Thursday, February 21, 2013

DATUM JELATEK hanya berkeluasan 5.5 hektar manakala WILAYAH ISKANDAR merangkumi sekurang-kurangnya 221,634 hektar tanah. Peluang perniagaan dan pekerjaan apa yang boleh dibangunkan pelabur ? ...




Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mempertahankan tindakan pihaknya menjual kondominium mewah projek Datum Jelatik pada harga lebih RM700,000 sebagai keperluan untuk menarik pelabur asing. Beliau turut membandingkan projek RM1.2 bilion itu di atas tapak rumah pangsa yang penghuninya 100 peratus Melayu kepada projek pembangunan Iskandar di Johor. Khalid menolak kebimbangan itu dan mengesahkan bahawa unit-unit kondominium dan ruang niaga di Datum Jelatek dibeli oleh pelabur Singapura. Khalid mendakwa projek Datum Jelatek harus dibandingkan dengan Wilayah Pembangunan Iskandar. “Adakah pembangunan Iskandar di Johor, akan berjaya jika bangunan-bangunan itu (tidak) dibeli oleh pelabur-pelabur Singapura dan luar negara?,” kata beliau. "Kalau Iskandar menjawab untuk menarik pelabur-pelabur, mempertingkatkan lagi kegunaan, sama juga sini (Datum Jelatek). Tapi Iskandar juga ada keseimbangan, ada tempat untuk rakyat Johor. Sama juga disini, Datum Jelatek. Jawapannya serupa dengan pembangunan Iskandar." - ANTARAPOS, 19 Februari 2013




Rakyat perlu meminta penjelasan paling terperinci dari Menteri Besar Selangor ini apabila berkata Projek Megalomania Datum Jelatek mampu menarik pelaburan luar justeru meningkatkan lagi peluang perniagaan dan pekerjaan di Keramat mahupun di kawasan sekitarnya.

Apa jenis pelaburan mahupun perniagaan yang mampu dijana dari kawasan hanya berkeluasan 5.5 hektar ini jika dibandingkan dengan Wilayah Iskandar, dengan jumlah keluasan sekurang-kurangnya 221,634 hektar tanah ?



Khalid Ibrahim jangan jadi bangang ...

1) Sudahkah kerajaan negeri Selangor mengisytiharkan syarikat mahupun perniagaan yang ditubuhkan / didirikan dikawasan seluas 5.5 hektar ini mendapat pengecualian cukai daripada cukai pendapatan untuk menarik pelaburan luar ?

2) Sudahkah kerajaan negeri Selangor mengisytiharkan pengecualian daripada cukai pegangan bagi pembayaran untuk perkhidmatan-perkhidmatan dan royalti kepada bukan pemastautin daripada permulaan operasi ?

3) Sudahkah kerajaan negeri Selangor mengisytiharkan pemaju yang diluluskan akan mendapat pengecualian cukai daripada cukai pendapatan ke atas pendapatan berkanun daripada pelupusan apa-apa hak atau tanah, sewa atau jualan bangunan-bangunan mahupun perkhidmatan ?

4) Sudahkah kerajaan negeri Selangor mengisytiharkan syarikat / perniagaan yang ditubuhkan / didirikan dikawasan seluas 5.5 hektar ini menikmati insentif-insentif seperti Pengecualian daripada peraturan-peraturan Jawatankuasa Pelaburan Asing (“FIC”) dan berbagai insentif-insentif lain bagi menarik pelaburan ?

Apabila Khalid Ibrahim mendakwa Datum Jelatek sama seperti Wilayah Iskandar ... Maka kerajaan negeri perlu mengisytiharkan kepada umum syarikat atau perniagaan yang ditubuhkan / didirikan di kawasan seluas 5.5 hektar ini juga akan menikmati syarikat berstatus Wilayah Iskandar.

Rakyat Selangor tidak mahu Menteri Besar yang bercakap seperti budak-budak ...




Khalid Ibrahim dinasihatkan jangan terus memperbodohkan rakyat di Keramat dan di Selangor mengenai Projek Megalomania Datum Jelatek ini yang hanya menawarkan hotel dan pusat membeli-belah.

Mengapa perlu dibandingkan dengan Wilayah Iskandar yang menawarkan kawasan perindustrian, pusat perniagaan, pusat pentadbiran, pusat peranginan, kawasan bebas cukai, pusat pendidikan dan berbagai lagi insentif untuk pelabur luar membuat pelaburan ?



Khalid Ibrahim jangan jadi bangang ...

Kerajaan negeri perlu menepati janjinya dan melaksanakan pembangunan semula kawasan perumahan kos rendah yang dijadualkan siap pada 2016 seperti yang dijamin oleh beliau sebelum ini.

Khalid Ibrahim pernah berjanji untuk membangunkan rumah mampu milik di atas tapak rumah pangsa itu sewaktu dirobohkan dua blok rumah pangsa dan dua blok lagi bangunan.

Ini yang mengakibatkan kemarahan penduduk di Keramat dan kawasan sekitarnya ...






Khalid Ibrahim jangan jadi bangang ...

Rakyat tidak pernah menolak pelaburan asing kerana ini akan menjanjikan peluang pekerjaan dan peluang perniagaan. Yang dipertikaikan oleh rakyat adalah mengapa kawasan ini yang dipilih, dengan keluasan 5.5 hektar, apa yang mampu dijana dari kawasan milikan penuh orang Melayu?

Rakyat marhaen cukup marah akibat dari projek Megalomania Datum Jelatek ini, lebih banyak tapak kediaman orang Melayu akan dirobohkan untuk mendirikan lebuhraya bagi menampung aliran trafik yang bakal bertambah sekiranya projek ini diteruskan.


Menurut perangkaan, sekiranya setiap lot parkir ini di isi penuh, sejumlah lebih dari 3 000 unit kereta akan menghuni setiap lot parkir. Tidak termasuk bagi sesebuah keluarga yang memiliki kenderaan melebihi dari jumlah tersebut dan melepasi kuota yang dibenarkan oleh pihak pemaju. Perangkaan ini mungkin tidak terlalu besar memandangkan bangunan ini mungkin mampu untuk menampung jumlah kenderaan dengan menyediakan lot parkir tambahan sebagai back-up plan. Tetapi ianya cukup besar bagi penduduk Lembah Keramat yang padat dan seringkali menghadapi kesukaran dalam menempuhi kesesakan lalu lintas lebih-lebih lagi pada waktu puncak.

Read More, KEMELUT DATUM JELATEK



Namun begitu ... Khalid Ibrahim sebenarnya telah membenarkan dan mengiyakan satu perkara yang telah dibohongi oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor terhadap rakyat dan penduduk Keramat khususnya ...



Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ismail Hashim berkata belum berlaku lagi proses penjualan Datum Jelatek 4 blok, bagi Tower A, Tower B, Tower C dan Tower D.

Khalid menolak kebimbangan itu dan mengesahkan bahawa unit-unit kondominium dan ruang niaga di Datum Jelatek dibeli oleh pelabur Singapura. - ANTARAPOS, 19 Februari 2013.



Khalid Ibrahim seharusnya memberi penjelasan yang paling tepat ... Siapa sebenarnya yang mendapat imbuhan dan komisyen tertinggi dari Projek Megalomania Datum Jelatek.

Anwar Ibrahim ? Azmin Ali ? ... atau Teresa Kok ?





1 comments:

Anonymous said...

ade pelabur.. pelabur hartanah jer lah.. tukang beli pastuh sewakan balik tak pun tunggu harga naik pastuh jual...


makin tak mampu laa RAKYAT MALAYSIA nak duduk tempat gitu..

aku cakap RAKYAT MALAYSIA.. bukan sekadar melayu jer..