Saturday, December 31, 2011






Tiga belas anggota PKR Kelantan ditahan polis di dua lokasi berlainan di negeri itu semalam kerana mengedar dan memilik risalah berkaitan kronologi perbicaraan Liwat II terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tujuh daripada mereka, termasuk ketua penerangan PKR Kelantan Roslan Puteh, ditahan di Tanah Merah ketika sedang mengedar risalah tersebut di sebuah pasar di situ pada kira-kira jam 3 petang.

Manakala enam lagi, antaranya ketua AMK negeri Mohd Azihan Che Seman, ditahan di satu sekatan jalan raya di Kuala Krai pada kira-kira 5.30 petang kerana memilik risalah tersebut dalam kenderaan yang mereka naiki.

Ketika dihubungi semalam, Mohd Azihan berkata, pengedaran risalah tersebut adalah sebahagian daripada kempen mengajak rakyat menghadiri siri jelajah ceramah Anwar di Padang Majlis Daerah Machang pada 5 Januari ini sebelum keputusan perbicaraannya diumumkan pada 9 Januari ini. - MALAYSIAKINI, 31 Disember 2011.



Tuan Haji Anwar Ibrahim semakin terdesak kali ini. Gerakan Mahasiswa Robot semakin lesu dan tepu. Rahsia acara mahu mengangkat sumpah 8 Januari 2012 telah dibocorkan para blogger pro kerajaan. Nah ... sekarang diedarkan risalah kronologi kes liwat 'suka sama suka' beliau untuk melepaskan tengkuk, pun sudah dirampas pihak berkuasa.


Blogger GAP baru melaporkan anasir-anasir Tuan Haji Anwar Ibrahim mahu memperorak-perandakan lagi minggu santai rakyat bersama keluarga bakal berlaku malam ini di Dataran Merdeka.


Klik MAHASISWA ROBOT IMAM MAHDI untuk penjelasan lanjut.



Don't give up Tuan Haji Anwar Ibrahim ... pintu penjara Sungai Buloh hanya menanti untuk dibuka bagi menyambut Perdana Menteri yang bakal ditabalkan.



1 comments:

Anonymous said...

OP Redah apa ke bendanya?

Kes ini antara Anwar Ibrahim dan Saiful..

Its personal..tak ada kena mengena dengan Kerajaan.

Mengapa pula rakyat diheret dalam kancah peribadi dia?

Muak dengan gelagat Anwar Ibrahim ni dan pengikut2 bodoh dia.