Friday, January 21, 2011


Dalam kesibukan Hadi Awang, Mazlan Aliman dan Harakahdaily rakus mencanang menjatuhkan imej Perdana Menteri dengan tohmahan penyelewengan FELDA, Mahfuz Omar telah membuat satu kenyataan 'check mate' mengenai peluang kemenangan PAS di PRK Tenang.

Kenyataan akhbar Mahfuz Omar cukup jelas, PAS tidak memerlukan jumlah undi yang besar bagi calonnya, Normala Sudirman pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari ini.



Beliau menambah PAS hanya perlu mempertahankan jumlah undi yang sedia ada, yang diperolehi pada PRU 12 yang lalu.

Jarang sekali GWM melihat Mahfuz Omar seolah olah sudah menyerah kalah sebelum sesuatu pilihanraya kecil diadakan, tambahan pula PRK Tenang belum bermula ...

Umum mengetahui Mahfuz Omar sememangnya sinonim dengan sikap memperlekeh dan memfitnah FELDA sebagai ejen BN, penyeleweng dan perompak kekayaan para peneroka.



Aneh kerana beliau langsung tidak menyentuh isu FELDA sejak diumumkan PAS bertanding di PRK Tenang. Mungkin Mahfuz Omar sudah celik mata dan hati ... FELDA bukan lagi isu yang harus diketengahkan dan dimainkan pada pilihanraya kecil ini.

Lain pula dengan Harakahdaily dan Mazlan Aliman. Selagi boleh ... apa sahaja yang mampu dilakukan untuk menjatuhkan imej FELDA adalah tindakan dan percaturan paling tepat!





Apa sahaja yang boleh dikaitkan demi menjatuhkan imej Perdana Menteri dikira halal dan sah.

Mahfuz Omar sudah berkira PAS tidak akan menang pada pilihanraya kecil kali ini ...

Bukan hanya beliau, malah Lim Kit Siang dan Mustafa Ali turut berkongsi pandangan yang jelas PAs tidak mempunyai harapan langsung di PRK Tenang.





Ketiga tiga pemimpin pembangkang memberi pendapat dan pandangan yang sama ... PAS hanya mampu mengurangkan majoriti undi kemenangan BN di PRK Tenang kelak, bukan menang di PRK Tenang!



Hadi Awang & Associates sudah boleh mula melupakan kemenangan yang diimpikan. PAS kini bergerak sendirian sebenarnya, tanpa bantuan dari rakan pembangkang yang lain.

Jika Mahfuz Omar dan Mustafa Ali sudah nampak tanda kekalahan PAS, apa perlu bertanding di PRK Tenang ?


GWM : Hadi Awang mungkin boleh minta Lim Guan Eng tengok Feng Shui di Labis nanti!

sumber / pautan :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0121&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_10.htm


0 comments: