BRITISH DAN US NEOCONSERVATIVE
Sewaktu serangan spekulasi matawang sekitar tahun 1996-1997, piahk British dan US NeoConservative melalui aset utama mereka George Soros telah melakukan political destabilisation melalui serangan spekulasi mata wang dan suntikan dana dana pembiayaan kepada British Foreign Office di seluruh negara Komanwel dan Asia sebagai satu cara dan usaha untuk menukar kerajaan atau rejim yang sedia ada atas nama democratic movement.
Sebenarnya, usaha yang dilakukan ini adalah bagi mengalih perhatian dunia dari keruntuhan kewangan global (global financial collapse) dan juga bahana peperangan ciptaan Amerika Syarikat dan British (Perang Iraq) yang telah mengakibatkan pasaran saham menjunam teruk ke satu tahap paling membimbangkan dalam sejarah.
Pada masa kegawatan ekonomi global, Barat telah mula mencipta satu watak kemunculan seorang wira dari Asia yang dilabel sebagai pakar ekonomi dan pakar dasar strategik bagi pihak Colonial dan US NeoConservative, dan wira ini juga telah mengaku secara terbuka bahawa beliau adalah penyelamat baru Malaysia … Anwar Ibrahim.
Penyelamat Baru Malaysia yang dibiayai sepenuhnya oleh US NeoConservative, mula menduduki kerusi empuk ‘Neocon Think Tank’ di Washington dan London, universiti universiti antarabangsa dan di Bank Dunia. Anwar Ibrahim telah memulakan strategi untuk membeli (memujuk) Ahli Parlimen Barisan Nasional dan menyertai pakatan pembangkang seterusnya mengambil alih majoriti Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru. Bahkan, setelah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh, beliau telah mengangkat dirinya sebagai Ketua Umum Pembangkang.
Sebelum menjadi jurucakap utama kepada pakatan pembangkang, Anwar Ibrahim sememangnya sudah cukup berpengalaman menjadi jurucakap kepada rakan rakan NeoConservative beliau di pentas antarabangsa. Bukan calang calang manusia bernama Anwar Ibrahim yang mampu menjadi agen dan tali barut Yahudi untuk sedekad lamanya.
GEORGE SOROS
Apabila Soros mengetuai serangan spekulatif matawang terhadap Malaysia pada tahun 1997, Tun Dr Mahathir satu satunya pemimpin Asia telah bangun dan menentang hedge funds IMF dan Bank Dunia dengan memperkenalkan kawalan matawang (currency control) bagi menangkis serangan spekulasi mata wang jyang telah menyelamatkan Malaysia dari terjebak dari kehancuran ekonomi seperti yang berlaku kepada negara negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Filipina.
Anwar Ibrahim, yang berkhidmat sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri telah menuntut supaya speculators (penyangak mata wang) tidak disekat kegiatan mereka dan diberi ruang seluas luasnya untuk menjalankan kegiatan bahkan turut mengenakan IMF conditions without the IMF kepada negara negara peminjam sehinggalah beliau dipecat pada tahun 1998.
Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan beliau malah telah mengedarkan surat surat George Soros kepada pembuat dasar dan polisi di Malaysia untuk mengikut haluan dan hala tuju IMF dan Bank Dunia. Manusia ini juga telah mempertahankan George Soros dari serangan peribadi Tun Dr Mahathir. Soros yang begitu marah mengancam bahawa ’ekonomi Malaysia akan hancur dan Tun Dr Mahathir perlu disingkir dan dipecat’. Dalam pada masa yang sama, Anwar Ibrahim telah melancarkan gerakan Reformasi (anarchist movement) dan memanggil Tun Dr Mahathir sebagai ’Korup dan Tidak Demokratik’ dengan mengadakan demonstrasi jalanan bermula di Kuala Lumpur.
PAUL WOLFOWITZ
The Arch Neocon ini merupakan tokoh utama arkitek ’perang haram’ di Iraq bagi pihak Dick Cheney (Amerika Syarikat) dan Tony Blair (British), adalah rakaan karib Anwar Ibrahim dengan menyediakan pelbagai jawatan tertinggi di Amerika Syarikat ketika beliau dibebaskan dari penjara pada tahun 2004.
Pada tahun 2005, setelah Paul Wolfowitz dilantik menjadi Pengerusi Bank Dunia oleh Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush, Anwar Ibrahim telah memuji Yahudi NeoCon ini sebagai lelaki yang "penuh bersemangat percaya kepada kebebasan, memahami isu kemiskinan, degradasi alam sekitar, isu kemiskinan dan masalah kesihatan yang merupakan salah satu agenda Bank Dunia”.
Selaku Pengerusi Bank Dunia, rakan karib Anwar Ibrahim ini telah memotong dana dan pinjaman bagi negara-negara membangun dan dunia ketiga yang menolak dasar Anglo America. Angkara Paul Wolfowitz ini telah mengakibatkan secara tidak langsung ’kempen kemiskinan dan pembunuhan manusia beramai ramai’ jika dibandingkan pekerjaannya sewaktu di Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.
AL GORE
Seorang lagi Yahudi NeoCon yang merupakan rakan baik Anwar Ibrahim sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Kehebatan Al Gore terserlah sewaktu melakukan penipuan (fraudulent) dan Genocidal Campaign setelah menghentikan pembangunan negara Dunia Ketiga atas dasar isu perang dan pemanasan global.
Al Gore telah menjejak kaki ke Malaysia pada November 1998 untuk meyampaikan ucapan di APEC Summit 1998 (Asia Pacific Economic Cooperation) yang menghentam dasar dan polisi Tun Dr Mahathir, dua bulan selepas Tun Dr Mahathir berdiri menentang IMF dan para spekulator mata wang.
Sewaktu persidangan berlangsung, Anwar Ibrahim telah melancarkan gerakan Reformasi (anarchist movement) dengan mengadakan demonstrasi jalanan sebagai satu daya tarikan untuk dihebahkan kepada dunia luar bahawa Malaysia akan tersungkur seperti Thailand dan Indonesia.
Dalam persidangan tersebut, Al Gore telah memberi pujian yang tinggi kepada golongan anarchist yang mengadakan demonstrasi di jalanraya sebagai "orang-orang berani di Malaysia" (the brave people of Malaysia). Gerakan yang dilpelopori oleh Anwar Ibrahim dan Al Gore ini sebenarnya bertujuan agar Malaysia tunduk kepada setiap tuntutan IMF dalam mengendalikan dasar polisi dan ekonomi Malaysia.
SUMBER DAN DANA KEKAYAAN
British dan US NeoCon telah banyak menyuntik sumber dana dan kewangan kepada Anwar Ibrahim setelah beliau dibebaskan dari penjara dari tahun 2005 hingga 2007, untuk melancarkan kegiatan subversif di Malaysia.
Johns Hopkins School for Advanced International Studies (SAIS)
Sebelum Anwar Ibrahim di lantik sebagai pensyarah undangan pada tahun 2005, Paul Wolfowitz merupakan salah seorang Dekan di Institusi tersebut.
Georgetown University di Washington DC
St Anthony's College, Oxford
Anwar Ibrahim sering bertemu dengan Al Gore yang menjalankan kegiatan hedge fund yang cukup menguntungkan hasil dari penipuan (carbon swap) atas dasar isu pemanasan global.
Bank Dunia
Paul Wolfowitz telah melantik Anwar Ibrahim sebagai perunding (consultant) kepada Bank Dunia.
AccountAbility, London
Anwar Ibrahim di lantiik sebagai Presiden Kehormat (Honorary President)
International Crisis Group (ICG)
Salah sebuah NGO (Non-Government Organization) terkemuka yang dibiayai dan diterajui oleh George Soros.
Foundation For The Future (FFF)
Pembentukan yayasan ini telah diasaskan oleh Dick Cheney dan anaknya Liz Cheney sebagai satu modus operandi untuk mempromosikan penukaran rejim / kerajaan Asia Barat Daya mengikut acuan dan kehendak Anglo American.
Sebagai pengerusi yayasan tersebut, Anwar Ibrahim telah membenarkan Paul Wolfowitz meletakkan perempuan simpanannya Shaha Ali Riza ke dalam senarai pekerja yang digaji oleh FFF, yang telah mengakibatkan skandal Bank Dunia sehinggalah kepada pemecatan Paul Wolfowitz.
POLISI GILA
Anwar Ibrahim tidak pernah menyembunyikan niat sebenarnya untuk menghentikan pembangunan industri dan infrastruktur di Malaysia, dan juga meliputi seluruh sektor yang berkembang umumnya.
Pada waktu persidangan UMNO pada tahun 1998, Anwar Ibrahim mengambil kesempatan menghentam Tun Dr Mahathir (melalui Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Ahmad Zahid Hamidi) dengan ucapan berbaur fitnah mengenai cronyism dan nepotism yang di amalkan oleh Presiden UMNO selama ini.
Sebagai reaksi kepada fitnah Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir dengan spontan telah mengeluarkan ‘senarai kroni kroni UMNO’ yang termasuk juga nama seperti Ahmad Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim ternyata terperangkap dengan mainan politik sendiri, telah ditunjukkan kekayaan bapanya Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan kedua dua abangnya Farizan dan Marzuki Ibrahim yang mendapat perolehan sebanyak 9.1 juta saham khas untuk bumiputera oleh kerajaan.
Keluarga Anwar Ibrahim mempunyai kepentingan sebanyak 500,000 saham di dalam Pengkalen Holdings Berhad, 3,790,500 saham di dalam Nissan Industrial Oxygen Incorporated, 2,800,000 di dalam Penas Corporation dan 2,000,000 saham di dalam Oxygen Incorporated Berhad.
Ini hanyalah saham saham yang dipegang oleh ahli keluarga beliau. Kepentingan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan tidak didedahkan oleh beliau walaupun diminta berbuat demikian oleh Tun Dr Mahathir sewaktu persidangan UMNO.
Setelah dipecat pada tahun 1998 dan sewaktu ditemuramah oleh Asian Wall Street Journal (AWSJ), beliau berkata negara negara membangun harus berhenti ‘menuding jari kepada para spekulator mata wang dan sepatutnya meletakkan keutamaan negara di tempat yang betul dan menamatkan segala projek projek aneh’.
Dan sebagai jawapan balas kepada pertanyaan umum dari pengarang AWSJ pada tahun 2005, Anwar Ibrahim nyata mempertahankan usahanya untuk melaksanakan dasar dan doktrin IMF ke atas ekonomi dan polisi di Malaysia walaupun fakta telah menunjukkan dasar tersebut telah menjahanamkan ekonomi jiran tetangga Malaysia.
Anwar Ibrahim berkata dasar IMF adalah ‘menguntungkan’ dalam usaha beliau menghentikan projek infrastruktur utama pada waktu itu, Empangan Bakun yang pada hujahnya ‘mengkayakan kroni Tun Dr Mahathir, di penuhi dengan rasuah, tiada ketelusan, diktator dan tidak ada media yang bebas’.
Malah beliau juga pernah berkata kepada The Age of Australia bahawa 1997-1998 IMF/hedge fund dan kemusnahan ekonomi Asia Tenggara adalah ’suatu kemusnahan kreatif yang menggoncang masyarakat Asia dan Kerajaan’.
Setelah Kerajaan Malaysia di bawah Tun Abdullah Badawi menghentikan sistem kawalan matawang ke atas US Dollar , sistem kewangan dunia mulai hancur setelah didorong oleh kegiatan spekulasi hiperinflasi (speculation driven hyperinflation) yang telah menyebabkan harga minyak, bahan mentah dan makanan naik mendadak di pasaran dunia dan berada di luar kawalan kerajaan.
Kerajaan yang pada mulanya belum mengambil langkah langkah kecemasan untuk melindungi harga bahan api dan bahan mentah tersentak dengan kenaikan harga pasaran semasa dan berada pada tahap paling membimbangkan. Akibatnya timbul rasa ketidakpuasan hati rakyat terhadap kerajaan dan ini telah mendorong Anwar Ibrahim mengambil langkah meningkatkan lagi kemarahan rakyat terhadap Kerajaan Malaysia.
Polisi yang telah dibentuk sekian lama oleh Imperialis British dan Amerika Syarikat ini telah membuahkan hasil yang cukup lumayan. Keupayaan Anwar Ibrahim sebagai alat penjajah British dan Amerika Syarikat mengkolonisasi pemikiran rakyat sudah tercapai. Kemarahan rakyat terhadap kerajaan dijadikan sebagai batu loncatan untuk kembali mendapatkan kuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru dengan bantuan British dan US NeoConservative.
Kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengakui kesan krisis globalisasi, telah berjaya mengadaptasi langkah-langkah kecemasan dan keselamatan untuk mengawal kenaikan harga bahan api dan bahan mentah. Walaupun langkah langkah yang di ambil belum mencukupi namun kesan ke atas kenaikan harga barangan yang disebutkan berjaya diminimakan.
Pola penjajahan oleh Imperialis British dan Amerika Syarikat ini perlu dilihat, di kaji dan di dalami dengan begitu serius. Namun apa yang jelas adalah mainan kuasa kuasa besar dalam membentuk satu penjajahan skala baru yang cukup efisyen dan teratur.
Penulis sudah mengupas artikel di atas berdasarkan fakta fakta yang sedia ada. Apa yang perlu di lihat dan di teliti adalah percaturan Kuasa Kuasa Besar ini jika berjaya menjadikan Anwar The Blue Eye Boy Ibrahim menduduki takhta sebagai Perdana Menteri di Malaysia.
Dan kegelojohan Anwar Ibrahim untuk merampas kuasa dan segera menjadi Perdana Menteri yang baru, perlu di tafsir, di semak, di kaji dengan penuh teliti oleh rakyat secara keseluruhan.
Sanggupkah Anda ... Tergamakkah Anda … menjadikan tali barut Yahudi sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru ?
sumber inspirasi :
1) British Empire Tool To Reconolize Malaysia, Mike Billington (Executive Intelligent Review, 2005)
2) Malaysia’s Anwar Ibrahim:Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back, Mike Billington (Executive Intelligent Review 2006)
3) Ethics Committee Case No .2, President Paper (World Bank 2006)
4) Confessions of an Economic Hit Man: How the U.S.Uses Globalization To Cheat Poor Countries Out of Trillions, John Perkins; (San Francisco: Berrett-Koehler, 2004).
5) Anwar Ibrahim-Malaysia Future Prime Minister, Shani Ross (The Jerusalem Post, 2006)
6) Al Gore’s Fried Green Fascism, Jeffrey Steinberg (Executive Intelligent Review, 2009)
7) John Hopkins School of Advanced Terror, IIan Weinglass (Malaysian Instinct, 2010)
8) Georgetown University Washington DC website
9) A Presidential Fellows Lecture, Anwar Ibrahim: Accountability and the Future of Freedom (World Bank, 2006)
10) Oslo Freedom Forum Speakers (2010)
11) AccountAbility, London website
12) Malaysia’s Challenge to IMF, Mike Billington (Executive Review, 2004)
MELAYU ATAS PAGAR
Home
»
»Unlabelled
» ANWAR IBRAHIM : THE UNHOLY ONE - PART II
Sunday, August 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Hi there! I just wish to give an enormous
thumbs up for the great information you could have right here on this post.
I will probably be coming back to your blog for extra soon.
Here is my weblog; seo in guk eunji all for you lyrics translation
Good day! I simply would like to give a huge thumbs up
for the nice data you’ve here on this post.
I will probably be coming again to your blog
for extra soon.
Feel free to visit my site: 自然排名
Post a Comment