Saturday, August 14, 2010


Dakwaan bahawa Kerajaan Negeri Selangor sudah menerima RM 57.88 juta dalam bentuk wang tunai bagi penyelesaian hutang Kumpulan Talam Corporation (yang dikutip oleh Menteri Besar Incorporated – MBI) sewaktu Sidang Dewan Undangan Negeri pada 13 Julai 2010 adalah suatu pembohongan yang besar.

Satu semakan yang dilakukan mendapati tidak ada sesen pun wang hasil pengiktirafan hutang Kumpulan Talam Corporation yang berjaya dikutip oleh MBI setakat ini.

Sekali lagi Kerajaan Negeri Selangor berjaya spinoff fakta dan rakyat terus menerus dipermainkan dengan pembohongan demi pembohongan.

Aset yang didakwa bebas hutang ini membabitkan 400 ekar tanah Ulu Yam (RM 18 juta), saham Ulu Yam Golf Resort (RM 4.2 juta), 12 ekar tanah Puncak Jalil (RM 12 juta), 5 unit ruang pejabat Menara Pandan (RM 11 juta), tunai yang telah diasingkan (RM 5 juta) dan pulangan kerja tanah (RM 7.68 juta).

Media rasmi PKR, Suara Keadilan telah melaporkan Kerajaan Negeri telah menandatangani MOU bersama Kumpulan Talam Corporation bagi mengutip semula hutang hutang lain yang diragui tidak termasuk di dalam jumlah RM 392 juta.


Malangnya Talam Corporation masih membisu sehingga ke hari ini dari megeluarkan kenyataan mengenai pembayaran hutang tersebut. Secara fakta dan sebagai sebuah syarikat PN17, Talam Corporation sudah sepatutnya mengeluarkan pengumuman rasmi beserta pendedahan pembayaran hutang. Namun yang ada hanyalah pengumuman MOU sahaja.

Bagaimana pula dengan dakwaan Khalid Ibrahim bahawa Kerajaan Negeri juga telah berjaya mendapatkan kutipan aset tanah berjumlah RM 290 juta? Implikasi yang paling serius adalah kemana menghilangnya RM 290 juta? Apakah ada unsur unsur urusniaga di bawah meja yang membolehkan Kerajaan Negeri memberi diskaun kepada Talam Corporation.

Dan sehingga ke hari ini Kerajaan Negeri masih belum mendedahkan siapakah peguam yang dilantik bagi menguruskan pinjaman bank dan yuran guaman ‘round tripping’ sebanyak RM 392 juta?

Sewaktu Sidang Dewan Undangan Negeri pada November 2009, Khalid Ibrahim telah berjanji bahawa hutang Kumpulan Talam Corporation ini akan dapat dibereskan sebelum April 2010. Bermakna ini sudah kali kedua Menteri Besar Selangor ini melakukan pembohongan besar!

Apakah perlu untuk rakyat menunggu sehingga diterbitkan Kertas Putih pada hujung tahun ini? Kerajaan Negeri sudah sepatutnya membuat pendedahan secara rasmi dan bukti kutipan hutang dalam bentuk wang tunai berjumlah RM 57.88 juta.

Ketelusan yang diwar warkan adalah pembohongan dan retorik Pakatan Rakyat dalam mengabui mata rakyat. Kerajaan Negeri Selangor dan Pakatan Rakyat dicabar untuk mendedahkan bukti kutipan RM 57.88 juta berjaya dikutip oleh MBI.

Apa perlu ditakutkan jika benar dakwaan yang dibuat oleh Khalid Ibrahim. Atau setakat hanya penyedap mulut dan halwa telinga sebelum pilihanraya umum yang akan datang.


MELAYU ATAS PAGAR

6 comments:

Bingai @ Bangang said...

Mungkin Talam dah bayar kot cuma resit rasmi jer tak buat lagi sebab pen kat opis tu sema dah kering dakwat. Satu lagi kesilapan kerajaan pusat sebab gagal membekalkan air kepada syarikat pembuat dakwat untuk meneruskan operasi mereka.

YB = Yang Bingai @ Bangang
Telco & Post - Program Tipu?

Anonymous said...

HUK ALOH! TIPU LAGI MAMAT NI!

YG BETULNYA SAJA NAK CARI LOBANG KESALAHAN KHIR TOYO TU. CARI PUNYA CARI TAK JUGA JUMPA LOBANGNYA.

YANG JUMPA LOBANG ANWAR JE,BUSUK, UWEK!!! PTUIH !!!

Anonymous said...

Salam,
Dulu beli apartmen kat puncak jalil(Talam)Bayar deposit 10 % (RN 8,500).Apartmen Talam tak buat.10 % deposit tak bayar balik.Dah 5 tahun,janji nak pulangkan balik,sampailah ni tak bayar-bayar.Semuanya penipu baik Talam mahupun
Kerajaan Negeri Selangor.

YANG GAMBI said...

Kalau dah kaki bohong, nak buat macam mana wweh... tapi herannya banyak sangat orang dungu yang percaya dgn dia ni...

Anonymous said...

Penyebar berita pun penakut.. macamana aku nak percaya. letak la nama betul, biar kalau ko tipu Khalid saman ko balik.

Apa kelas, pemberita penakut?

Anonymous said...

anon bangang 5.33pm

selama ni bloggers pro kerajaan keluar mcm mcm artikel tak kena saman pun? lu apa hal?

tak suka blog pro gomen lu masuk la lobang pro pembangkang! penuh dengan fitnah!

so far aku tengok berita yang keluar dari blog pro BN lebih berkarisma dan tepat!

sbb tu tak kena saman!