EKSKLUSIF ... Tengku Razaleigh Bakal 'PERDANA MENTERI SEMENTARA' ... Awas DS Najib!
Mungkin ada yang membayangkan artikel ini sebagai tidak mempunyai asas (basis) yang perlu dititikberatkan. Hanya sekadar isu yang perlu dianggap remeh temeh. Bukankah parti UMNO mempunyai lebih dari 3 juta ahli? Mengapa perlu dirisaukan dengan satu artikel ini?
Sebelum ini, GWM telah menyiarkan artikel mengenai strategi terancang Pakatan Haram untuk melepaskan tengkuk Tuan Haji Anwar Ibrahim untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri Ke-7 ... click PERDANA MENTERI RESORT SUNGAI BULOH.
Ada sesuatu yang menarik perhatian GWM berkenaan artikel ini. Barangkali ada ahli UMNO (bukan orang UMNO) yang akan mentertawakan keyakinan tinggi Apek Guan Eng terus mempertahankan dan menyokong Tuan Haji Anwar Ibrahim untuk ditabalkan sebagai Perdana Menteri Ke-7.
Gila ke Apek Guan Eng ni, sudah mahu dihumban ke Sungai Buloh masih lagi mahu diangkat sebagai Perdana Menteri?
Ini yang gagal dilihat oleh ahli UMNO maksud tersirat keyakinan tinggi Apek Guan Eng terhadap Tuan Haji Anwar Ibrahim, Prime Minisiter In The Making!
Disinilah bermulanya faktor Tengku Razaleigh (Ku Li) dalam merencanakan pertabalan Tuan Haji Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-7 ...
GWM pernah menyebut dalam artikel lalu bahawa GWM mempunyai beberapa sahabat dari seberang sana (informer) yang bakal menyeberang kembali ke dalam UMNO.
Dan GWM cukup yakin masih ramai dikalangan ahli UMNO belum mengetahui sudah beberapa kali Pakatan Haram secara rasmi mahu menyunting Ku Li sebagai Ketua Pembangkang, jika ditakdirkan Tuan Haji Anwar Ibrahim selamat bersemadi di Resort Sungai Buloh.
Mustahil Ku Li akan berpaling tadah dan mengetuai gerombolan Pakatan Haram menjelang pilihanraya umum kelak. Ku Li adalah totok UMNO, Ku Li sentiasa setia pada UMNO. Aisey Bro ... dalam politik tiada yang mustahil, nothing is impossible! Masih ingat lagi bagaimana UMNO diharamkan!
Sekiranya Ku Li menerima cadangan untuk menerajui Pakatan Haram dan jika ditakdirkan Pakatan Haram memenangi pilihanraya umum ke-13, Ku Li bakal dinobatkan sebagai Perdana Menteri 'Sementara Baru' Malaysia ... sehinggalah Tuan Haji Anwar Ibrahim dibebaskan.
Benar, Tuan Haji Anwar Ibrahim perlu menunggu sehingga 5 tahun untuk kembali bergelar ahli Parlimen setelah dipenjarakan. Penjenayah tidak boleh memegang sebarang jawatan politik sehingga tamat tempoh 5 tahun tersebut.
Dalam senario Pakatan Haram memerintah negara, siapa berani menidakkan gerombolan ini tidak boleh melakukan dan mempercepatkan pilihanraya umum ke-14?
Kerana itulah Apek Guan Eng mempunyai keyakinan yang amat tinggi terhadap Tuan Haji Anwar Ibrahim bakal menjawat jawatan Perdana Menteri Ke-7. Gerombolan Pakatan Haram amat pantas dalam tindakan 'political survival' mereka.
Menurut sumber 'informer' GWM, Jawatankuasa Strategik Pilihanraya PKR telah mengira jumlah kejatuhan peratusan undi masyarakat Cina sejak dari kerajaan BN dibawah tampuk pemerintahan Tun Dr Mahathir.
Dari jumlah 30 peratus turun kepada 20 peratus pada tahun 2008. Sewaktu beberapa pilihanraya kecil diadakan dalam tempoh setahun yang lalu, jumlah peratusan undi masyarakat Cina jatuh lagi dibawah 20 peratus. Nyata peratusan undi masyarakat Cina semakin mengecil.
Benar seperti kata Tun Dr Mahathir, apa yang penting adalah mendapatkan undi majoriti dari orang Melayu. Sokongan dan undi orang Melayu yang bakal menentukan kemenangan BN dan UMNO khususnya.
Memang benar kerana mengikut statistik jumlah penduduk di Malaysia, jumlah penduduk berketurunan Melayu akan mencecah 70 peratus dari jumlah keseluruhan penduduk di Malaysia, pada tahun 2018. Sokongan dan undi orang Melayu yang bakal menentukan kemenangan BN dan UMNO bagi pilihanraya yang bakal diadakan 10 ke 40 tahun lagi.
Sebaik-baiknya, biarlah pilihanraya umum diadakan pada penghujung 2012 atau pada tahun 2013, jika BN benar-benar serius mahu mendapat majoriti 2/3. Terlalu banyak 'damage control' yang perlu dilakukan oleh pentadbiran DS Najib.
Perlu diingat, 70 peratus pengundi tegar sudah menetapkan parti mana yang bakal dipilih pada pilihanraya umum ke-13. Tinggal lagi 30 peratus lagi pengundi yang perlu dicekup habis-habisan oleh BN ... Pengundi Atas Pagar!
Pssst ... ada mana-mana ahli UMNO yang hadir di pada persidangan kali ini nampak kelibat Tengku Razaleigh? GWM tak nampak pun ...
3 comments:
Gambar Apex Bersama Awex Tayang Buah Dada @ http://mamakpedukang.blogspot.com/
HAHAHA ... MAMAK PEDUKANG YEK!
TR ..orang bercita cita menduduki tahta PM dari dulu lagi.....hajat yang tak kesampaian.
Post a Comment