Saturday, August 14, 2010


Siri keempat menceritakan maksud unsur tenaga (energy), mengapa, bagaimana dan hubungkait sesuatu unsur tenaga dengan struktur binaan dan bangunan (architecture) sehingga tercetusnya unsur tenaga positif dan negatif di persekitaran kita. Dan hubungkaitnya dengan tajuk besar di atas.

Struktur bangunan seperti masjid yang berbentuk segi lapan (octagon pillars) dan berkubah (dome) dibina sebegitu unik sebenarnya bertujuan untuk mengalirkan tenaga positif hasil dari aktiviti aktiviti spiritual yang positif yang dilakukan di dalam masjid (solat, zikir, taddarus, etc).

Pyramid juga dibuat dalam keadaan sama seperti masjid didirikan, berdasarkan keupayaannya mengalirkan tenaga tenaga di persekitaran dan juga bergantung kepada jenis aktiviti aktiviti yang dilakukan di dalamnya.

Apakah persamaan dari segi rekabentuk di antara bentuk binaan masjid dan juga struktur seperti pyramid? Kedua dua struktur ini adalah struktur yang paling kuat di dunia dan mampu menyalurkan / mengalirkan sama ada unsur tenaga positif atau negatif.


Seperti Freemason, kebanyakan struktur bangunan dan binaan yang dipilih atau dibina lebih banyak mengalirkan tenaga negatif. Binaan struktur yang dibuat adalah berdasarkan kepada sacred geometry yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi sejak dari zaman Firaun.

Dan setiap struktur binaan dan monument yang dibuat oleh Freemason ini diletakkan di atas Vortex Point di seluruh dunia atau lebih dikenali sebagai Stargate (Stargate adalah lokasi dibumi yang cukup banyak memegang sumber sumber tenaga di serata dunia).

Setiap tenaga negatif yang mana Freemason salurkan melalui vortex point ini kesemuanya menghala kepada alam lain (neraka) kerana penganut Antichrist ini cukup percaya bahawa Dajjal akan turun di mukabumi dan menjadi penyelamat (Messiah) kepada ajaran sesat ini.

Atas dasar itu, di belakang nota matawang USD 1.00 diletakkan simbol Freemasonic (mata satu- Dajjal) beserta struktur pyramid sebagai tanda penghormatan kepada Raja Raja Firaun terdahulu dan secara simboliknya adalah menunggu kedatangan Firaun Baru atau Messiah – Dajjal.



MELAYU ATAS PAGAR

2 comments:

Anonymous said...

PEDAJJAL MCM AL JUBOREE X PATUT ADA KT MUKE BUMI..HARKK PTUIHHH!!

Anonymous said...

2 thumbs up gomo...documentari ni mmg patut didedahkan...kalo boleh suruh tv3 siarkan skali kat tv...