Sunday, February 24, 2013

"Ketika pemimpin PAS bersama pemimpin PAS mereka kata kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam tetapi ketika bersama pemimpin PR berbeza pula...mereka kata boleh".





Umat Islam perlu bertanya kepada PAS ...

Mengapa sehingga ke hari ini parti itu TIDAK PERNAH MELAKUKAN DESAKAN agar Pakatan Rakyat untuk menarik balik ketetapan gabungan haram pada 8 Januari 2013 yang tetap berdegil mahu membenarkan pengunaan Kalimah Allah oleh penganut Kristian didalam Bible?



8 Januari 2013 - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan parti itu kekal dengan pendirian yang dibuat sebelum ini bahawa golongan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan terhadap Tuhan bagi Agama masing-masing.Beliau berkata demikian sewaktu sidang media di ibupejabat PKR yang turut dihadiri oleh Ketua Umum PKR Anwar Al Juburi, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS Mat Sabun.



13 Januari 2013 - Majlis Syura Ulama' PAS Pusat secara rasmi tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam mana-mana rujukan Agama Bukan Islam sebagai terjemahan mana-mana bentuk bahasa pengantara.

Read More, MAJLIS SYURA PAS KELDAI TUNGGANGAN PR



23 Januari 2013 - Ketua Pembangkang, Anwar Al Juburi menegaskan, perikatan pembangkang itu tetap dengan pendirian yang diputuskan oleh Majlis Pimpinan Presiden 8 Januari lalu bersabit isu penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.



PAS sebenarnya telah menoktahkan tetap mahu menjadikan pendirian bersama pada 8 Januari 2013 tanpa menunggu ketetapan oleh Majlis Syura Ulama.

Majlis Syura Ulama PAS dijadikan sebagai KELDAI TUNGGANGAN oleh Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim untuk melihat perkembangan isu kalimah Allah ini.

Ahli dan penyokong PAS diperbodohkan Hadi Awang dan Nik Aziz kononnya kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam, namun berlainan nada dan suara ketika bersama pemimpin PR.

PAS telah menoktahkan sejak dari awal lagi ... sejak dari tahun 2010 ... DEMI UNDI ... PAS sanggup menggadaikan kalimah Allah semata-mata untuk menyokong PKR dan DAP.

Mana dia DESAKAN PAS secara rasmi untuk menekan Pakatan Rakyat menarik kembali ketetapan bersama pada 8 Januari 2013 ?

Majlis Syura Ulama sekadar WAYANG KULIT bagi PAS untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah ... Umat Islam diperbodohkan lagi oleh PAS



2 comments:

Anonymous said...

Panas hati je ? keluar je la dari PAS tu ! dah tak betul , tunggu ape lg ? bla aje la !

Anonymous said...

Tak kan takut dengan perjanjian "Baiah" lagi. Lebih baik takut pada Allah daripada takut pada baiah.