Thursday, December 15, 2011

Ketua Pembangkang Daituk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan beliau akan didapati bersalah atas pertuduhan liwat yang dikenakan ke atasnya. Ianya bukan disebabkan beliau mengiyakan perlakukan tersebut, akan tetapi ianya adalah Konspirasi jahat bagi menghalang beliau menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional.




Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah telah menetapkan keputusan kes liwat Tuan Haji Anwar Ibrahim diumumkan pada 9 Januari 2012. Satu-satunya peluang Tuan Haji Anwar Ibrahim mahu melepaskan diri dari hukuman adalah melalui ceramah dan gerakan reformasi ke seluruh negara dengan membangkitkan kemarahan, bantahan dan demonstrasi oleh rakyat bagi menghalang laluan ke Penjara Sungai Buloh.

Tuan Haji Anwar Ibrahim sudah tahu beliau akan disabitkan kesalahan bukan atas dasar konspirasi, namun lebih kepada ketiadaan saksi alibi dan penafian terhadap kes tanpa mempertikaikan bukti rakaman cctv dan air mani beliau berada dalam dubur Saiful. Sememangnya beliau adalah peliwat dan meliwat Mohd Saiful Bukhari.



Kronologi kes sudah cukup membuktikan Tuan Haji Anwar Ibrahim dan barisan peguamnya mengelak, gagal dan tidak mahu menjawab soalan pertuduhan dari Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden.

TUAN HAJI ANWAR IBRAHIM MEMILIH UNTUK BERADA DALAM 'KANDANG TERTUDUH'
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah beri pilihan sama ada Tuan Haji Anwar Ibrahim memilih memberi keterangan dari i. KANDANG SAKSI (saksi perlu bersumpah dan terbuka untuk disoal balas oleh pihak pendakwaraya) ii. KANDANG TERTUDUH (saksi tidak perlu bersumpah dan tidak boleh disoal balas oleh pihak pendakwaraya) atau iii. BERDIAM DIRI (menyerahkan kepada kebijaksanaan mahkamah untuk membuat keputusan).

Tuan Haji Anwar Ibrahim telah memilih untuk memberi keterangan melalui KANDANG TERTUDUH. Walhal beliau berkata tuduhan Saiful adalah satu fitnah dan mendakwa mempunyai cukup bukti termasuk saksi alibi untuk membuktikan beliau tidak terlibat. Beliau tahu segala keterangan dan pengakuan dari KANDANG TERTUDUH tidak mempunyai nilai (value) dalam perbicaraan mahkamah.



TUAN HAJI ANWAR IBRAHIM MENGAKU BERSAMA SAIFUL DI TEMPAT KEJADIAN
Beliau mengaku ada bersama Saiful di tempat yang dituduh dalam mahkamah iaitu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, di antara 3.01 dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Tuan Haji Anwar Ibrahim turut bersetuju semasa membaca bersama keterangan Saiful (bekas pembantunya) membawa bahan pelincir (KY Jelly) semasa menemuinya pada tarikh, masa dan tempat kejadian Kedua-duanya berbual, minum kopi dan makan karipap selepas selesai melakukan adengan seks luar tabie. Tindakan Tuan Haji Anwar membaca semula keterangan Saiful di mahkamah, tanpa penafian dan menolak keterangan Saiful mengukuhkan lagi kredibel keterangan pengadu yang menjadi saksi utama kes liwat tersebut.



TUAN HAJI ANWAR IBRAHIM TIDAK MEMPUNYAI SAKSI ALIBI
Tuan Haji Anwar Ibrahim sebelum ini mengaku bahawa sekurang-kurangnya tiga individu adalah saksi alibi beliau, (i) Profesor Datuk Dr. Mohamad Ariff Abdul Kareem (bekas Pengarah Eksekutif MIER), dan pasangan suami isteri pemilik kondominium, (ii) Hassanuddin Abd. Hamid dan (iii) Noor Sham Abdul Hamid.

Begitu juga beliau mengaku mempunyai pengakuan saksi alibi dari pembantu rumah Hassanuddin, Fitria (kononnya gagal ditemui polis). Walhal seorang lagi pembantu rumah Hassanuddin, Suliati telah bersedia untuk dipanggil memberi keterangan sebagai saksi alibi. Barisan peguam Tuan Haji Anwar Ibrahim akhirnya telah menggugurkan Suliati sebagai saksi alibi pada saat akhir. Tuan Haji Anwar Ibrahim akhirnya menggugurkan kesemua saksi alibi termasuk yang telah disubpoena pada awalnya.



KETERANGAN SAKSI TUAN HAJI ANWAR IBRAHIM TIDAK ADA KREDIBILITI
Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden menolak keterangan saksi-saksi yang dikemukakan oleh barisan peguambela Tuan Haji Anwar Ibrahim, sebagai saksi yang tidak boleh dipercayai dan mempunyai kredibiliti.

Dr DAVID WELLS - keterangan saksi pada mulanya menyanggah berlakunya penetrasi kedalam dubur Saiful akhirnya ditolak apabila beliau mengaku berlakunya penetrasi pada rektum berikutan air mani Tuan Haji Anwar Ibrahim dikesan hasil dari sampel swab.

Dr BRIAN McDONALD - keterangan saksi bahawa beliau adalah pakar dalam DNA ditolak kerana beliau akhirnya mengaku tidak pernah mempunyai sebarang kelayakan, kepakaran dan latihan formal dalam bidang forensik DNA (Deoxyribonucleic Acid). Beliau bersetuju dengan ketahanan air mani Tuan Haji Anwar Ibrahim boleh bertahan dari 4 hingga 113 jam.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden telah membaca satu kes mahkamah (BROPHO vs THE STATE OF WESTERN AUSTRALIA) dimana Ketua Hakim Daerah Australia (District Chief Judge) Goetze, telah menolak beliau sebagai saksi mempunyai kredibiliti dan pakar dalam DNA dengan dua bukti:
i. Dr Brian McDonald hanya mempunyai asas pengetahuan tanpa kelayakan akademik dalam bidang genetik.
ii. Dr Brian McDonald tidak mempunyai kelayakan atau latihan dalam bidang genetik populasi.

NAJWAN HILMI - keterangan beliau bersifat meragukan dan berunsurkan penipuan. Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden membacakan kembali keterangan beliau yang jelas menunjukkan saksi tidak mempunyai kredibiliti.

DR OSMAN - keterangan beliau terlalu banyak bercanggah dan tidak selari dengan keterangan yang dibuat oleh Saiful. Malah Dr Osman telah menokok tambah ke atas laporan perubatan yang telah dilakukan.

Dr THOMAS HOOGLAND - keterangan beliau mengatakan Tuan Haji Anwar Ibrahim tidak mampu membongkokkan badan telah dibuktikan dengan rakaman cctv dengan rakaman CCTV, Tuan Haji Anwar Ibrahim jelas dan mampu membongkokkan badannya dan mengambil briefcase. Keterangan Hoogland beliau pernah melakukan melakukan pemeriksaan tulang belakang sekali sahaja pada tahun 2005 tidak menjamin Tuan Haji Anwar Ibrahim tidak mampu membongkokkan badan dan meliwat.

Selaku pakar tulang belakang yang professional, pemeriksaan tulang belakang sepatutnya dilakukan berulang kali (continuously). Dr Hoogland tidak mampu memberi rekod pemeriksaan yang dilakukan secara berterusan.



GERAKAN DAN HASUTAN UNTUK RAKYAT MEMBERONTAK
Selepas pengumuman oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini, Tuan Haji Anwar Ibrahim sudah merancang untuk mengadakan ceramah ke seluruh negara sehingga 8 Januari 2012.

Tuan Haji Anwar Ibrahim akan mula menyebarkan fitnah dan tohmahan bahawa keputusan mahkamah hari ini adalah konspirasi terhadap beliau, konspirasi yang dilakukan oleh Barisan Nasional, konspirasi yang dilakukan oleh DS Najib, campurtangan politik dalam hakim memberikan keputusan terhadapnya.

Ini adalah masa yang terbaik untuk mengheret rakyat kembali ke kancah gerakan reformasi tahun 1998. Gerakan demonstrasi jalanan besar-besaran bakal dilakukan apabila keputusan mahkamah dimaklumkan kepada umum.

Golongan muda dan atas pagar adalah sasaran terbaik Tuan Haji Anwar Ibrahim. Golongan dewasa dan berumur sudah diberitakan awal-awal lagi menolak gerakan demonstrasi yang bakal diadakan selepas 9 Januari 2012.



Anehnya, Tuan Haji Anwar Ibrahim dan barisan peguam gagal mempertikaikan dan menolak bukti air mani beliau berada dalam dubur (rektum) Saiful.

Mahkamah telah memberi ruang dan peluang kepada Tuan Haji Anwar Ibrahim dan barisan peguamnya untuk membela diri dan menangguhkan kes liwat hampir 60 kali.

Mahkamah juga telah memberi peluang kepada Tuan Haji Anwar Ibrahim dan barisan peguamnya untuk menolak dan menggugurkan Hakim beserta Pendakwaraya berulangkali.

Karpal Singh terpaksa melakukan 'manouvre' terakhir sehingga membuat kenyataan berlakunya seks luar tabi'e dan menyalahkan Saiful atas dasar liwat 'Suka sama Suka'.

Masih wujudkah KONSPIRASI jika segala bukti, kenyataan, keterangan di atas berlaku ...



5 comments:

Anonymous said...

Sudah-sudahlah THj Anwar,bukti sahih dah ada,peluang membela diri sehingga 60 kali tertangguh dan mengambil masa dekat 3 tahun perbicaraan,balik2 alasan konspirasi,dah 13 tahun nada dan lagu yang sama,naik meluat aku dengar......taubatlah wahai THj Anwar,hentikanlah sandiwara bodoh ini,cerminkan diri dulu,kawan2 dah lama lari....kena kencing banyak sangat,selagi pintu taubat terbuka,cepat2 kembali ke pangkal jalan,minta ampun kepada Allah,sebelum malaikat Izrael datang cabut nyawa THj Anwar,ambil iktibar kesah2 firaun yang mati dalam kehinaan dan seksaan yang amat pedih.ketahuilah janji Allah adalah benar.


Mohammad

Anonymous said...

biar mati di atas dubor jangan mati didalam kubur..hehehe

TAKNAKanwar said...

apsal nak refer dia sebagai tuan haji.
tak layar tak mabrur.

Anonymous said...

Cikgu"S" said

Sebenarnya kamu dah tak ada apa-apa lagi nak di perjuangkan.Kesilapan besar kamu ialah menyundul jubor jantan.Tuhan membalas apa yang kamu lakukan itu dengan keaipan besar yang kamu lului sekarang ini.Itu hanya balasan yang amat kecil Tuhan tunjukkan di hujung kehidupan kamu ini.Azab yang sebenar lebih hebat sedang menanti kamu di pintu neraka.
Sementelah masih ada saki-baki kehidupan ini,bertaubatlah wahai Lebai Nuar bin Ibrahim.Semoga Tuan Lebai diampuni Allah.
Cuba Tuan Lebai Anuar Ibrahim lihat cermin.Amatilah wajah kedut dan kusam anda.Ternyata garis-garis dosa mewarnai raut wajah anda.Tak takut kah dengan jasad yang akan trbujur kaku,dibalut dengan kain kafan putih,di usung dalam keranda ke kubur,ditanam dalam liang lahad,dikambus kemudian ditinggalkan sorang diri dalam keadan gelap,panas,sempit dan menggelupur untuk melepaskan diri.Pada masa itu dimana kawan,sahabat dan penyokong refomasi?

dinturtle said...

salam tuan, saya tak jumpa emel tuan, mohon kirimkan ke dinturtle@hotmail.com ya