarkan oleh PKNS. Penduduk mendakwa, PKNS pada tahun 2009 telah bersetuju untuk memberi pampasan berjumlah RM250,000 hingga RM300,000 bergantung kepada saiz rumah, manakala antara RM400,000 hingga RM500,000 bagi rumah kedai.
Pada 14 November 2011, satu sidang akhbar telah dibuat oleh penduduk mendakwa PKNS mengurangkan jumlah pampasan pada nilai yang lebih rendah iaitu hanya sebanyak RM 130,000 .
PKNS juga dikatakan telah menekan penduduk dengan menghentikan kerja-kerja penyelenggaraan dan menggunakan undang-undang kerajaan negeri untuk merampas tanah yang diduduki. Tindakan PKNS dilihat seperti 'menghukum' penduduk dek sikap mereka yang enggan berpindah sebelum itu.
Developed by State Government, PKNS, an exclusive project awarded to ERA FOCUS, Division of ERA REALTY Network Pte Ltd ... kenyang lagi Cina Singapura
Baru-baru ini, dalam satu majlis di Kuala Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa penduduk Melayu yang menjual unit kediaman mereka untuk projek pembangunan bercampur Datum Jelatek memperoleh keuntungan besar apabila dibayar sebanyak RM 300,000 oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sekaligus menafikan dakwaan bahawa penduduk Melayu telah dipinggirkan di kawasan itu.
Khalid mendakwa pemilik unit kediaman kos rendah di kawasan itu mendapat keuntungan kira-kira RM 280,000 kerana harga asal bangunan berkenaan adalah dalam sekitar RM20,000 sahaja. Khalid berkata keuntungan yang diperoleh itu membolehkan pemilik membeli kediaman yang lebih selesa berbanding kawasan kediaman sedia ada.
Penjelasan Khalid secara kasar dilihat ada kebenarannya kerana menguntungkan pemilik unit kediaman kos rendah di kawasan itu.
Walau bagaimanapun, beberapa persoalan timbul sekiranya dilihat semula kronologi pembinaan projek Datum Jelatek iaitu janji Khalid dalam memberikan unit kediaman kepada penduduk flet dan kemampuan rakyat tempatan untuk membeli unit-unit kediaman di Datum Jelatek.
Projek ini dilihat tidak memberikan keuntungan kepada rakyat tempatan, dan untuk tempoh beberapa tahun akan datang bakal menjadi kawasan penempatan elit yang bakal didominasi oleh warga-warga asing.
PKNS kini dilihat lebih cenderung menjadi elemen perniagaan dalam kerajaan negeri Selangor, sama seperti PDC di Pulau Pinang disebalik matlamat asal penubuhannya iaitu menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat miskin.
sumber : KLPOS
KESAN PROJEK DATUM JELATEK KEPADA PENDUDUK DAN BANGSA MELAYU
DUA DARI EMPAT BLOK (A & C) BANGUNAN PANGSAPURI INI TELAH DIBELI OLEH PELABUR ASING SECARA PUKAL (EN-BLOCK). PENJUALAN TERSEBUT DIBUAT DI NEGARA JIRAN – BUKAN DI MALAYSIA. INI BERMAKNA 50% AKAN DIDUDUKI OLEH WARGA ASING.
MENGAPAKAH WARGA ASING DIBENARKAN MEMILIKI KEDIAMAN DI KAWASAN 100% MELAYU?
BAKI DUA BLOK LAGI DI BUKA KEPADA PENDUDUK DI MALAYSIA, 50% DIPERUNTUKAN KEPADA BUMIPUTRA DAN 50% LAGI KEPADA BUKAN BUMIPUTRA.
BUKANKAH KAWASAN TAMAN KERAMAT INI KAWASAN EKSKLUSIF UNTUK BANGSA MELAYU?
SATU UNIT BERHARGA DARI RM700,000 KEPADA RM11.5 JUTA. JELAS SEKALI TIDAK RAMAI MELAYU YANG MAMPU MEMILIKINYA.
ADAKAH INI STRATEGI UNTUK MENSISIHKAN BANGSA MELAYU DARI KAWASAN MELAYU?
KUOTA LOT BUMIPUTRA YANG DITETAPKAN ADALAH YANG TERMURAH, PALING KECIL DAN LOKASI PALING TIDAK STRATEGIK.
APAKAH INI BUKAN SATU PENGHINAAN UNTUK MEMPERLEKEHKAN KEMAMPUAN ORANG MELAYU?
KELUASAN PEMBINAAN PANGSAPURI INI MELEBIHI KAWASAN YANG ADA SEKARANG DAN BERKEMUNGKINAN BEBERAPA UNIT RUMAH BERDEKATAN TERPAKSA DIROBOHKAN. JALAN ENGGANG TERPAKSA DILEBARKAN KEPADA EMPAT LORONG SEBAGAI SALAH SATU SYARAT KELULUSAN PROJEK DATUM JELATEK.
BUKANKAH LEBIH RAMAI ORANG MELAYU TERPAKSA DISISHKAN? ADAKAH PAMPASANNYA SETIMPAL?
7 comments:
cuba check siapa dapat untung project ni http://www.theedgemalaysia.com/business-news/230738-kumpulan-darul-ehsan-to-buy-kpsbs-566-stake-in-khsb.html
ASSSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
KOREK jugak siapa di MPS dan Pejabat TANAH yang bertanggung-jawab terhadap PROJEK ini..
Ada something FISHY here..
Wallahualam..
nama pun parti kencing rakyat.. tapi kuasa ditangan rakyat selangor.. kena kencing sekali ok.. tapi bukan bermakna boleh dikencing sepanjang masa...
Masalahnyer parti dajjal PR ni kencing banyak mane pon..hanyir ke hancing ke Melayu bodoh PR akan terus tadah mulut dan telan... dgn penuh BANGGA..
Kenapakah semua lembu2 PAS Selangor diam je.. xde bantahan ke? Projek nk ramaikan Cina Harbi ini tkde boleh halang lg ke sblm BN ambil alih Selangor semula PRU nnti??
Moga Tuhan selamatkan Selangor dr kejahanatn dajjal PR ini!!
Hah lepaih ni kaum Melayu semua dok kat estate,pekan,kampung..bandar2 smua kafir harbi haramjadah duduk..tu pon korang x sedar lagi ke?bagi mandat kat PR terutamata DAP...kalau x sedar jugak...mmg sure bangsa Melayu di perbodohkan..lepas tu kerje ngn cina puak2 racis,gaji murah..ingt2 lar
AKU TAK KISAH DI SELANGOR SEBAB AKU ORE KELANTAN. LEMBAH SIREH SERUPA SAJA. HALAU MELAYU DAN BUAT BANGUNAN. HARGA HAMPIR 1 JUTA SE UNIT. CINA LUAR BERDUYUN. MELAYU TERSENGEH.CUMA MELAYU DAPATLAH JUGA BELI BARANG DI TESCO. TAK LEBIH DARI ITU. TANYA POK NIK AZIZ. KENAPA JADI GITU. JANJI ITU INI SEMUA TIPU BELAKA.
AKU NAMPAK BN DAN PKR 2 X 5 DAN 5 X 2. SEMUA YANG BERKUASA DI KL NAK MAJUKAN KL DAN BUAT KONDO YG HARGA 500K KEATAS. SEMUA NAK UNTUNG. SELAMA INI BN BERKUASAPUN BERAPA BANYAK TANAH YANG DI JUAL KEPADA DEVELOPER, SEMUA ATAS TIKET NAK MAJUKAN MALAYSIA KONON NYA.
SEPATUTNYA BOLIH ADA PEMBANGUNAN CAMPURAN KOS APARTMENT RM 200K - 300K DAN KONDO MAHAL, BARU LAH MOTIF 1 RAKYAT DI DAHULUKAN.
SETAKAT INI YANG AKU NAMPAK BN DAN PKR, KEDUANYA RAKUS UNTUK MAJUKAN KL DGN MOTIF ADA KEUNTUNGAN BUKAN MOTIF 1 RAKYAT DI DAHULUKAN.
Post a Comment