Thursday, December 15, 2011

Datuk Dr Hasan Mohd Ali berkata beliau sudah lama bersedia untuk menerima berita digugurkan atau tidak diletakkan sebagai calon parti Pas pada pilihanraya umum nanti.

Dalam nada sinis, Hasan Ali berkata beliau tidak memerlukan pengiktirafan dari parti mahupun presiden untuk melaksanakan cita-cita besarnya dan bersedia menggalas tugas tersebut selagi beliau diperlukan oleh masyarakat.

Beliau yang diminta mengulas kontroversi pengguguran daripada menjadi calon Pas berkata beliau tidak pernah dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh pimpinan tertinggi parti dan berlapang dada dengan keputusan parti Pas.



Buat pertama kalinya bekas Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa mengkritik kepimpinan Parti secara terbuka setelah sekian lama bersabar diherdik, difitnah dan dicaci maki musuh dalam selimut PAS. Ustaz Nasha dalam kenyataannya memberi amaran kepada segelintir Pemimpin PAS Pusat yang cuba membelakangi keputusan yang dibuat Presiden Parti berkenaan soal calon.

Malah Ustaz Nasha telah menghubungi Dato' Hasan Ali memberi sokongan tidak berbelah bagi atas perjuangannya menegakkan syiar Islam sepertimana yang termaktub dalam Perjuangan PAS. Ahli Parlimen Bachok itu juga sempat memerli senario dalam Kepimpinan PAS yang kini dikuasai puak Pro Sekular.

Senario beberapa hari kebelakangan ini mewujudkan persepsi baru terhadap PAS. Dulu banyak pihak, terutama rakan media kata cukup susah nak dapatkan maklumat mengenai PAS sebab yang bercakap biasanya cuma presiden atau setiausaha agung,” katanya lagi


sumber : portal KLPOS & blog GELOMBANG RAKYAT

1 comments:

Anonymous said...

apakah sikap ego ananiyyah menular dalam diri sesudah terangkat menjadi YB?

ingatlah... aku tiada apa2... kepentingan jemaah diutamakan... aku terangkat kerana dokongan jemaah .. bukan undi umno!