BANGSA YANG TIDAK MENGENANG BUDI : BHGN 2
Seperti yang diduga, bangsa yang tidak mengenang budi ini semakin serius mencabar kewibawaan dan semangat setiakawan di dalam BN malah semakin berani mencabar Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
Presiden pertubuhan bangsa yang tidak mengenang budi ini lupa dengan kekayaan dan kemewahan bangsanya adalah hasil dari perkongsian nikmat produk DEB selama ini.
Kekayaan 10 jutawan bangsa yang tidak mengenang budi ini berjumlah USD 34.49 billion (RM 113.81 billion) cuba didiamkan dan dialihkan perhatian demi tuntutan yang semakin bukan bukan.
Mengapa ekuiti 30% kuota bumiputera diberikan perhatian penuh kononnya dengan menghapuskan dasar tersebut maka ekonomi negara akan lebih berdaya saing. Apakah cukup hanya sekadar melupuskan ekuiti ini nasib bangsa yang tidak mengenang budi ini lebih terjamin dari segi hak kesamarataan.
Persoalan yang lebih penting adalah sanggupkah bangsa yang tidak mengenang budi ini melakukan perkara yang sama atas dasar hak kesamarataan.
Kita cabar Presiden pertubuhan bangsa yang tidak mengenang budi ini melihat dari perspektif yang lebih tepat tentang komposisi orang Melayu dan bumiputera dalam pemilikan syarikat syarikat bangsa yang tidak mengenang budi ini.
Kita juga mencabar beliau untuk mendedahkan kepada umum berapa ramaikah konglomerat Melayu dan bumiputera yang diberikan tempat dalam pengurusan syarikat syarikat bangsa yang tidak mengenang budi ini.
Kita pertikaikan kesanggupan bangsa yang tidak mengenang budi ini untuk membuka peluang seluas luasnya pemilikan ekuiti orang Melayu dan bumiputera di dalam Public Bank, Hong Leong, Berjaya Group, Sunway Group, Tanjung Group, YTL Corporation, IOI Group dan sebagainya.
Dedahkan nama nama orang Melayu dan bumiputera yang mendapat hak kesamarataan ini jika benar dan berani.
Mungkin bangsa yang tidak mengenang budi ini terlupa bahawa nama nama seperti Robert Kuok, Yeoh Teong Lay, Vincent Tan dan ramai lagi diberi peluang sejak awal oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk berkongsi kekayaan dan kemewahan melalui perlaksanaan DEB.
Malangnya bangsa yang tidak mengenang budi ini tidak sanggup berkongsi kekayaan bersama orang Melayu dan bumiputera sehingga sanggup menukar syarikat yang disenarai awam (public listed) kepada syarikat persendirian (private company).
Yang dipersalahkan akhirnya dalam hal ini adalah Tun Dr Mahathir yang didakwa mendapat kemewahan dan bantuan kewangan berterusan dari bangsa yang tidak mengenang budi ini.
Bangsa yang tidak mengenang budi ini tidak akan berpuas hati selagi tuntutan demi tuntutan mereka tidak penuhi oleh Kerajaan.
Cara yang paling mudah adalah dengan memberi undi kepada petualang petualang Melayu (seperti gambar blog di atas) sehinggalah strategi untuk menguasai politik dan ekonomi di Malaysia berjaya sepenuhnya.
MELAYU ATAS PAGAR
1 comments:
off white shoes
golden goose
off white outlet
nike sb
ggdb
curry shoes
air jordan
kyrie 8
hermes birkin
bape hoodie outlet
Post a Comment