Tuesday, December 20, 2011


Hassan Ali turut menjelaskan beliau ada bukti dan fakta bahawa terdapat ramai Penyokong PAS di peringkat akar umbi yang semakin ragu-ragu dengan perjuangan Parti.

Hassan Ali membuat penjelasan demikian dalam Sidang Media yang sedang berlangsung di rumah beliau hari ini.

Full Article ... click PAS PARTI TUAN HAJI ANWAR IBRAHIM



Gerakan Khalid Samad, Mahfuz Omar dan Mustafa Ali untuk menguburkan dan mentalqinkan mayat Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa masih belum cukup kuat.

Hasan Ali tidak akan melakukan sidang media mendedahkan kepincangan PAS melainkan beliau mempunyai sokongan padu dari akar umbi PAS Selangor yang masih lagi mengharapkan khidmatnya dalam parti.

GWM yakin sidang media ini bakal menguburkan slogan retorik Negara Berkebajikan yang sememangnya bukan matlamat asal perjuangan PAS.

Dikhabarkan juga golongan pro ulama yang membisu selama ini sudah berani dan lantang mempertikaikan konsep Negara Berkebajikan atas dasar mana-mana negara dan kerajaan pun melakukan kebajikan terhadap rakyat mereka.



Media Harakah semakin tertekan dengan suara lantang Nik Abduh menempelak kolumnis dan editor media tersebut yang memperbodohkan pembaca dengan karikatur lukisan dan menyentuh 'kekanda Nik Abduh', Nasharuddin Mat Isa.

Seronok menunggu pertembungan besar golongan pro ulama dan pro Tuan Haji Anwar Ibrahim ... puak mana yang bakal disembelih hidup-hidup sebelum pilihanraya umum nanti.


9 comments:

Anonymous said...

Umno lwn Pas >>>> Umno
Umno lwn PKR >>>> Umno
MCA lwn Pas >>>> Pas
Gerakan lwn Pas >>>> Pas
MIC lwn Pas >>>> Pas
MCA lwn DAP >>>> MCA
Gerakan lwn DAP >>>> Gerakan
MIC lwn DAP >>>> MIC

Anda cerbi !!!!

Lebai Malang said...

..puak-puak PAS baru sedar ke yang parti mereka ini telah lama dibeli oleh Tuan Hj Anuwar cuma belum tukar nama lagi..nama baru ialah PASDAP..PAS pula akan diberi peranan mengetuai sayap agama seperti peranan Dewan Ulamak PASDAP untuk tarik pengundi Melayu yg akan mengeluarkan bermacam-macam 'fatwa'.

Anonymous said...

Pas + PKR lwn DAP>>> DaPigs

Anonymous said...

Pas gadaikan agama...
demi nuar dan kafir harbi...

Pas perosak agama...

Anonymous said...

Pada 1998 bila Anwar dipecat Mahathir... Hassan Ali, bekas PTD, Pengarah BTN... bagaikan pelarian politik .. terutama ketika diktator Mahathir mula melakukkan tangkapan politik melalui ISA..

Hassan akhirnya berkata Allah memberi petunjuk untuk bersama perjuangan Islam melalui PAS...

Pada 2008 bila hasrat jadi MB tipis, suara hassan agak sumbang senada dengan tempo UMNO.... dan 2011 beliau seakan2 menyesali bersama PAS...

Pd saya, disaat2 gentir UMNO hari ini.... mereka sedang mencari setiap dahan untuk dipauti walaupun dahan yg dah reput.... jika hassan nyatakan untuk bersama UMNO sekali lagi.... ketika ini 'prospektif' kerjaya, ekonomi & kaca TV amat baik ...

Anonymous said...

salam moderator.
Terlebih dahulu saya mengharapkan kenyataan yg dibuat oleh hassan ali adalah benar, tetapi tidak lah pula sampai melalaikan umno dgn kenyataan manis yg seakan pro kerajaan pusat. perlu diINGAT bahawa pembangkang mempunyai pelbagai tipu muslihat di dalam menarik perhatian rakyat. dalam masa terdekat dgn keputusan MAHKAMAH si nuar aka 16sept penipu, pelbagai isu politik lain telah dibangkitkan iaitu
1. Isu pinjaman wang nfl
2. Isu pinjaman wang bank dunia
3. Isu sokongan hassan ali
Dr analisis ini dapatlah disimpulkan bahawa ianya sengaja di timbulkan bagi mengalih pandangan dan isu dalam kes si nuar ini dalam reverse saikologi yg putar alam si nuar. Wallahualambissawaf.....

Anonymous said...

Salam,

Ada benarnya kata-kata Hassan Ali. Penyokong dan penduukung PAS bukan seperti lembu yang dicucuk hidung. Bagaimanapun ada juga yang bagaikan kakak tua mengalunkan bunyi yang sama dengan idealisme pimpinan tanpa menjustifikasikan melalui fikrah.

Saya bersembang dan berbual dengan orang kampung, dan atas pagar. Kesimpulannya memang ada 'swing' terhadap pengaruh PAS di kawasan saya. Ramai mula mempersoalkan prinsip PAS dahulu dan kini.

Apa yang dibuat oleh Hassan ALi adalah permulaan ke arah krisis keyakinan ahli PAS.

Jika PAS ingin pengaruhnya dalam kalangan Melayu-Islam terjamin, Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul hadi wajar menyatakan pendiriannya tanpa segan atau berlapik terhadap DAP.

Barangkali, inilah juga sebab mengapa Nizar diwar-warkan akan bertanding di tempat lain, sebab DUN Pasir Panjang (kawasan saya sudah menunjukkan tanda-tanda menolaknya).

Naufall Adif said...

banyak isu yang ditimbulkan dan ini dilihat sebagai diversion dari isu sebenar. dap jugak tiba2 senyap seperti merancang sesuatu. apa2 pun harap umno tidak terus approach hasan ali, biarkan dia dengan pas dan masalah mereka

Nam Ron said...

hasan ali dilihat sebagai ikon seorang pemimpin yang kecewa...beliau seolah-olah pengemis jalanan yang singgah disebuah rumah...setelah tuan rumah melayan dengan memberi makan pakai yang sempurna, beliau ingin lari meninggalkan rumah dengan mengatakan tuan rumah tak elok dan sbg..dari air muka pun dah tau akhirnya beliau akan galas tong taik Umno...dari Umno beliau datang dari Umno jugalah beliau akan kembali....hasan ali kena belajar jadi pemimpin sebenar dari Lee Lam Thye...