Saturday, December 3, 2011


YAB Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat yang didakwa oleh mereka yang rapat dengannya sebagai menghidapi barah prostat akan tidak lagi menjadi Menteri Besar Kelantan jika PAS masih mengekalkan pegangannya di negeri pantai timur itu selepas Pilihanraya Umum ke 13.

Bagaimanapun Nik Aziz akan kekal bertanding di DUN Chempaka manakala anaknya, Nik Mohd Abduh akan bertanding kerusi Parlimen Pengkalan Chepa. Menantu Nik Aziz pula, Abdul Ariffahmi Ab Rahman di katakan akan dicalonkan bertanding salah satu kerusi DUN di bawah Parlimen Machang.

Usaha keras Nik Abduh dan Ariffahmi dikatakan mula menampakkan hasil setelah berjaya meletakkan orang-orang mereka dalam hieraki Perhubungan Negeri setelah Muktamar PAS Jun 2011 lalu.

Demikian maklumat yang diberikan oleh orang kanan PAS Kelantan kepada seorang ahli politik terkemuka negeri itu.

Sementara itu, hari ini juga DetikPerubahan.Com memetik Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, iaitu Mohd Amar Abdullah sebagai berkata bahawa Nik Aziz sudah bersetuju dengan senarai calon yang disiapkan oleh Perhubungan Negeri.

Mohd Amar juga mengesahkan bahawa senarai itu sudah diserahkan kepada PAS Pusat.

Antara perubahan yang dikatakan berlaku ialah Ahli Parlimen Kubang Kerian, Sallahuddin Ayub akan kehilangan kubunya di Parlimen Kubang Kerian yang akan diambil oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Kubang Kerian iaitu Husam Musa.

Antara nama besar lain yang turut digugurkan ialah Bekas Timbalan Menteri Besar, Halim Abdul Rahman untuk memberi laluan kepada anak Nik Aziz. Timbalan Menteri Besar sekarang, Ahmad Yaacob yang bergelumang dengan isu Ladang Rakyat dan Air Kelantan Sdn Bhd turut tergugur.

Sementara itu, Takiyuddin Hassan turut akan menerima nasib yang sama seperti Husam apabila dipindahkan dari DUN Bunut Payung untuk bertanding di Parlimen Kota Bharu.

Kamarudin Jaffar, Ahli Parlimen PAS Tumpat sejak 1999 pula akan dipindahkan untuk bertanding DUN Pengkalan Kubur untuk menentang Noor Zahidi Omar, Setiausaha UMNO Kelantan. Zahidi merupakan ADUN Pengkalan Kubur sejak 2004.

Sekiranya Kamarudin Jaffar berjaya di Pengkalan Kubur dan PAS berjaya mengekalkan kuasanya di Kelantan, beliau akan di lantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Mohd Amar, yang kini exco Kerajaan Negeri sejak 2004 akan di lantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru menggantikan Nik Abdul Aziz.

Mohd Amar dikatakan menjadi pilihan Nik Aziz setelah beliau berkali-kali membuktikan sebagai pemimpin yang bersedia berhadapan dengan krisis dan tidak seperti calon pilihan Nik Aziz sebelum ini, Husam Musa yang suka mengamalkan politik kura-kura.




Husam terkenal dengan strategi menyembunyikan diri setiap kali krisis timbul dan tidak seperti Mohd Amar.

sumber informasi terbaik : click SYEIKH KICKDEFELLA



Wah ... Nik Aziz Nik Mat, Nik Mohd Abduh Nik Aziz & Abdul Ariffahmi Ab Rahman. Ni betul punya amalan kroni PAShit Kelantan.

Pssst ... Husam Musa sudah ada China Doll? Hebat Lu Bro ...


4 comments:

Anonymous said...

Kata BN kroni. PAS pun dah pandai kroni? Ada jugak yang brecita-cita nak jadi Menteri Kabinet.

Blog Mamak Pedukang said...

REEZAL MERICAN TIDAK AKAN BERTANDING?!!! @ http://mamakpedukang.blogspot.com/

Anonymous said...

pantun org kelate: buoh duye, buoh setto,
kato kokre, keno ko kito......ITULAH YG PAS DAPAT SEJAK PENUBUHANNYA HINGGA KINI, ISLE KORRO DIO...

Anonymous said...

pantun org kelate: buoh duye, buoh setto,
kato kokre, keno ko kito......ITULAH YG PAS DAPAT SEJAK PENUBUHANNYA HINGGA KINI, ISLE KORRO DIO...