Maklumat yang baru di terima daripada sumber dalaman pejabat Negeri Selangor mendedahkan satu butiran terperinci akan KERAKUSAN Kerajaan Pakatan PAS,DAP dan PKR yang di ketuai oleh Khalid Gagap dalam mengaut hasil Rakyat Selangor.
Untuk makluman semua Pada waktu ini setiap Ahli Majlis PBT di bayar Gaji berserta Elaun dan Kos sampingan sebanyak RM 100 Ribu Setahun!
Terdapat 8 PBT di Selangor yang mana setiap PBT di anggotai oleh 22 Ahli Majlis! Dengan Pendapatan Rm100 Ribu setahun bagi Ahli Majlis PBT maka menjadikan jumlah keseluruhan Wang Rakyat Selangor yang di gunakan untuk membayar gaji Ahli Majlis PBT ini RM 17 Juta 600 Ribu!
Jumlah ini merupakan sekali ganda daripada Gaji yang di bayar kepada Ahli Majlis PBT Sewaktu Kerajaan Barisan Nasional Mentadbir.
Adalah Jelas di sini bahawa Kerakusan pihak Kerajaan Pakatan DAP,PAS dan PKR dalam mengaut Wang Rakyat Selangor semakin menjadi jadi. Tidak cukup dengan Wang Songlap Hasil Pasir yang di korek, ini pula di tambah oleh mereka!
Kita desak agar pihak Khalid Gagap Menteri Besar Selangor menjelaskan mengapa di peruntukkan sebegitu banyak Wang Rakyat Selangor dalam membayar Ahli Majlis PBT itu! Apakah bayaran sebanyak RM 100 Ribu setiap orang Ahli Majlis itu berpatutan dengan tugas mereka?
Harap Rakyat Selangor sedar hal ini! Penasihat Keewangan Selangor Anwar Ibrahim perancang Kerakusan Mengaut Wang Rakyat Selangor!
WHO IN THE BLUE HELL IS NAZIR RAZAK
Posted by
Melayu Atas Pagar
|

Jika mengikut tafsir Dewan Bahasa dan Pustaka bastard bermaksud anak haram atau bajingan. Bastardisation boleh ditafsirkan dipernyataan-haramkan atau pernyataan yang diselewengkan.
Mengapa Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group dan adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak begitu biadab sekali melabelkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai bastardisation.
Beliau cukup tidak adil apabila dilihat sebagai menentang dasar DEB pada Kongres Ekonomi Cina setelah 50 tahun dasar ini menjadi penggerak kepada proses pembangunan orang Melayu untuk mencapai ekuiti 30% kuota dalam kek ekonomi dari segi infrastruktur, pendidikan, kesihatan dan sosio ekonomi.
Walhal Allahyarham Tun Abdul Razak, bapa beliau, adalah pengasas DEB yang dilancarkan pada 1971 sebagai jawapan kepada ketidakseimbangan sosio ekonomi antara kaum malah sebagai pelan tindakan afirmatif (affirmative action plan) yang disediakan khas untuk Orang Melayu dan Bumiputera bertepatan dengan hak hak istimewa (Artikel 153) yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Begitu mudah bagi insan bernama Nazir Tun Abdul Razak yang lahir hasil dari produk DEB, anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke 2, mendapat peluang keemasan menjadi investment banker dan melakukan kerja Corporate Advisory untuk CIMB sehinggalah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif CIMB, merendahkan martabat DEB semata mata untuk menjaga hati bangsa yang tidak mengenang budi ini.
Tidak salah jika insan yang bernama Nazir Tun Razak ini dikatakan sebagai pengkhianat dan tidak mengenang budi pengasas DEB itu sendiri, Allahyarham Tun Abdul Razak.

Beliau perlu mencermin kembali dirinya, ingat kembali apa yang diucapkannya pada Kongres Ekonomi Cina, kerana secara tidak langsung beliau telah mencabar arkitek dan penggerak DEB ayahanda beliau Allahyarham Tun Abdul Razak.
Sepatutnya beliau lebih matang dalam membicarakan hal sebegini dari bertengkar dan mencanai DEB dari perspektif yang begitu sempit kerana pendirian beliau sebagai seorang Melayu Liberal.
Yang pasti nya, sudahlah orang Melayu yang semakin skeptikal dengan dasar Model Ekonomi Baru (MEB) hasil ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, ditambah lagi dengan pandangan bajingan beliau mengenai DEB, maka Kerajaan atau UMNO kini semakin kehilangan sokongan dari orang Melayu secara perlahan lahan dan secara tidak sedar.
Apakah beliau tidak malu apabila Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa cukup menentang dan mengutuk sekeras kerasnya perbuatan bangsa yang tidak mengenang budi ini untuk menghapuskan ekuiti 30% kuota Bumiputera.

Timbalan Presiden PAS ini sudah nampak betapa bajingannya bangsa yang tidak mengenang budi ini dalam menghapuskan hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dan dalam pada masa yang sama parti PAS sudah menang dari segi moral kerana dilihat bertindak memperjuangkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
Malang sekali insan yang bernama Nazir Tun Abdul Razak, seperti kata hikmat Tun Dr Mahathir bahawa Melayu Mudah Lupa, bahawa DEB yang telah memberikan tongkat dan jambatan kesenangan kepada beliau.
Jangan kerana beliau sudah tidak lagi memerlukan tongkat dan jambatan itu, beliau telah membakar tongkat dan jambatan kerana masih ramai orang Melayu yang memerlukan tongkat dan jambatan untuk dijadikan tempat bergantung.
Beliau secara tidak sedar telah meletakkan sebutir peluru di kepala abangnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak jika itulah kemahuan beliau untuk menamatkan karier dan riwayat politik abangnya dengan kadar segera.
Jika tidak kerana DEB … who in the blue hell is Nazir Razak !!!
MELAYU ATAS PAGAR


