Sunday, February 17, 2013






Penjelasan Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ismail Hashim hanya sekadar melaksanakan 'Gag Order' atau arahan Pengurus Besar, Othman Omar untuk terus menutup kepincangan projek Megalomania Datum Jelatek.

Datum Jelatek Tower Layout

Benarkah tidak ada sebarang penjualan 4 blok Datum Jelatek berlaku bagi Tower A, Tower B, Tower C dan Tower D seperti yang didakwa oleh Pengurus Perhubungan Awam PKNS ini?


Tampak Pengurus Besar PKNS, Othman Omar cukup berpuas hati dengan penjualan 'SOLD OUT' Tower A dan Tower C yang telah dibeli oleh warga asing secara pukal (en-bloc) di Marina Bay Sands, Singapura pada 4 hingga 7 Oktober 2012.

Sekaligus membenarkan dakwaan penduduk dan rakyat di sekitar kawasan Keramat, bahawa 50 peratus hartanah ini telah dimiliki oleh warga asing sejak dari Oktober 2012.


Senyuman terukir diwajah Othman Omar yang nyata cukup berpuas hati tersisihnya orang Melayu dari bumi Keramat, yang juga merupakan penduduk majoriti di kawasan ini.

Barangkali ... Barangkali rakyat masih skeptikal dengan gambar dan imej di atas ... Mustahil PKNS tidak tahu menahu mengenai sebarang transaksi penjualan hartanah ini kepada umum.



Bagaimana pula dengan informasi atau maklumat yang diperolehi dibawah ini, sekaligus menunjukkan memang benar dua blok telah dijual kepada warga asing di Singapura?


Tower A – 39 Levels (162 Units), Tower C – 35 Levels (186 Units) - SOLD EN BLOC

Read More, ERA FOCUS DIVISION



Persoalannya, mengapa perlu Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ismail Hashim berbohong kepada umum dan rakyat marhaen mengenai tidak berlaku sebarang penjualan 4 blok Datum Jelatek dengan pelbagai alasan yang remeh temeh.

Sampai bila Khalid Ibrahim dan Azmin Ali mahu terus menjadi Syaitan Bisu untuk menutup pembohongan ini kerana kedua-dua lahabau ini adalah Ahli Perbadanan sekaligus Pengarah dalam PKNS?




Rakyat marhaen perlu mengetahui pembabitan Azmin Ali secara langsung dalam projek Megalomania Datum Jelatek bernilai RM1.2 bilion ini.

Projek Megalomania ini secara halus telah menghalau sebahagian pengundi-pengundi Melayu Setiawangsa ke bahagian lain di Selangor.

Sumber dari Pejabat Menteri Besar Selangor mempunyai maklumat terperinci bagaimana Azmin Ali dan kuncu-kuncunya (termasuklah ADUN Hulu Kelang, Shaari Sungib) sebelum ini telah memperolehi komisyen cukup besar, termasuklah jumlah pembayaran komisyen, tarikh, penyata bank dan sebagainya.


Azmin Ali juga telah mencanang dalam kem PKR bahawa projek Megalomania Datum Jelatek ini bakal menjadikan beliau sebagai 'pemegang dana terbesar' untuk merampas kedudukan Menteri Besar Selangor dari Khalid Ibrahim. Ini adalah berita yang diterima dari sumber-sumber dalaman PKR sendiri.

Khalid Ibrahim juga bukanlah seorang ahli politik yang bodoh, walaupun tampak bodoh. Banyak mulut-mulut yang lebih besar ahli korporat disekelilingnya perlu disuap demi mengekalkan jawatan Menteri Besar Selangor.

Ditambah pula dengan beliau mempunyai maklumat terperinci termasuk jumlah pembayaran komisyen, tarikh, penyata bank dan sebagainya yang telah dimiliki oleh Azmin Ali.


Sebelum ditanam hidup-hidup dan dipulas tangan oleh Khalid Ibrahim, Azmin meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada 23 Jun 2010 selepas berlaku persengketaan dengan Othman Omar dan Khalid Ibrahim berhubung projek Megalomania Datum Jelatek.

Kerana itulah akhir-akhir ini Khalid Ibrahim secara bersendirian lebih banyak menjawab setiap persoalan mengenai Datum Jelatek, projek Megalomania mengusir secara halus orang Melayu dari bumi Keramat.

Azmin Ali cukup berpuas hati melihat Khalid Ibrahim terpaksa menahan sepak terajang rakyat marhaen bagi menepis dakwaan menjual tanah orang Melayu kepada warga asing.

Rakyat marhaen pun sudah sedia maklum, Khalid Ibrahim lebih banyak dilihat cukup gemar menjual aset-aset kerajaan negeri yang sebelum ini dibangunkan oleh Barisan Nasional sewaktu memegang tampuk pentadbiran.




Projek Megalomania Datum Jelatek adalah manifestasi sebenar pertelingkahan diantara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim, siapa perlu dan paling layak menduduki kerusi empuk Menteri Besar Selangor.

Rakyat marhaen perlu melihat penjualan aset-aset PKNS secara menggila ini adalah hasil percaturan Azmin Ali dan Khalid Ibrahim, siapa yang bakal menguasai 'pemegang dana terbesar'. Semakin besar dana, semakin mudah untuk membayar dan menyuap setiap mulut untuk bergelar Menteri Besar Selangor.

Amat malang ... dalam kerakusan kedua-dua lahabau ini mengejar kedudukan dan kuasa, yang menjadi mangsa adalah orang Melayu yang menduduki kawasan Keramat. Orang Melayu di Keramat inilah yang mengundi puak-puak lahabau ini pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu.

Orang Melayu perlu belajar dari kesilapan memberi undi kepada Parti Khianat Rakyat ini ...



0 comments: