Thursday, August 19, 2010


Jika mengikut tafsir Dewan Bahasa dan Pustaka bastard bermaksud anak haram atau bajingan. Bastardisation boleh ditafsirkan dipernyataan-haramkan atau pernyataan yang diselewengkan.

Mengapa Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group dan adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak begitu biadab sekali melabelkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai bastardisation.

Beliau cukup tidak adil apabila dilihat sebagai menentang dasar DEB pada Kongres Ekonomi Cina setelah 50 tahun dasar ini menjadi penggerak kepada proses pembangunan orang Melayu untuk mencapai ekuiti 30% kuota dalam kek ekonomi dari segi infrastruktur, pendidikan, kesihatan dan sosio ekonomi.

Walhal Allahyarham Tun Abdul Razak, bapa beliau, adalah pengasas DEB yang dilancarkan pada 1971 sebagai jawapan kepada ketidakseimbangan sosio ekonomi antara kaum malah sebagai pelan tindakan afirmatif (affirmative action plan) yang disediakan khas untuk Orang Melayu dan Bumiputera bertepatan dengan hak hak istimewa (Artikel 153) yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Begitu mudah bagi insan bernama Nazir Tun Abdul Razak yang lahir hasil dari produk DEB, anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke 2, mendapat peluang keemasan menjadi investment banker dan melakukan kerja Corporate Advisory untuk CIMB sehinggalah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif CIMB, merendahkan martabat DEB semata mata untuk menjaga hati bangsa yang tidak mengenang budi ini.

Tidak salah jika insan yang bernama Nazir Tun Razak ini dikatakan sebagai pengkhianat dan tidak mengenang budi pengasas DEB itu sendiri, Allahyarham Tun Abdul Razak.


Beliau perlu mencermin kembali dirinya, ingat kembali apa yang diucapkannya pada Kongres Ekonomi Cina, kerana secara tidak langsung beliau telah mencabar arkitek dan penggerak DEB ayahanda beliau Allahyarham Tun Abdul Razak.

Sepatutnya beliau lebih matang dalam membicarakan hal sebegini dari bertengkar dan mencanai DEB dari perspektif yang begitu sempit kerana pendirian beliau sebagai seorang Melayu Liberal.

Yang pasti nya, sudahlah orang Melayu yang semakin skeptikal dengan dasar Model Ekonomi Baru (MEB) hasil ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, ditambah lagi dengan pandangan bajingan beliau mengenai DEB, maka Kerajaan atau UMNO kini semakin kehilangan sokongan dari orang Melayu secara perlahan lahan dan secara tidak sedar.

Apakah beliau tidak malu apabila Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa cukup menentang dan mengutuk sekeras kerasnya perbuatan bangsa yang tidak mengenang budi ini untuk menghapuskan ekuiti 30% kuota Bumiputera.


Timbalan Presiden PAS ini sudah nampak betapa bajingannya bangsa yang tidak mengenang budi ini dalam menghapuskan hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dan dalam pada masa yang sama parti PAS sudah menang dari segi moral kerana dilihat bertindak memperjuangkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Malang sekali insan yang bernama Nazir Tun Abdul Razak, seperti kata hikmat Tun Dr Mahathir bahawa Melayu Mudah Lupa, bahawa DEB yang telah memberikan tongkat dan jambatan kesenangan kepada beliau.

Jangan kerana beliau sudah tidak lagi memerlukan tongkat dan jambatan itu, beliau telah membakar tongkat dan jambatan kerana masih ramai orang Melayu yang memerlukan tongkat dan jambatan untuk dijadikan tempat bergantung.

Beliau secara tidak sedar telah meletakkan sebutir peluru di kepala abangnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak jika itulah kemahuan beliau untuk menamatkan karier dan riwayat politik abangnya dengan kadar segera.

Jika tidak kerana DEB … who in the blue hell is Nazir Razak !!!


MELAYU ATAS PAGAR

7 comments:

Anonymous said...

Si Nazir sependapat dgn abang dia si Najib Mongolia.
Sebab tu pilih slogan 1 Malaysia.
Mereka tak kisah apa nak jadi pada Melayu sebab mereka dah kaya raya.
Najib nak org Melayu berfikir sebagai Malaysian tapi dia tak sedar yg Cina mahukan sedemikian utk agenda politik mereka.....apa pun jiwa mereka tetap Cina.Kaum keling pun serupa saja duduk atas pagar dan tengok siapa yg kuat.
Masalah kita kerana pemimpin tidak berjiwa Melayu........tak yakin kekuatan bangsa sendiri.....sebab tu asyik dok mengalah aje.
Fakta sejarah Cina berasal dari kaum pendatang........kalau Melayu cakap....maka Cina akan riuh.....pemimpin Melayu pun tak berani nak pertahankan kenyataan sejarah.......apa dah jadi?

Anonymous said...

Its really a son of Razak? Pantang bangsa Melayu kutuk bapa sendiri....

AMBAJ said...

Orang Melayu yang menentang DEB adalah dari golongan orang dah kaya yang dirinya sendiri adalah produk DEB. Manusia seperti ini adalah 'Melayu Mudah Lupa'. Saya tidak terkejut PM mungkin mempunyai iras seperti ini.

Anonymous said...

ptuih, nama saja melayu,tapi belagak sombong ,kalau boleh tak mau mengaku melayu,cisss,tengok cimb melayan peniaga melayu,cek kurang sikit ringgit pon kena tendang.
saya tak respect dia tapi tabik kat DS Najib beza dua beradik ni.

Anonymous said...

inilah contoh melayu tak sedar diri,

jika tak berbinkan razak jangan harap nak dapat pergi oversea sambung belajar silap-silap tak layak pun

jika tak berbin kan pengasas deb jangan harap orang nak bagi jawatan penting

adik saya kerja kat cimb kata nazir ni lebih utamakan staf-staf bangsa lain dari bangsa melayu

kesian arwah tun abdul razak ( alfatihah) anak sendiri derhaka pada bangsa.

dawai koko+ said...

hahahahhahahahhaha...

apa lagi..
masuk la partai melayu yang lain..
or remove this cunt head najib bullshit..

kulit kita nie baju je...
dlm sume sama...

tidak tak kan Bilal Bin RAbah sang afrika di selamatkan dari kekejaman Tuan nya sang Quraisy dan di merdekakan oleh pejuang KEmanusiaan TERungguL MUHAMMAD THE GREAT!(pbuh)

bukan nye mamak kutty mahadey or even that arwah razak..

:)

KHAIRUL ANUAR BIN KASSIM said...

Nazir razak memang komunis. Nasib pekerja bawahan dia pun dia layan macam anjing. mintan kenaikan gaji macam minta sedekah. siap sound x-pm dulu lagi 'Who are you in dealing CA between MCBA and NUBE' nasib dia jadi anak PM. ada peluang tinggi tapi janganla hitam sangat hati tu.