Monday, August 30, 2010

PETALING JAYA, 30 Ogos — Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu kesucian surau dan masjid dipelihara harus diambil berat kerana beliau merupakan ketua agama negeri yang diperakui, kata Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Beliau berkata orang ramai harus sedar segala hal ehwal berkaitan hukum agama Islam harus mendapat perkenan daripada baginda tanpa perlu dipersoalkan oleh pihak lain.

"Kalau kita tidak patuh pada perintah Sultan, apatah lagi berkaitan hukum-hakam agama Islam, itu sudah menjadi satu kesalahan," katanya kepada pemberita selepas Program Lawatan Mahabbah Ramadhan, Penyampaian Sumbangan Aidilfitri dan Jalur Gemilang kepada pesakit Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kejadian Anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching memberi ucapan di Surau Al-Huda Kajang Sentral Ahad lalu dan Anggota Parlimen Selayang William Leong masuk ke ruang  solat Masjid At-Taqwa di Selayang Baru untuk memberi bantuan baru-baru ini.

Syaikh Ismail berkata adalah menjadi tanggungjawab seseorang umat Islam untuk menerangkan kepada penganut agama lain tentang hukum-hakam dan adab-adab tentang tempat beribadat bagi menjaga sensitiviti dan keharmonian masyarakat.

0 comments: