Monday, August 2, 2010


Jika Penulis adalah Menteri Dalam Negeri, maka dengan pantas penulis akan mengharamkan akhbar dan website Harakah berkuatkuasa serta merta di atas artikel berbaur fitnah dan pembohongan (absolute lies). Bukti ? … kita lihat dan selidik satu per satu.

Penulis ingin menyentuh dua artikel dari Harakah Online berkenaan artikel ‘cacamarba’ dan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar seolah olah menunjukkan kejatuhan Foreign Direct Investment (FDI) akan melumpuhkan keseluruhan pergerakan ekonomi Malaysia.


Kebobrokan pemikiran ahli pembangkang nyata dan jelas menunjukkan tahap pemikiran yang sempit (narrow minded) dan pra matang (premature think tank). Kurang kemahiran berfikir boleh menyebabkan suatu fakta diputar belit untuk memburukkan gambaran sebenar ekonomi negara.

Kekuatan ekonomi Malaysia bukan hanya bergantung kepada FDI semata mata. Perlu di ingat gabungan seperti Perdagangan Barangan (Merchandise Trade), Arus Masuk FDI (FDI Inflows), Pertumbuhan KDNK Per Kapita (GDP Per Capita Growth), Pendapatan Kasar Negara (Gross National Income) dan sebagainya harus dijadikan sandaran dalam menentukan ekonomi negara berkembang atau menguncup.

Kita jadikan Thailand sebagai perbandingan (sepertimana tulisan ’cacamarba’) atas dasar negara tersebut adalah pesaing terdekat Malaysia dalam menentukan kekuatan ekonomi bagi negara membangun di Asia Tenggara.


Sekalipun statistik data (FDI Inflows) bersandarkan kepada petunjuk sehingga tahun 2006 (World Bank), peningkatan FDI Malaysia nyata cukup konsisten iaitu 89.5% dari 2001 hingga ke 2006 ( USD 650 juta : 2001 / USD6.2 billion : 2006). Manakala Thailand hanya menunjukkan peningkatan sebanyak 60.9% sahaja dari tahun 2001 hingga 2006 (USD 3.6 billion : 2001 / USD 9.2 billion : 2006).


Dari Sumber World Bank 2009 (carta di bawah), jelas menunjukkan Perdagangan Barangan (Merchandise Trade) di antara negara negara di dunia, Malaysia jauh mengatasi Thailand. Malaysia berada pada kedudukan ke 6 dengan melakukan pertukaran dagangan sebanyak 196.09%. Thailand yang berada di kedudukan ke 19 hanya melakukan pertukaran dagangan sebanyak 129.25% untuk sektor ekspot dan impot.


Begitu juga dengan statistik ekonomi dari World Bank 2009 (carta di bawah), berkenaan dengan Pendapatan Kasar Negara (Gross National Income) perbandingan di antara Malaysia dan Thailand. Hubungkait hasil dari perdagangan aktif yang ditunjukkan oleh Malaysia jelas menunjukkan pendapatan negara naik kepada USD 3,311.76 seorang jika dibandingkan hanya USD 1,838.41 seorang bagi Thailand yang berada pada kedudukan 80.


Data data berikut yang diambil dari IMF, World Bank dan CIA Facebook (2009) cukup membuktikan bahawa ekonomi negara lebih jelas berada pada tahap terbaik jika dibandingkan dengan Thailand.


Apakah sumber sumber diperolehi yang dipaparkan ini bukan suatu bukti yang sahih untuk diambil kira dalam menentukan kekuatan ekonomi negara? Atau kita hanya terlalu bergantung kepada FDI dalam menentukan ekonomi Malaysia sudah mapan atau merudum?

Perlu diingat pelabur dari Amerika Syarikat dan Eropah tidak melakukan pelaburan atas dasar keadaan ekonomi dan krisis kewangan yang melanda negara negara tersebut. Kebanyakan pelabur asing lebih menumpukan pelaburan domestik untuk keluar dari kancah kemelut ekonomi seterusnya para pelabur ini tidak akan membuat pelaburan besar di luar.

Kegopohan puak pembangkang dalam memutar belit dan mensensasikan sesuatu isu bukanlah satu perkara yang baru. Malah, tidak ada satu pun yang dilakukan oleh kerajaan dianggap sebagai bukti kukuh dan nyata ekonomi dan pendapatan negara berada pada tahap yang memuaskan.

Jika setakat FDI dijadikan sandaran ekonomi negara semakin merudum dan juga tuduhan melampau pentadbiran nepotisme sejak dari zaman Tun Dr mahathir seperti yang diungkit oleh YB Mahfuz Omar, adalah lebih manis jika beliau kembali ke alam universiti dan mendalami ilmu ekonomi sebaik mungkin.


Kronisme dan Nepotisme sebenarnya diamalkan dan dihalalkan oleh Ketua Umum Pembangkang Anwar Ibrahim sewaktu menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Lihat sahaja senarai kroni kroni Anwar Ibrahim yang telah didedahkan sewaktu Persidangan UMNO 1998.

Tidak perlu terhereng sana sini mengenai ekonomi negara walhal di negeri negeri yang dikuasai pihak pembangkang FDI jauh lebih teruk, apatah lagi dengan Kerajaan PAS yang memimpin negeri Kelantan? Apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan PAS setelah hampir 30 tahun mentadbir Kelantan untuk meningkatkan pendapatan serta ekonomi?


Sumber inspirasi :

1)World Economic Outlook DataBase, International Monetary Fund : accessed 24 April 2010
2)Gross Domestic Product 2009 & Population 2009, World Development Indicators DataBase, World Bank : accessed 6 July 2010



MELAYU ATAS PAGAR

8 comments:

sangtukangkata said...

PAKATAN BASTARD NI MMG SIAMANG YANG SUKA CARI PASAL DAN SUKA PORAK PERANDAKAN NEGARA.. DIORANG JER LAH YG BETUL PUN... SELANGOR PUN JAGA HANCUS.. NAK CERITA PASAL NEGARA.. AI CET PODAH... KEH KEH... PAKATAN BASTARD THE MANGKUK AYUN...

Anonymous said...

ek eleh, macam siot.

gua setuju sama artikel blog ni sbb bila gua kasi besar 2 artikel haprakah tu, takde langsung figure nak support tuduhan / argument.

wa bukak paper haprakah pun takde figure, carta yg boleh bantai BN pun, stakat tulis buat fitnah aje le.

harakah = haprakah = sampah

manap tetap umno said...

cukup memalukan bial YB Mahpoop setakat bagi artikel selinagn tanpa hujah dan bukti kuat FDI turun ekonomi akan jahanam!

budak tingkatan 6 pun boleh bg komen camtu.

aku heran la tengok penyokong hamPAS ni boleh undi mamat sorang ni jadi Ahli Parlimen.

MEMALUKAN !!!!!!!!

pencinta kebenaran said...

mahfuz kembali ke alam universiti..aku dengar org tua tu ada srp je..betul ke?

Anonymous said...

jgn camtu pencinta kebenaran.

mana ngko tau si mahfuzzzzz tu ada srp? fitnah tu bang!

dia ada UPSR je

muahahahahahahahaha !!

glassman said...

AKu tak perlu mentelaah artikel haprak tu,. bagi aku. Hanya penyokong2 "ISLAM" PAS yang tak pandai guna akal sendiri saja akan menerima hujah2 dangkal Mehboob tu. err. betul kaa ejaan tu? Nama sedap,, mulut dia jer tak sedap. Penyokong2 melayu di kata kafir! bagidol betol.
ee. malas nak citer banyak lah! fedap!

Anonymous said...

cakap ikut sedap mulut dia je...itu la org yg disanjung tinggi oleh puak2 diorang...cakap tanpa fakta kukuh serupe le jugak cam bodoh xboleh diajor n nk kate pandai,memang bodoh pon...

(undersigned)
................
Pejuangcyber Jet

Cucu Atok said...

Alooo salam... biasalah Mr. Bean dia buat lawak di mana ramai puak puak HAMPAS ni percaya.... biasalah jenis manusia yang tau nak tembak aje tanpa kajian
biasalah pandai pandai tu jadinya bodah piang
Mana geng DAPig lak nak sokong Mr Bean HamPAs nie? Perasan tak DAPig tak pernah sokong HAMPAS? mana tak nyer depakan memang DApig yang belasah semua sekali......