Wednesday, February 27, 2013

Nik Abdul Aziz dalam reaksinya hanya dua hari selepas itu bagaimanapun tidak menafikan laporan Utusan Malaysia sebaliknya mempertahankan kenyataannya malah menuduh UMNO yang meletakkan taraf penerima bantuan wang seperti BR1M sebagai haiwan.


Ibarat meludah ke langit, terkena batang hidung sendiri.

Itulah perumpamaan yang disimpulkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini terhadap beberapa blog propembangkang yang mendakwa Utusan Malaysia telah memutar belit kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Jika tiga hari lalu, blog berkenaan mendakwa akhbar ini cuba memfitnah pemimpin itu, tetapi lidah rasmi Pas, Harakah dalam laporan muka depannya hari ini secara jelas melaporkan kenyataan Nik Abdul Aziz yang mengibaratkan BR1M sebagai 'hampas kelapa'.

Laporan bertajuk BR1M Ibarat Hampas Kelapa diletakkan di muka depan akhbar tersebut manakala laporan penuh di muka surat tiga menggunakan tajuk BR1M: UMNO anggap rakyat macam ayam.

Tindakan Harakah itu merupakan satu tamparan kepada penyokong Pas yang sebelum ini turut memasukkan rakaman penuh ucapan Menteri Besar Kelantan itu ke dalam YouTube kononnya untuk menepis fitnah terhadap beliau.


Presiden Angkatan Generasi Melayu Muda (Agenda), Mohd. Zaidan Abdul Rahim berkata, penulis blog berkenaan dan penyokong tegar Pas sepatutnya berasa malu dan meminta maaf kepada Utusan Malaysia berhubung tuduhan mereka itu.

"Saya beli surat khabar Harakah hari ini dan hanya mampu tersenyum apabila melihat laporan muka depannya yang sama dengan Utusan Malaysia selepas mereka melakukan pelbagai tuduhan.

"Mereka sepatutnya malu dengan tuduhan itu dan meminta maaf kerana akhirnya tiada penafian oleh Nik Abdul Aziz sebaliknya kenyataan itu dikukuhkan lagi oleh Harakah," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Seekor Lembu Sedang Menerima Bantuan Kerajaan - Menurut Fatwa Terkini Nik Aziz

Pengerusi Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Gerakan Tukar), Kamarudin Kassim pula menasihatkan penyokong Pas agar tidak mengeluarkan sebarang tuduhan secara membuta tuli.

"Inilah namanya ibarat meludah ke langit, terkena batang hidung sendiri. Lain kali, jangan tuduh bukan-bukan sebab yang melebih-lebih hanya mereka, tetapi akhirnya akhbar yang sangat mereka sayangi telah memberi tamparan ke muka masing-masing," katanya dalam nada sinis.

Utusan Malaysia pada Khamis lalu melaporkan ucapan Nik Abdul Aziz yang menyamakan bantuan wang yang diberikan Kerajaan Pusat kepada rakyat sebagai 'memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu'.


Beliau dilaporkan berkata, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.

Laporan tersebut telah dipertikai beberapa blog propembangkang antaranya omakkau.blogspot.com, amenoworld.blogspot.com dan www.f8.com serta turut mendapat sambutan hangat di laman sosial Facebook.

Nik Abdul Aziz dalam reaksinya hanya dua hari selepas itu bagaimanapun tidak menafikan laporan Utusan Malaysia sebaliknya mempertahankan kenyataannya malah menuduh UMNO yang meletakkan taraf penerima bantaun wang seperti BR1M sebagai haiwan.

sumber : UTUSAN MALAYSIA



Ingatkan hanya Nik Aziz sahaja yang mengHAIWANkan penerima BR1M, rupa-rupanya ramai lagi pemimpin PAS yang turut sama mengHAIWANkan penerima BR1M. Salah seorang daripadanya ...


Ooooooooooooooo ... Haram ye Pak Sheikh!

Lu sebat wang BR1M kira halal la ...





Apapun rakyat perlu diperlihatkan sikap pembangkang yang sebenar. Serban, ketayap dan berjubah sebagai hiasan untuk mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah Taala.

Rakyat perlu mencabar Mursidul Am PAS ini mengambil tindakan saman dan mahkamah terhadap lidah rasmi parti itu sendiri, Harakah, yang secara jujur melaporkan kenyataan Nik Abdul Aziz menganggap penerima BR1M sebagai ayam.

Jika Utusan Malaysia dilaporkan sebagai memutar belit kenyataan Nik Aziz, maka tidak ada bezanya dengan Harakah, yang turut sama memutar belit kenyataan Mursidul Am PAS.

Emmmm ... Betullah tu sindiran pedas Tun Dr Mahathir ...







2 comments:

kitcai ping said...

Salaam Tuan... Mohon linkkan blog saya http://kitcaiping.blogspot.com/ saya dah linkkan blog tuan ke dalam blog saya... Terima kasih Tuan..

Anonymous said...

kihkihkih..kesian org pas bernati-matian bekap pok nik..padahal mmg btol pok nik ckp mcm tu..org pas yg sebok spin..last2 malu sendiri...hahahahahahaha......