Wednesday, December 14, 2011



Apa lagi gelaran yang masih belum ditabalkan oleh puak-puak PAS kepada Nik Aziz? ... Setaraf Nabi, Bertaraf Keramat, Tuan Guru, Tok Guru ... nasib baik bukan Tok Garu!

Gelaran yang diberikan hanya sekadar mahu menaikkan imej politik Nik Aziz dimata rakyat Kelantan, tidak lebih dari itu.


Sudah menjadi lumrah bagi puak-puak PAS memberi berbagai gelaran kepada pemimpin mereka yang berkenaan dan yang perlu diangkat setinggi langit, tidak terkecuali juga Nik Aziz.

Siapa yang memandai-mandai mentabalkan gelaran dan status 'Tuan Guru' kepada Nik Aziz? Sejauhmana gelaran 'Tuan Guru' mampu melonjakkan imej individu dalam politik?



Lazimnya, gelaran 'Tuan Guru' diberikan kepada mereka yang menjadi ketua kepada pusat pengajian pondok. Nik Aziz tidak pernah menjadi ketua kepada tenaga pengajar pusat pengajian pondok walaupun beliau tinggal dalam kawasan pusat pengajian pondok yang diasaskan oleh ayahnya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar.

Status 'Tuan Guru' yang dinikmati Nik Aziz hanya diberikan setelah beliau dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan. Ini adalah fakta ... fullstop!

Status 'Tuan Guru' asalnya diberikan kepada Presiden PAS, Hadi Awang yang memiliki pusat pengajian pondok di Marang, Terengganu. Arwah Ustaz Fadzil Noor sekalipun tidak pernah diiktiraf dan diberikan taraf  'Tuan Guru' oleh 'Parti Anjakan' Syurga ini. 

Nik Aziz hanya bergelar 'Ustaz' dan pernah mengajar sekolah buta huruf (sekolah untuk celik-hurufkan orang-orang dewasa) yang terletak dibawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Bertanding atas tiket PAShit bagi kawasan Parlimen Kota Bharu Pantai/Hilir (kini dikenali sebagai Pengkalan Chepa) atas apabila diadakan pilihanraya kecil berikutan kematian wakil rakyat kawasan berkenaan pada tahun 1967.

Status 'Tuan Guru' yang dinikmati hanya bertujuan untuk melonjakkan imej politik Nik Aziz. Nik Aziz tidak pernah memiliki dan membuka mana-mana sekolah pondok di Kelantan. Tanyalah mana-mana penduduk di Kelantan, mana dia sekolah pondok kepunyaan Nik Aziz?

Doktrin 'Tuan Guru' dimulakan dan dipelopori oleh seorang manusia bernama Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah. Siapa beliau?



Wan Abdul Rahim adalah ahli Parlimen Kota Bharu pada ketika itu juga merupakan Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan merangkap Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan. Doktrin 'Tuan Guru' diberikan kepada Nik Aziz agar Kerajaan PAS Kelantan nampak lebih Islamik!

Status 'Tuan Guru' ini cukup penting dari sudut keperluan malah kepentingan politik jumud PAS yang mahu mewujudkan pemerintahan secara Islam dengan slogan retorik 'Membangun Bersama Islam' setelah merampas pemerintahan Kelantan dari Barisan Nasional/UMNO.

Setelah beliau dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Wan Abdul Rahim secara rasmi telah meng'gazette'kan status 'Tuan Guru' sebagai gelaran rasmi Nik Aziz yang bergelar Menteri Besar Kelantan.

Aktivis PAS tegar ini bukannya mempunyai latarbelakangkan pendidikan agama, apatah lagi bertaraf ilmuan Islam. Sebaliknya Wan Abdul Rahim adalah seorang ahli politik yang mendapat pendidikan tinggi sekular.

Malang kerana semakin ramai 'ahli-ahli syurga' PAS sudah didoktrinasikan benak pemikiran dengan gelaran wahid hasil kerja seorang ahli politik yang mendapat pendidikan tinggi sekular.

Apa lagi gelaran yang perlu diberikan kepada Nik Aziz selepas ini untuk melonjakkan kembali nama beliau ... pilihanraya umum sudah semakin hampir. Bapa Islam Malaysia barangkali ...


5 comments:

Anonymous said...

Sesat

Anonymous said...

Sesat

Nam Ron said...

apa korang jaki pasal PM korang tak ada title Tuan Guru ke?..kahkahkah!..mulai sekarang boleh panggil Tuan Guru Haji Najib Al-Marlboro....kahkahkah!..sebab dia dapat haji marlboro bukan haji mabrur!...kahkahakh!!!!ahakkkk!!!nak muntah aku...kahkahkah!!!

Unknown said...

kesian.. xkenal tok guru pastu duk meroyan.. ape susah panggil najib n ko bg dye title al fadil tuan guru haji najib bin razak. bodoh la ko ni

Unknown said...

kesian.. xkenal tok guru pastu duk meroyan.. ape susah panggil najib n ko bg dye title al fadil tuan guru haji najib bin razak. bodoh la ko ni